BETUL KE IKAN SIAKAP HARGANYA MAHAL?

Sis Lin
40
BETUL KE IKAN SIAKAP HARGANYA MAHAL? | SELAMA Sis ni jadi surirumah laa dan membeli ikan, ini kali laa baru Sis tau dan terkejut dengar harga ikan siakap yang mencecah seribu ringgit tu haaa ekoran dari kes viral sebuah keluarga makan seafood di Langkawi tu. Memang tergelak dan terkejut membacanya. 

Tak taulah mana betul mana tidaknya, siapa yang coverline dan siapa yang salah, tapi kalau pemahaman Sis, dua-dua pun ada salahnya. Sis pernah gak ke Langkawi dan makan seafood atas kelong macamtu. Tapi pengalaman Sis, Suami pilih ikan dalam sangkar, then pergi ke kaunter timbang, staff bagitau berapa harga 100gm, kemudian bagitau masak apa then masa nak bayar dah dapat agaklah berapa harganya. 

Tapi kes yang ni, harga pun tak di sebut, dan katanya pelanggan tu pun tak tengok besar mana ikannya, kira semua serah ke tuan kedai, memang laaa kena 'pancung' hahahahaha.. mana-mana pun macamtu okay, termasuk kalau makan di kedai seafood darat pun. 


Betul Ke Ikan Siakap Harganya Mahal?

Suami Sis seorang kaki pancing, so bila dia terbaca kes viral ni, dia sendiri pun gelak, sambil kata; 'Mana ada ikan siakap sampai beribu harga' kekekeke.. kalau kata ikan sangkar bela bertahun-tahun, then kenapa jual?, tentunya laa mahalkan harganya, sebab dah amik kira bayar kos vaksin, mandul, makan vitaminnya lagi dan macam-macam laa penjagaannya, yang pelanggan pun satu hal, main belasah OK jerrr apa kata tuan kedai hahahaha.. 

Tapi betul ke ikan siakap harganya mahal? 

Yaa ikan siakap murah TAPI kalau ikan siakap tangkap laut. Paling mahal kalau Sis jumpa, ikan siakap hasil memancing Suami seberat 7.8kg dan Suami try pi hantar kedai seafood nak jual, tapi mereka hanya nak bayar RM200 sahaja, padahal tu ikan laut tu, bukan ikan bela okay, lagi fresh rasanya... 


Tapi Suami tak jual pun, takde rasa niat pun dah mancing pastu nak jual, memang bawa balik dan Sis akan nyiang kerat-kerat simpan buat lauk kami sekeluarga, puas makan. Kadang goreng aje pun sodap oiiii.. 

Betul Ke Ikan Siakap Harganya Mahal?

Kalau di Pasar Borong Pandan,Johor sini, ikan siakap di jual mengikut set. Ada yang 3 ekor RM20, ada yang sekor RM10 dan ada juga di jual harga paling mahal pun hanya RM18 jer sekilo. Tu pelik kalau sampai makan ikan siakap seberat 7.37gm katanya sampai seribu harganya, aje gilerr macam tak masuk akal.. tapi entahlah.. 

Ye laa kita hanya mampu menidakkan dan buat andaian, tapi kita tak bayar kan, so memang tak tau laa apa perasaannya, tapi kalau kena kat kita, mau terduduk gakk weii nak bayonya.. benda dah masuk perut, nak taknak kena bayar.. takkan ko nak lari berenang balik darat hahahahaha.. 


Apa-apa pun so far kalau Sis nak makan ikan siakap, memang ikan siakapnya hasil memancing Suami, kalau makan di kedai pun, agak jarang kami amik siakap, ni pun lama gilerr tak membeli ikan di pasar huhuhu.. dalam freezer tu masih ada lagi tu beberapa keping ikan siakapnya, tak tau nak masak apa oii huhuhuhu.. 

Okaylah, ini hanya pandangan Sis aje, jadikan semua kes yang berlaku sebagai tauladan. Hak pengguna sentiasa ada, so jadilah pengguna yang bijak. Dan untuk peniaga juga, tak semua 'customer always right' okay.. 


P/S: Ikan Siakap ni masak Stim Nyonya atau Stim Limo yang sedap.. yumsss.. 

Post a Comment

40Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Minggu sudah beli siakap dekat TESCO baru RM7 sekor🤣. Idaklaha mahal sampai ribu raban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha biasa memang begitu laa harganya Syu, tapi yang mahal tu siakap bela dalam sangkar...

      Delete
  2. Kak kalau dah besor macam tu besarnya. syok la sekeluarga besar viral makan di Langkawi tu. puas hati tebal isinya. Berat 5kg beras pun dah kerut muka nak angkat. saya surrender nak jadi kaki pancing ikan. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr siang keping-keping masuk bekas, nak masak keluarkan... goreng pun sedap...

      Delete
  3. besarnya ikan tu..puas hati kalau nk makan..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr Aqidah, sekali potong, buat lauk seminggu, berkeping-keping simpan..

      Delete
  4. Bila nak mancing ikan patin pulak. heeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan patin kena lauit dalam ni hahahahahah...

      Delete
  5. makanan yang tertakluk pada harga pasaran semasa ni memang kena confirm betul betul sebelum order.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Azian, nak makan mana-mana pun, kalau jenis pilih ikan atau seafood, kena tau harganya dan berapa sekilo/segram.. jangan main bedal jee..

      Delete
  6. lama nya tak pekena ikan siakap masak stim limau ...slurppp dap nyee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, dah stim, pastu [e[anas ratah, waduh sedapnyaaaa

      Delete
  7. Kena mancing kat langkawilah
    Sebab siakap sana mahal tahap kayangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sana takyah mancing Wak, tempat bercuti jerr.. sediakan je duit kot kalau makan mahal hahahaha

      Delete
  8. Yg penting siakap stim sodap, sis lin 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, memang suka stim aje, isinya lembut halus...

      Delete
  9. Wow besar tu 7kg. Tetiba terbayang 3 rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, memang besar Madi, ada lagi besar sebelum ni pun yaaa..

      Delete
  10. ha'ah masa baca kes tu, katanya penjual dah bagitahu dah harganya mahal tapi pelanggan insist nak ikan tu jugak. So malas dah nak ambik port kes tu. Besar jugak ek ikan siakap suami kak lin dapat tu. Puas makan masak limau tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, tak tau laa mana betul dan salahnya, tapi sebab ramai jadi mangsa, so faham-faham aje laa...

      Delete
  11. Nxt dapat siakap, roger kami terus. Dengan kepantasan kilat kami sampai untuk makan ye. Sekian. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sangat Rawlins, duk bayangkan hilang mata dan gigi korang kejekan hahahaha

      Delete
  12. laku terus ikan siakap gara2 viral siakap langkawi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kannn, terus sana sini up resepi siakap hahahaha

      Delete
  13. Wow besarnya siakap tu.. berapa lama dpt habiskan tu..? hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seminggu juga laa macam tu, kadang goreng aje meratah atau masak stim..

      Delete
  14. sebelum apa-apa kena tnya dan tahu dengan jelas kan Sis supaya tak timbul apa-apa isu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitu sepatutnya, sebab kita pelanggan, so kenalah pandai budget berapa RM kita nak makan kann..

      Delete
  15. ikan siakap sedap buat masak 3 rasa atau pun stim. goreng saja pun sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Tiara, cuma rumah ni jarang masak siakap 3 rasa, biasa stim limau aje...

      Delete
  16. nampak macam isu siakap ni ada baiknya jugak, bila ramai yg mula cakna tentang ikan siakap dan juga cara nak pesan makanan di restoran. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Aeril, kalau tak, semua orang main serah pada tuan kedai, then bila bayar mahal, bising plakk...

      Delete
  17. Umm...boley tahan pricey juga harga ikan siakap ya. But the flesh is soooo tasty. Sebab tu lah mahal kot. Interesting post. I learned something form reading this. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutkan harga tak mahal siakap ni Fadima, mahal lagi kerapu dan merah, tapi sebab salah faham, tu yang jadi mahal hehehehe

      Delete
  18. Ntah..mcm makan ikan kelisa pulak regenya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha ikan kelisa Dato Aliff je boleh makan hehehehe

      Delete
  19. fuhhhh kalau dapat tangkap sendiri mmg syok... skrg ni mmg harga ikan mahal sikit kan... btw sbg pengguna kit apun tahu makan nak beli ikan yg berpatutan harganya heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal murah tak kisah, janji boleh bayar kan Ayu hahahaha.. masak sedap dan kita pun puashati...

      Delete
  20. Hahaha viral sungguh kan kes ikan siakap ni! Seriously terkejut wor! Hopefully tak perlu lalui kes macam ni la.. kena berhati2 bila g makan kat tempat2 pelancongan like this bah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu Malaysia terkejut hahahaha.. lepas ni nak makan seafood kena pilih dan tanya harga dulu..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!