AKU BELI FACEMASK 3D DUCKBILL NI KHAS UNTUK PERGI KEDAI 'SEKEJAP' | MEMANG agak kelakar je bunyinya kan? Beli facemask semata nak pakai gi kedai aje. Tapi yaaaa, Sis beli facemask duckbill ni khas untuk pergi kedai 'sekejap'. Maksudnya memang untuk pakai pergi kedai jerr, then balik buang terus.
Bukannya apa, facemask yang sedia ada tu Sis beli semuanya boleh tahan mahal harganya, then 4ply, So fikir-punya fikir, takkanlah nak ke kedai sekejap nak pakai facemask tu pastu balik terus buang, agak sayang gak weyyy, bukan lokek atau berkira, tapi berjimat cermat hehehehe..
Yang penting Sis ni masih ada rasa lagi nak menjaga dan patuh SOP masuk kedai yaaa... dari 'monyet-monyet' di luar sana yang tak reti nak pakai facemask. Kang tegur, nengok muka dah berjanggut bermisai, beruban, berkedut, so tak sampai hati nak tegur, takut Sis tegur kang, kena serangan jantung pulak mereka tu..
Biasanya memang kalau Sis ke kedai, bukan laaa lama sangat, paling tak, memang tak sampai 5 minit. Sekadar Kedai Acheh ajerr, bukannya shopping Mall.. lain lerr masuk Mall, memang kena double protection facemask.. ni so far kalau masuk kedai Acheh tu, orang tak berapa nak ada, masih bolehlah pakai facemask cenggini. Janji bertutup.
Betul, seeloknya kita kena pakai facemask yang lebih protection untuk keselamatan dan kesihatan kita, tapi bak kata Sis laa, yang facemask 3D duckbill ni, Sis beli khas untuk pergi kedai sekejap ajerr.. tapi kalau jenjalan keluar, Sis akan pakai yang lebih protection punya.
Setakat nak pakai sekejap then buang okay ajer, lapisan dia pun hanya 2ply sahaja. Bagi Sis guna cenggini lagi better, sebab lepas ko pakai ko buang, dari ko guna yang kain tu, ko rasa lepas ko pakai tu ko terus cuci ke?...
Memang rata-rata Sis duk perhatikan, ramai yang guna jenis facemask kain, tapi pakai berulang kali, eeee tak rasa 'geli' kerr? dah batuk, bersin dalam kain tu, then tak cuci, pastu pakai balik (sebab dah nampak depan mata) ermmm sama je pergi balik kumannya masuk dalam badan ko.
Sis sendiri kalau pakai yang jenis 4ply ke berjalan, kalau dah batuk bersin, ada masanya Sis buang ganti baru, sendiri rasa geli nak sarung pakai balik, sedangkan bukak sekejap, nengok bertepek foundation dan lipstik di facemask pun rasa erkkkkkk...
Tak kisahlah kannn, janji kemana saja korang pergi, pakailah face mask, kita ni belum lagi nak memang dengan Covid19 ni, bila entah ada kesudahannya pun tak tau laaa... turun naik gituu jer laaa.. dugaan betul ..
So bagi korang yang nak dapatkan facemask 3D duckbill ni untuk kegunaan 'sekejap', haaa tu haaa, bolehlah beli dengan seller yang ni, servis cepat, harini order, lusa dah sampai barang, sebab Sis bayar dah petang, kalau order pagi, rasanya esoknya dah sampai. Guna J&T memang lajuuuu..
Beli sini --> SHOPEE
P/S: Tetap suka pakai facemask Himaya .. selesa dan rasa padat di muka.
Kita pun jenis geli ulang pakai facemask. Kat office pun letak extra.
ReplyDeleteDah jadi barang keperluan wajib facemask ni
ReplyDeletekalau dah selesa dgn satu jenama facemask tu, mmg itu ja la dicari kan
ReplyDelete