LAMA TAK MAKAN IKAN PEKASAM

Sis Lin
10
LAMA TAK MAKAN IKAN PEKASAM | MEMANG agak lama rasanya laaa tak makan ikan pekasam ni. Stok tu ada, tapi Sis tak masak pekasamnya. Bukan apa, jahat tau kalau masak ikan pekasam ni, sekali makan boleh bertambah nasi, adoiii.. 

Dan tiba-tiba ada plak Suami balik bawa ikan pekasam, terus kata 'Lama tak makan ikan pekasam', hohoho tu maknanya minta kita masak le tuuu hahahaha.. Menu biasanya Sis buat, Sis akan goreng je ikan pekasam ni dengan cili dan bawang, memang terangkat weiii.. 

Yang jadi masaalah kalau masak ikan pekasam ni, time mengoreng tu, siaplah, satu rumah berbau, walaupun ko dah bukak kipas dapo dan hub sekalipun, bau tu tetap naik sampai ke tingkat atas hahaha.. 

Pernah arwah Mak kata, goreng pekasam, orang 'koma' pun boleh sedar hahahahaha LOL.. 

Resepi Ikan Pekasam Goreng Cili

Haaa inilah cara Sis masak ikan pekasam. Ikan tak hancur, garing dan sedap.. Korang nak resepi dan cara memasaknya? Sila check resepi di bawah ya.. 

Ikan Pekasam Goreng Cili

Bahan-bahannya :
  • Ikan Pekasam 3 ekor
  • Bawang Besar selabu (potong dadu)
  • Bawang putih 3 ulas (cincang atau hiris nipis)
  • Cili padi 5 tangkai (hiris - ikut pedas memasing)

Cara Memasaknya : 
  • Goreng ikan pekasam dalam minyak yang panas. Minyak jangan terlalu banyak.
  • Bila ikan pekasam dah garing, ketepikan ikan di hujung kuali (Sis guna pan aje)
  • Masukkan bahan-bahan yang dah di potong tu semua di sebelah ikan tadi, dan goreng hingga garing. 
  • Bila sudah garing, tolak ikan ketengah, dan biarkan sekejap bersama bahan di tumis tadi. 
  • Kemudian tutup api dan angkat masuk pinggan. 

Siap hidang....

Ikan Tenggiri Masak Singgang

Dan semalam Sis lawankan menu ikan pekasam tu dengan Ikan Tenggiri Masak Singgang ni haa.. perghhh enak bangattt... tapi Sis mampu meratah aje laa, now tengah diet nasi hahahaha.. siapa gelak GIGI dia rongakkkk...

Alhamdulilah, Suami balik semalam, makan nasi sampai bertambah, hahahaha, memang dah agak, kalau masak ikan pekasam, makan nasi mesti bertambah.. nasib baik nafsu Sis ni boleh tahan lagi, kalau tak, mau dah ceduk gak nasi oiii hahahaha..

Ikan tenggiri tu pun hasil memancing Suami. Memang kerat-kerat kepingan, simpan dalam freezer, nak masak senang.. sampaikan anak kata 'Apa, ikan lagi?' kakakakakah.. adoiiii.. 

So harini, kita masak ayam laaaaa... 


P/S: Apo laa malam tadi mimpi pi Milan,Italy dengan Cik Epal, siap makan aiskrim sama-sama hahahaha adoiii lawakk betul.. 

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. sedap ikan pekasam. makan hari hari pun boleh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, kalau ada baki, siap cuit-cuit lagi makan hahahaha

      Delete
  2. sedap gilerr nengokk ikan singgang tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha bolehlah masak ye Ain, tak cukup bahan takpe, janji masak...

      Delete
  3. hahahaha tang arwah mak akak cakap tu dana gelak... dia punya bau tu kan, kalau melekat dekat dapur berminggu nak hilang bau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, memang bau serumah kalau masak ikan pekasam ni hahahaha

      Delete
  4. Ammi br perabiskan pekasam dlm esbok. Berzaman SIL kasi. Malas nak goreng tulah sbb habis bau 1 rumah. Dah la duduk rumah burung. Kebetulan hari Ahad xde jemur baju kat veranda bolehlah goreng... Kalau x selamat baju tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti sedapkan Ammi, pekena dengan nasi panas..
      Ni goreng bukak hub pun tetap bau satu rumah ahahhaa

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!