TELUR PINDANG SEDANG DALAM PROSES MEMASAK | BAGI siapa yang biasa makan dan suka akan Telur Pindang ni, memang kalau nampak aje, pasti terliur kan, tapi kalau di belah utara sana, mereka panggil 'telur busuk', yaaa kawan Sis sendiri pun kata begitu, sebab orang Utara tak berapa gemar akan rasa dan bau telur pindang ni.
Kalau ada yang suka pun, mungkin segelintir aja.. tapi sama juga di Johor ni, ada yang suka dan ada juga yang tak suka, so terpulang pada tekak memasing. Dan buat masa ni telur pindang sedang dalam proses memasak untuk Sis berikan kepada tetamu sebagai buah tangan di majlis perkahwinan anak Sis..
Nak memasaknya pun kena lama, paling tidak 4 hari 3 malam kena rebus. Lagi lama lagi sedap. Bagi Sis, memang tak lengkap goodies kalau takde telur pindang ni hehehehe..
Dah dua hari ini sangat-sangat bizii Sis sekeluarga, mengemas rumah, mencuci, megelap dan meyental apa yang patut, dah macam hari raya pulak.. bukanlah kata hari biasa tak buat tu semua, tapi lain rasanya bila ada 'hari istimewa' ni.. ikutkan takde apa nak di kemas, tapi Ayahnya yang beriye beno buat semua benda.. termasuk mengecat rumah.
Memang majlis besar bersandingnya di dewan, Sis tak perlu buat apa-apa sebab Sis amik full pakej dengan Bizmilla, tapi sebab Sis ada buat majlis Yasinan dan malam berinai, so sudah tentu laa keadaan di rumah akan meriah dan sibuk sekali, sebab Sis ada psang pelamin dan juga khemah.
Moga Allah berikan kami kesihatan yang baik dan dapat buat yang terbaik untuk anak Sis.. dan buat tetamu yang akan hadir, sila patuh SOP dan jaga jarak dan pergaulan korang ya.. takut dah jumpa kawan, lupa pulak yaa SOP hahahahahaha #peringatanbuatdirisendiri juga hehehehe..
Korang doakan yaa semuanya berjalan lancar.. segala update persiapan perkahwinan anak Sis, Sis akan update di IGs Sis ya.. stay tuned dan follow dekat-dekat hahahaha macam retis je ekkkk.. ada aku kezzahhh...
P/S: Terima kasih korang untuk pageviews 16 000 000 juta blog Sis ❤
Walaupun penat tapi hati seorang ibu mesti rasa seronok dan tak sabar melihat kenduri anak nnt.
ReplyDeleteSemoga segalanya dipermudahkan.
tahniah sis bakal menerima menantu.. uish lama juga proses masak telur pindang
ReplyDeleteDah terbayang=bayang kemeriahan majlisnya Sis Lin, tahniah!
ReplyDeletePH suka telur pindang. Tambahan bila tahu proses menyediakannya memakan masa, lagilah kita appreciate the thing.
oooohhh telur pindang kegemaran ku... moga majlis berjalan lancar kak
ReplyDeletepuas hati dapat sediakan untuk anak pada hari bersejarah diorang kan sis.Kita mak mestilah teruja uii..anak yang nak kawen, bukan jiran sebelah..hahahha
ReplyDeleteMemang leceh buat telur pindang ni
ReplyDeleteNak mudah, kalerkan aje telur rebus tu
ui, dapnya telur pindang. Jadi johorian bru pandai makan. nasib kena pada tekak. Macam telur padi. Tu pun sedap.
ReplyDeletesuka telur pindang..tapi zaman sekarang dah jarang orang rajin nak buat telur pindang ni Sis.
ReplyDeleteFeveret uncle ni...
ReplyDeleteSini susah nak dapat yang sedap!
Bagus ni... siap ada telur pindang. Kekalkan tradisi yang semakin pupus supaya generasi muda tahu.
ReplyDeleteMari memasak telur pindang. eh, lama tak makan telur pindang. nak sikittt!
ReplyDeletetelur pindang dah habis...mak pengantin tak habis penat lagi ni
ReplyDelete