MAKAN TENGAHARI DI RESTORAN HAJI JANI BERSAMA TEMAN BLOGGER

Sis Lin
14
MAKAN TENGAHARI DI RESTORAN HAJI JANI BERSAMA TEMAN BLOGGER | DALAM pada sibuk menguruskan hal persediaan perkahwinan anak, tapi di sebabkan teman blogger jauh dari KL tu nak datang, Sis cuba adjust masa Sis untuk keluar makan tengahari bersama. 

Siapa dia? Sapa lagi kalau bukan Retna tu haa.. lama gilerr okay tak jumpa dia, sejak sebelum PKP sampai sekarang, memang kami takde jumpa. Dan kebetulan kawan kami sama-sama dalam 'group Korea' Puan Azlinda dah buka restoran, so kami pakat semua, jom aja la makan tengahari di Restoran Haji Jani kepunyaan Linda dan Suaminya. 

Restoran Haji Jani ni baru je beroperasi dalam sebulan macamtu laa, dan restorannya beroperasi dari jam 6.30am hingga jam 11pm. Macam biasalah pagi menu sarapan, then terus masuk lauk-pauk juga gerai Nasi Ayam, kemudian jam 3pm dah menu goreng-goreng panas juga menu western. 

Makan Tengahari Di Restoran Haji Jani Bersama Teman Blogger

Makan Tengahari Di Restoran Haji Jani Bersama Teman Blogger

Gambar atas tu, yang tengah tu laa pekerja owner Restoran Haji Jani, Puan Azlinda. 

Retna datang JB bersama dengan adiknya dan anak saudara dia, tu pun sebelum dia ke Restoran Haji Jani, dia baru je check-out dari Legoland Hotel, then nak check-in ke Renaisance plak, kemain bercuti sakan ekkk dia hahahaha..

Sis pulak datang bersama anak bujang Sis, memang ajak dia sebab sekali dia Solat Jumaat aje. Nak ke Restoran Haji Jani ni pun tak susah, kalau korang ikut waze mesti sampai punya. Dan pastikan kalau korang walk-in, korang sudah lengkap dua dos ya. 

Makan Tengahari Di Restoran Haji Jani Bersama Teman Blogger

Makan Tengahari Di Restoran Haji Jani Bersama Teman Blogger

Kemain busy yaa tokey kedai,  tapi tetap ramah melayan pelanggan terutama kami hahaha.. 

Yang terujanya bila makan tengahari di sini, semua menu sedap-sedap belaka oiii, walaupun tak rasa semua, tapi tengok je dah tau, dan apa yang Sis makan pun semua sedap. Korang tengok aje laa menu yang berderet tu sebaik masuk, penuh semeja. 

Di sebabkan masih menjaga SOP, jadi dalam restoran menang takde meja makan, hanya ada di luar sahaja, so kalau korang datang dan keadaan penuh, harap faham laa ya. InsyaAllah jika semua keadaan dah okay, kata Puan Azlinda, mereka akan tambah lagi meja di dalam. 

Kalau korang taknak makan nasi berlauk pun takpe, ada juga gerai Nasi Ayam di sediakan, so boleh order dan makan Nasi Ayam juga. 

Makan Tengahari Di Restoran Haji Jani Bersama Teman Blogger

Makan Tengahari Di Restoran Haji Jani Bersama Teman Blogger

Tapi paling menghantui Sis adalah menu Ikan Talapia Sambal dia, perghhh dia punya sambal tu, power gilerr, sampain tercium-cium jari lepas cuci tangan hahahaha.. sedap weyyyy, sikit pun takde rasa tanah ikannya.. Sis suka gilerr... 

Alhamdulilah pertemuan singkat tapi cukup bermakna buat kami. Hari-hari duk chat dalam wahtsapp group je kann, ini kali barulah kita jumpa setelah bertahun tak jumpa. Sambil tu Sis edar le kad jemputan hehehehe... 

So korang yang tengah mencari tempat makan best Johor tu, boleh laaa singgah sini yaaa.. Alamat ada Sis letak di bawah ni, nak diskaun, cakap je laa 'kawan Sis Lin' nanti dapat FREE air sirap hehehehe.. 

Restoran Haji Jani 
36A, Jln Laman Setia 2/20, 
Setia Eco Gardens, 
81550 Gelang Patah, Johor


P/S: Alhamdulilah, moga terus maju berjaya bisnessnya ya Linda, moga Allah permudahkan urusan dan murahkan rezeki ko sekeluarga.. *aku tau ko baca :p ... 

إرسال تعليق

14تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. hhahahah kan klu ikut nafsu semua pun nak di makan nya hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Tau takpe, ikut hati semua aku nak ceduk, kang lupa pulak tengah diet hahahaha

      حذف
  2. Bersusun traynya ha.. Boleh rambang mata

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa semua lauknya sedap-sedap nengok.. rasa pun tentu sedap...

      حذف
  3. Waaahh. ni yang bersusun lauknya yea. Pening kepala nak pilih ni. Mesti sedap!

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha kalau sampai JB bolehlah singgah ya Kid, ikan patin pun ado hahahaha

      حذف
  4. Bilalah dapat menyinggah ni, padahal hari2 lalu jer depan setia eco ni.

    ردحذف
    الردود
    1. Nanti singgah Kak, tak pagui, tengahari, tak pun malam, tapi sedapnya lauk tengahari hahahaha

      حذف
  5. perghh..tgk gambar pun tahu mmg sedap..:)

    ردحذف
  6. الردود
    1. Mengoda dan rasanya pun sedap gilerrr.. terbayang-bayang dah ni...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!