APA PERLU BUAT SELEPAS TUKAR TEMPLATE BLOG YANG BARU? | LATELY ni memang ramai blogger hadapi masaalah loading blog memasing dan juga loading blog orang lain. Yaa dan ada juga kata, blog dia loading okay, tapi orang kata tak okay, dan ada juga yang kata, loading blog orang lain okay, tapi loading blog sendiri pulak bermasaalah.
Dah tak payah fikir kasi pening-pening, baik korang tukar aje la template baru, sebabnya ramai di kalangan blogger, bila nekad tukar dan ubah je ke template baru, blog mereka semakin okay, fast loading dan lebih muda nak di view.
Memang tak di nafikan Sis pun sama hadapi masaalah ni, sampaikan Sis sendiri pun dah tukar template baru Sis dah. Malas nak pening-pening kan.. Dari kita diamkan, pageviews jatuh dan automatik semua sekali yang berkaitan turut sama terkesan.
Tapi sebenarnya ramai yang takut nak tukar template baru adalah kerana takut pageviews mereka jatuh dari yang biasa. Ye laa punya laa nak bertahan, dan blog pun dah serasi dengan carian google, tiba-tiba ko tukar, mau tak menjajarrr google cari balik blog ko hahahaha... macam kes kucing hilang anak je gayanya kann..
[Baca Juga] : Punca Trafik Blog Turun Mendadak
Tapi janganlah risau, kenalah buat usaha dan buat apa ko nak risau kalau dah memang artikel ko dalam blog ko tu bermanfaat, so ko tukar apa sekalipun, pasti google dapat mencarinya kan.. dan pembaca blog ko pun kalau dah suka akan perkongsian artikel ko, mesti mereka pun akan datang baca setiap artikel baru ko.
Kecuali kalau ko dah tukar template tapi ko tak update langsung... diamm jee dan biar blog ko sendiri bekerja hahahaha..
So harini Sis nak kongsi apa yang Sis dah cuba try and error pada blog Sis setiap kali Sis tukar template. So far dalam masa seminggu pageviews kembali normal seperti biasa, alhamdulilah.
[Baca Juga] : Apa Nak Buat Kalau Bounce Rate Tinggi
Apa Perlu Buat Selepas Tukar Template Blog Yang Baru?
- Sila update blog sehari dua atau tiga kali sehari.
Ini mesti korang buat. Satu masaalah blogger yang ramai tak tau, sebelum korang tukar template, mesti korang jarang update blog, so pageviews pun menurun, then ko tukar plak template baru, pastu ko senyap, takde update langsung, so mana nak datangnya pageviews tu?
Dah tu ko salahkan pulak template tu yang tak okay hahahaha.. tu takpe lagi, kang korang amik upah dengan orang lain buat blog ko, tak memasal kang, ada yang salahkan si dia yang ko upah tu, kata plak orang tu ubah coding apa entah hahaha *ini kelakar..
Pokok pangkalnya selepas tukar blog korang update blog korang.. kasi cerita yang sensasi sikit, atau cerita hal-hal harian, nak share pasal review, share yang almost orang suka baca, haaa kompom naik views tu. Paling senang nak naik, korang update je kenapa korang tukar template blog.. ni ramai yang suka baca.
Sis dah buat so Sis tau laa hehehe..
- Jangan lupa masukkan CODE Gtag code
Okay, yang ini ramai terlupa nak buat. Memang ramai sangat. Yang biasa yee tawu, yang tak biasa atau main tukar-tukar tu, memang ramai tak tau.
Mana nak dapat Gtag code tu?
- Pergi ke analytics.com
- Kemudian klik 'admin' di bahagian kiri bawah
- Di bahagian tengah 'property' tu klik <tracking info>
- Then klik Tracking code
- Kemudian copy code tu then paste di HTML blog korang di bawah <HEAD>
- Jangan lupa masukkan code adsense
Ramai juga yang fikri kalau dah guna adsense auto ads, dah tak payah letak code ni, tapi tak tau laa okay ke tak kalau tak letak, tapi sepanjang Sis menukar template, tiap kali tukar mesti Sis letak code ni. Kalau sebelum ni korang dah copy sesiap, haa lagi senang, tepek je laa semula.
Mana nak dapat code adsense tu?
- Pergi ke laman adsense korang
- Kemudian di sebelah kiri, klik ads
- Korang nampak kan ada tulis 'Get Code', haa korang klik
- BIla dah copy, sama juga, korang paste di bawah <HEAD> dalam HTML blog korang.
- Misal kata tadi dah paste code Gtag tu, haa bawah Gtag tu korang boleh paste code adsense ni. Janji di bawah <HEAD> .
Faham tak? ..
Analyzing your URL : https://gtmetrix.com/
Tak pe kalau tak faham, fahamkan betul-betul. Yang di atas ni memang korang kena buat tiap kali menukartemplate blog. Sis ni tak pandai snagat bab coding ni, tapi Sis sendiri try and error pada blog sendiri, bila okay, Sis kongsikan dengan siapa yang bertanya.
Tak kisah, korang nak tanya apa, tanya jerr.. mana boleh Sis bantu, Sis bantu.. kita sama-sama naik, tak payah lokek ilmu.. tu pun Sis kongsi mana yang Sis tau jer, kalau korang nak lebih profesional belajar mengenai semua SEO ke apa ke, kenalah berguru yaa..
Bila dah settle semua korang edit, haa mulakan laaa menulis, memang agak struggle tapi kalau taknak korang membebel sendiri kenapa pageviews turun la itu laa, haa sendiri kenalah kerja keras yaa.. jangan salahkan template atau salah pihak memana.. hohohoho..
Korang akan dapat beza kan bilamana korang update dengan tidak.. tak percaya cuba.. adjust masa dan kalau tak rajin, ada masa buat je 'autopost' macam Sis hehehehe..
Okaylah all the best korang..
Nak smabung deko goodies lagi ni...
P/S: Maaf ada penulisan info di sini tidak betul, Sis kongsi berdasarkan apa yang Sis buat jer.. mohon tunjuk ajar..
Ok.. Esok masuk office nak tengok semula post akak ni. Nak menggodek guna phone menangis biji mata mintak ampun
ردحذفYaaa cuba check nanti Ammi, sayang kalau tak masukkan..
حذفkod adsense memang selalu letak. tapi kod analytics tu baru tahu. agaknya sbb tu kot sendu je PV especially lepas tukar domain. thank you Sis Lin kongsi ilmu
ردحذفHehehehe nanti try check dan dapatkan code tu haaaa...
حذفtk panduannya
ردحذفSama-sama Wak, nanti apply laa adsense Wak..
حذفAaaaaaaaaaa, macam tak mampu nak hapdet dua or tiga entri setiap hariii..HAHAHHA
ردحذفHahahaha tak mampu buat semua, janji ada satu pun jadilah...
حذفTq sis sebab selalu berkongsi ilmu bermanfaat
ردحذفAlhamdulilah, kita sama-sama belajar try and error ya MIn,.
حذفPahammmm cikguuuuuu. Hehehehheeh. Setakat ni tengok macam ok trafik. Rasa macam new year kan. Hahaha. Semuanya bagaikan baru.
ردحذفHahaha alhamdulilah, teruskan update and dongibab...
حذفThank-you sis lin ingatkan kami. Memang lost bab gtag kod tu..haha
ردحذفSama-sama Miera, moga manfaat buat semua orang..
حذفthankz for sharing..dah lama xtukar template baru ni..nak cari yg betul2 ngam ni susah..kena ambil masa sikit nak edit
ردحذفYerr nak tukar perlukan masa dan tenaga hahahaha., cari yang sesuai pasti blog akan banyak improve..
حذفkalau pageview turun mendadak memang serba tak
ردحذفkena dibuatnya kak, automatik income pun terjejas, sekarang dah laju dah blognya..kemas je
Kannn Aju, Sis pulak jenis geram, akan ku cuba macam-macam selagi tak jadi hahahaha
حذفWow. Thanks sebab ada a few steps yang Rawlins tak buat. Banyak ilmu dapat dari Sis nie.
ردحذفNanti try check dan buat yaa Rawlins..
حذفThanks sis lin. Memang tgh dalam proses nak tukar template ni, stress skrg lembab sangat loading .huhu..
ردحذفKann sebab lembab tu laaa smeua orang bertukar, bila bertular jangan lupa buat benda tu yaaa..
حذفok.. baik paham ttg tils yg diberikan. nanti kita cuba ya hehehehe
ردحذفAlhamdulilah, try and error Ayu, all the best..
حذفTq tips ni. Boleh la guna. Betol kata sis lepas tukar template terus naik gred A performance blog ena. Yuhuuu suka2..
ردحذفNanti Ena check je, ada ke takde letak code tu semua..
حذفOhhh kita pun baru tahu pasal ni hehehe.. kena sentiasa update lepas tukar templete tapi lama tak tukar ni takut hehehehe...
ردحذفHaa nanti check Maha, tapi kann so far bukak blog Maha okay jerr.. so kekalkan ajer...
حذفTQ share sislin.. saya dah cuba ubah dan tunggu dalam seminggu dua ni tengok ada perubahan nanti
ردحذفMoga memberi manfaat buat semua...
حذف