BERTAMBAH LAGI ANAK KUCING DALAM RUMAH AKU | ALHAMDULILAH dari sekor, jadi dua, dari dua terus bertiga, now dah jadi enam ekor anak kucing dalam rumah ni hahahaha.. tak tau nak cakap apa, salah diri sendiri sebab terlambat nak bawa pi mandul. Ni semua Suami lerr punya hal..
Yaaa, dari sebelum si Panjang tu beranak pertama, Sis nak mandulkan si Kenit, tapi Suami tak bagi, kesian katanya, so bila datang musim mengawan, haaaa apalagi, dalam diam memalam buta, agaknya si Kenit tu 'buat kerja', last-last keluar lagi tiga ekor hahahaha..
Beranak pertama dulu tiga ekor tapi dua ekor mati, tinggallah sekor yang Sis namakannya Kecik, sebab masa lahir kecik betul badannya, tak sangka boleh hidup sampai sekarang.
Then kali kedua Panjang beranak ni pun sama juga tiga ekor, cuma kali ni Panjang dah pandai jaga dan menyusu anaknya, tu yang anak-anaknya kemain gemok kali ni, kemain sayang Panjang dengan anak-anaknya.
[Baca Juga] : Fakta Menarik Mengenai Tapak Kaki Kucing
Inilah keluarga baru si Panjang, tiga ekor juga kali kedua beranak ni. Sis mamanya Oreo (hitam), Cookies (Putih) dan Butter (Coklat), cute kan nama mereka, now kalau Sis panggil je nama, waaa memasing menoleh kemain menjeling.. garang berdengusss betul tauuu..
Mula ingat nak beri kat orang aje, tak larat nak jaga semua, tapi bila dah lama-lama, tengok gelagat mereka, anak-anak pun suka sama, Suami pun melayan juga.. so dah mula sayang mereka ni semua.. lagi si Panjang tu, pantang anaknya hilang menyorok, bising mulut mencari, errrrr...
Takpelah orang kata reseki kalau menjaga dan membela kucing ni, mereka mendoakan kita.. betul atau tidak, entahlah, yang pasti kucing ni adalah binatang kesayangan Nabi.. so kita jaga aje laa..
[Baca Juga] : Panjang Beranak Sunah Jadi Bidan
Korang tengoklah tu, mana tak gerammm.. lagi si Butter ni haaa, perut dia buncit, gebuuu, tapi dialah paling garang gilerrr... sekali kalau dapat dukung, memang Sis picit-picit mulut dia hahahahaha...
Now belanja makanan kucing dah mula bertambah, sebab Sis asing beli untuk kitten dan juga adults. Sis bagi makan Royal Canin, walau mahal tapi bagus sangat untuk bulu dan juga diet mereka.
Pasir pun sama, sebab dah bertambah kucingnya, so kenalah beli yang besar dan yang agak mahal sikit. Sebab nak elak dari berbau. Sis guna pasir Tofu tu haa.. bagus sebab najis kucing mudah serap dan kurang sangat bau hancing.
So far ada je rezeki anak-anak kucing ni.. tak pernah mengeluh dan merungut dan tak pernah lagi minta Suami belikan dan suruh anak-anak kerjakan dan bersihkan najis, semua Sis beli dan buat, alhamdulilah Allah tu ada je beri rezeki pada anak-anak kucing ni..
Now Sis tengah nak belikan mereka ni banglo 3 tingkat besar, sebab nak majlis anak ni, Sis kena letakkan mereka dalam kandang, kalau tak mau habis mereka ni bersilat depan pelamin hahahahaha...
Doakan Sis dimurahkan rezeki untuk menjaga mereka ni semua yaa.. Korang pula ada berapa ekor kucing? Ke korang takut kucing? hehehehe..
P/S: Jumaat ni kena bawa Panjang dan Kenit pi 'mandul', seram plak Mak ko ni hahahaha..
Comelnya dia tidur posing gitu. Ikutkan kesian memang kesian kak. Tapi itulah kalau tak dimandulkan beranak pinak kita pulak tak larat nak jaga. Semoga murah rezeki dapat jaga mereka semua dengan baik. Aaminn...
ReplyDeleteYaa Fizah, kasihan dan sayang tapi tu laa, harap janganlah bertambah lagi...
DeleteAaamiinn,..
Kembirikan si Kenit tu, kemahen ko ya Kenit, ngan bff pun ko nak jugak, ingatkan cinta plaktonik, hahaha.
ReplyDeleteAnak2 Panjang, dia dah hbis menyusu ke Lin?
Abang kemain kesian kata nak mandulkan si Kenit tu Kak, dia suruh bawa Panjang aja.. tapi Panjang anaknya masih menetekk... tak boleh ek Kak?
DeleteAmmi sekor pun xde sbb tak kuasa lah nak berkucing kat rumah burung ni.
ReplyDeleteAnak2 mintak juga tp bila tgk amminya menjeling langsung tak jadi
Mula dulu takde Ammi, Kenit laa kucing pertama datang orang buang.. then baru bertambah lelainnya..
Deletealololo comelnya kucing akak. seronok ada kucing ni. cuma tulah rumah saya jenis bertingkat. bahaya untuk pet. nanti musim mengawan, dia mula lah panjat tingkap dan terjun. adududdu. serik betul. dah la kita sayang dia. wuwuwuw.
ReplyDeleteKalau rumah bertingkat banyak SOPnya kan Ruby, lagi takut terjun plak kucing tu kang time dia stress hahahaha
Deletegendut-gendut semuanya..alhamdulillah rezeki..semoga Sis dimurahkan rezeki..boleh kongsi dengan mereka. PC ada 10 ekor kucing Sis. empat tinggal kat kampung sementara sebab tak muat kereta nak bawa bila balik kampung.
ReplyDeleteKali kedua ni semua gemok-gemok PC, tu yang sayang nak beri orang, Panjang plak kemain dah sayang...
DeleteLawo2 anak panjang.
ReplyDeleteWak ada ternak 13 ekor tapi semuanya dah sunat
Asalnya kucing datang (orang buang) seekor aje
Kucing asal tu dah 15 tahun umurnya
Gigi sebatang pun dah takde
Dah makan makanan baby pakai picagari
Waaa banyaknyaa Wak, sama macam Sunah hehehehe..
DeleteMau modal gak tu yee Wak nak sunat semua..
Kesiannya Wak, sampai dah takde GG..
hahahahaha ako mampu tgk dari kejauhan je la hehehe
ReplyDeleteHahahah nasib baik masa ko datang kucing aku tak loncat kat ko hahahaha
Deletetakpe sis, murah rezeki tuan rumah tu nanti..
ReplyDeleteBegitulah Eda.. doakan laa kita..
Deletemurah rezeki tu sis lin... sesambil dapatlah memeriahkan rumah.. mcm tu lah kami baby pun dah xde.. harap kucing je la.. hehehe
ReplyDeleteItulah fikirkan dah kasih dan sayang, maka bela dan jaga aje laaa...
Deletesama la kita ada 6 ekor..tapi dalam perut Lugia dengan Poppy tak tahu ada berapa ekor..ahahahhah
ReplyDeleteMakk aii bunting lagi, pengsannnn...
DeleteWowww! Moga murah rezeki sis!
ReplyDeleteFuhh, nasib nanti mjajlis duk dalam kandang ehh..Kikiki...Sayaaaa, tak beraniii dengan kuucingggg... Tapi suka tengok kucing... Haaa.mandulkan, nanti jadi zoo kucing pulakk..KAHHH
Aamiinn.. kalau ko nak marilah, amik barang sekor dua hahahahahah
Delete