ALHAMDULILAH, AKU DAH ADA MENANTU LELAKI | SETELAH hampir seminggu blog Sis ni sepi, harini barulah sempat nak buka laptop dan menulis di sini. Memang sepanjang persiapan majlis Sis bizi macam kaki sotong, ke sana ke sini, ke hulur ke hilir, sampaikan tumit kaki ni masih lagi rasa sakitnya hingga harini.
Tapi alhamdulilah, segala rasa, perasaan dan debaran sudah pun hilang. Dengan izin Allah, semuanya berjalan lancar seperti yang Sis rancangkan, sujud syukur kami sekeluarga.. Walaupun letih, penat tapi gembiranya tu tak tau nak kata, bersyukur sangat, keadaan sebelum, sepanjang dan selepas majlis terkawal tanpa ada sebarang perkara yang tidak di ingini berlaku.
Niat hati nak update dan menulis selepas posting Telur Pindang tu, tapi keadaan kesibukan Sis, terus buat Sis kemas dan tutup 'opis' dan terus simpan laptop dalam bag masuk lemari,. tu yang tak dapat nak share apa-apa dah.. sampai laaa ke harini, baru sempat nak update.
Bagi yang pernah uruskan majlis perkahwinan anak, memang tau laa kepenatan dan kesibukannya.. nampak macam senang dan lancar, tapi sibuknya tu, nak makan pun sampai tak nyempat, ada jee kerja nak di buat atau nak buat 'spotcheck'.. tak habis-habis kerja kalau selagi majlis tak selesai.
Nikah : 26 November 2021
Tempat : Masjid Al-Munawarah Taman Kota Masai
Untuk majlis di dewan Bizmilla Ariz Hall tu, Sis tak kisah sangat, sebab Sis amik full pakej, so semua urusan mereka yang siapkan. Kami hanya tunggu tetamu aje masuk. Tapi sebab Sis ada majlis di rumah dua malam berturut sebelum majlis dewan, so memang keadaan tu sama penat dan sibuknya macam orang buat kenduri kawin di rumah.
Nasib baik semua menu makanan Suami order je catering, so takde laa nak kecah dapo dan penat nak memasak. Dan alhamdulilah menu di malam Yasinan dan malam majlis berinai, semuanya kami sekeluarga dan tetamu puashati. Rata-rata semua kata sedap, alhamdulilah.. bukan apa, nak menjamu orang makan kan, takut juga kalau kang menu dan rasa kurang memuaskan..
Alhamdulilah, Sis dah ada menantu lelaki hehehe.. Apa-apa pun terima kasih buat mereka yang membantu dan terlibat secara langsung dan tidak dalam menjayakan majlis perkahwinan anak Sis selama tiga hari dua malam minggu lepas. Dan juga terima kasih kepada mereka yang sudi datang dan mendoakan kami.
Harap maaf jika ada sebarang kekurangan sepanjang majlis dan terkurang layanan dari Sis sekeluarga, yang baik tentunya datang dariNya, dan yang kurang elok itu, tentunya dari kami sekeluarga. Harap maaf semua, mohon halal segalanya..
Buat anak Mak, Nurul Nazryyana dan menantu, Muhammad Khidir, selamat pengantin baru dan semoga perkahwinan yang di bina ini akan terus kekal bahagia hingga ke Jannah ❤
Okaylah, nanti free Sis sambung balik kongsi cerita sepanjang menguruskan perkahwinan anak yaa.. buat masa ni, nak berehat dulu sebelum majlis sebelah pihak lelaki pada Ahad ni. Moga Allah permudahkan urusan majlis besanku.. aamiinn..
P/S: Menangis Ayahnya ketika melihat anak di nikahkan, dengan Sis sekali tersedu-sedu menangis 😭
Baca bab menangis, terus sebak. Alhamdulillah, semoga rumahtangga yang dibina berbahagia dan berkekalan hingga hujung nyawa, Amiiiinnn YRA.
ردحذفAlhamdulillah, selesai sudah.
ردحذفTahniah buat sis lin sekeluarga terutamanya buat kedua mempelai.
Mudah-mudahan kekal bahagia hingga ke syurga aamin.
Terima kasih kerana menerima kehadiran kami yang kecoh riuh-rendah, bagaikan sedara lama lagaknya kan. Alhamdulilah semua dipermudahkan
ردحذفalhamdulillah...semua da selesai di pihak korang...tahniah sis menerima menantu!
ردحذفAlhamdulilah selesai sudah...
ردحذفSemoga Yana dan Khidir bahgia ke anak cucu...
Tak sabar nk tgu 'cucu' sislin hhahhaa...
Sebak pulak part last tu..
ردحذفAlhamdulillah semuanya berjalan lancar
Syukur. Tahniah Sis dan suami atas kehadiran seorang lagi ahli keluarga baharu. Selamat menjadi ibu dan bapa mertua. Selamat menjadi sepasang suami isteri untuk anak dan menentu Sis. Sakinah mawadah warahmah. Semoga syurga firdaus destinasi terakhir kalian. Aamiin.
ردحذفalhamdulillah...tahniah. semoga mereka diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat
ردحذفSelamat pengantin baru..
ردحذفAlhamdulillah semuanya dapat berjalan dengan lancar..
Tahniah Sis Lin dapat menantu baru..(^_^)
Tahniah sis dah dapat menantu lelaki. bertuah dia jd menantu sis
ردحذفTahniah Sis Lin! Dah ada menantu lelaki!
ردحذفLepasni cucu pulak!!!! Bestnyaaaa! Bawak gi event! HAHHAHAHA...Cantik sangat semua bend dalam majlis haritu! I amaze sangat wooo!