AKU SUKA LEPAK DI ORKED COFFEE NI | BETUL, seminggu sekali mesti Sis datang lepak di Orked Coffee ni, sampaikan sendiri pun perasan, balik-balik muka aku jee kat sini hahahaha.. tak tau laa kalau tokei/staff tu perasan ke idok hehehehe..
Tujuan utama kalau ke sini, apalagi, pekena kopi laaa.. tapi kalau datang time lapar, bukan kata kopi jer, siap order menu-menu dia yang boleh di katakan semuanya sedap dan menepati citara tekak Sis. Order je laa apa, semuanya sedap, sampaikan anak Sis pun dah datang sekali, lepas tu datang ulang-ulang kali juga hehehe..
Orked Coffee ni tak jauh dari rumah Sis pun, tak sampai pun 500meter dari rumah, tu yang sakan duk lepak sini je. Lagi kalau mood bosan nak Work From Home, so kita hangkut laptop, kita Work From Cafe pulak. Lagi syokkk... WiFii dia pun laju, setiap meja di letakkan passwordnya, baguskan..
Kebetulan baru ni anak Sis,Yana datang ke rumah, so Sis ajak teman Sis lepak minum kopi di Orked Coffe ni juga ..
Masa mula Orked Coffee ni di buka, Sis dah datang juga dengan kawan Sis,Eda, sajer duk lepak sambil buat kerja dan mengedit blog.. Sis suka suasana dalam Cafenya, sangat sejuk mata memandang. Dari luar sebelum mula masuk ke dalam kedai, hinggalah ke dalamnya, dekorasi dia sangat tenang aja.
Cuma baru ni Sis pergi, waaaa dia pun dekorasi dan susun atur sudah bertukar, lagi cantik dan penuh dengan hiasan bunga Orchid.. ye laaa nama pun Orked Cofee kan, so memang kena laa dengan tema kedainya hehehe..
Sis pulak memang suka gilerr dengan bunga Orchid, so mata tu time makan pun duk melilor sana sini nengok bunga hahahaha.. adeiii..
Hehehe yang gelihatinya, dah empat kali datang, empat kali juga Sis order menu yang sama hahahaha.. Cuma kali ni Sis order Spageti Alio Olio Chicken Grill pulak, selalunya hanya Spagetinya aje, so ini kali kita cuba menu yang 'mewah' gini hehehe..
Macam Sis kata, rasa tetap sama, sedap dan puas makan. Maksudnya portion dia besar.. cukup kenyang sangat kalau makan sepinggan ni haaa time lapar.
Yana pulak taknak makan berat, kenyang katanya, so dia order Cheesy Nachos ni dengan Indulgence Cake tu tadi.. pun sedap, tapi Cheesy Nachos dia perghhh sedap gilerrr ko. Macam mana ko tengok gambar tu nampak sedap, memang begitulah rasa kesedapannya hehehehe..
Ini pengakuan jujur tau.. walaupun ini bukan review berbayar, tapi bila sendiri dah cuba banyak kali, ternyata soploh kali ko pergi pun, rasa tetap sama.. alhamdulilah..
Bab harga pulak, bagi Sis sama jerr dengan cafe-cafe lain, so far harga mampu bayar lerr.. menu pun banyak pilihan, minuman dia pun banyak juga pilihan.. Dan lagi satu yaa.. bukan kata makanan menu Western aje ado, menu lauk masakan kampung pun ada.
Contihnya; menu nasi beserta asam pedas, masak lemak cili api, semua pun ada.. dia ada jual set.. yang ni Sis belum try.. nantilah bebila datang lagi boleh cuba.. dekat je kan hehehe..
So korang yang berdekatan, bolehlah singgah ya..
Orked Coffee
Alamat : Jalan Belatuk 5, Taman Scientex, 81700 Pasir Gudang, Johor
Buka dari jam 9am hingga 9pm.
Isnin TUTUP ..
P/S: Rancakk sana rancakk sini cite Hanafi kan... Bagus isterinya,Najihah tu, sebarkan kecurangan Suami dia satu Malaya, so rasakan si peyondol tu tau taraf dia kat mana.. dasar tak tau maluu...
syok juga ye work form cafe. lebih-lebih lagi cafe macam ni.
ReplyDeleteRezeki bila ada cafe yang ngam dengan kita kan Sis, lagi syok dekat dengan rumah dan menunya, suasananya serasi dengan kita. Jadi mudah nak ubah angin sesekali keluar rumah terus tuju. PC suka macam ni.
ReplyDeletealahai bestnya kalau dapat work from cafe macam ni..
ReplyDeleteBila tengok tu, jadi lapor pulak! Nanti nak try la singgah.. hehe.. Upss.. pasal Hanafi tu, bagussss biniknya buat gitu.. Ngamm... Huhu
ReplyDeletecheesy nachos tu sedap tak..hahaha...den pun hari tu tu tapau kopi dia je dah alang-alang ke situ.nak repeat makan situ lagi tunggu la tahun depan..hahaha
ReplyDelete