KHASIAT IKAN SIAKAP - MENURUNKAN HIPERTENSI

Sis Lin
7
KHASIAT IKAN SIAKAP - MENURUNKAN HIPERTENSI | TAK habis lagi yaa cerita ikan siakap ni? Sana sini bukak IG dan facebook duk laaa up pasal ikan siakap, termasuklah DSV yang tak habis-habis live pasal ikan siakap.. kemain femes sekelip mata ikan siakap ni, sampaikan nak makan kedai pun, ada yang bergurau 'Kak, nak letak deposit ke?' Hahahahaha..LOL..

Rancak sana rancak sini, berdosaa tau mengata si ikan siakap ni, tak baikkk.. korang tau tak banyak rupanya khasiat ikan siakap ni, salah satunya isinya boleh menurunkan hipertensi sesaorang. Fakta atau auta, entah laa, tapi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada update pasal khasiat ikan siakap ni di laman facebook pagenya, tu yang Sis copy dan kongsikan dengan korang.

Sis pun baru tau gak, agak menarik, lagipun memang selalu kalau makan di restoran seafood, selain ikan kerapu, memang kami suka amik siakap, masak Stim Nyonya atau Stin Kicap, perghhh sedap weiiii.. 

Tapi ada juga yang tak makan ikan siakap ya.. tak tau kenapa.. ermmm.. padahal isinya putih, lembut dan sedap.. sebab tu lebih suka masak stim dari masak 3 rasa, nanti isinya jadi keras dan kejung hahahaha.. 

Khasiat Ikan Siakap - Menurunkan Hipertensi

Khasiat Ikan Siakap 

Ikan siakap atau Lates calcarifer kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan dan salah satu sumber Omega-3, vitamin, protein dan mineral semula jadi lain seperti selenium, fosforus, potassium dan magnesium. Namun, ia turut bergantung kepada cara memasaknya.

Antara khasiatnya : 
  • Menjaga kesihatan Mata
  • Turun kadar lemak dalam tubuh
  • Meningkan matabolisme
  • Menurunkan hipertensi
  • Sumber Omega3, Vitamin & Protein
  • Bagus untuk kesihatan Jantung
  • Sumber Kalsium yang bagus

Masaklah secara sihat sama ada secara kukus, panggang atau 'air fryer'. Jika perlu menggoreng, gunakan minyak dalam kuantiti yang sedikit dan gunakan minyak sayuran seperti minyak sawit yang kaya dengan tokotrienol.

Jadi, apa kata dapatkan siakap untuk menu malam ini. 

Pesanan KKM : 

Ingat, makan malam yang sebaiknya adalah antara jam 6.30 petang – 8.30 malam. Elakkan makan malam yang terlalu lewat kerana boleh menjejaskan kualiti tidur anda dan menganggu proses penurunan berat badan.

Jika korang menikmatinya dengan #keluargamalaysia yang lain, sentiasa patuh pada SOP walaupun korang telah divaksin. Jadikan norma baharu sebagai kebiasaan harian. Tingkatkan penilaian kendiri melalui TRIIS iaitu test (uji), report (lapor), inform (maklum), isolate (asing) dan seek (dapatkan rawatan).


P/S: Dalam freezer ada 9 keping lagi ikan siakap, nanti nak masak stim nyonya laaa.. tapi bukan harini laaa hahahaha.. 
Tags

إرسال تعليق

7تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Oooo... Banyak juga kebaikan siakap ni kan?

    ردحذف
  2. sungguh banyak khasiat ikann tilapia...patutla harga mahal

    ردحذف
  3. selama ni tau makan je..ni dah tau khasiatnya.

    ردحذف
  4. bagus rupanya eh makan siakap ni.. tp tu la ako plak x leh makan protein lelebih dah huhu....

    ردحذف
  5. Cari yang ikan siakap laut
    yang banyak di pasaran tu ikan siakap ternak

    ردحذف
  6. tau makan ja, ni baru tahu kebaikan siakap. haha

    ردحذف
  7. Ha ah, ada baca jugak...sy terfikir, serba sedikit, khasiatnya sama macam ikan lain..hoho

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!