BILA SEMUA DAH BALIK, SUNYI SEPI RUMAH AKU | DARI Jumaat lepas sampailah ke hari semalam, memang meriah dan riuh rumah Sis dengan adik-adik dan juga anak sedara. Maklumlah bila cuti sekolah bermula aja, memasing akan 'berkampung' di sini.. ye laa Mak Abah dah takde, tinggal kami adik beradik je, kampung takde, so di rumah Sis aje laa tempat mereka 'bercuti'..
Tu pun kalau dah ke sini, memang takkan duduk sehari dua punya, sampaikan anak-anak sedara pun taknak balik hahahaha.. padahal rumah sejengkal dekat jerr, ikutkan boleh je ulang-alik tapi sebab memasing kalau dah balik rumah, memang takde maknanya nak keluar, so bila dapat keluar ke rumah Mak Longnya (Sis), memang semua suka laaa dan taknak balik..
Bila dah ramai, memang macam-macam perangai ada, bukan kata perangai anak-anak, perangai 'meroyan' Mak-Maknya pun ada hahahaha.. layankan aje laaa prangai memasing kann.. tapi bila semua dah balik, sunyi sepi rumah Sis.. terasa gilerr kesunyiannya.. huhuhu..
Di tambah lagi pulak anak Sis,Yana pun dah tak duduk serumah, lagi laaa sunyi rumah.. kalau tak, time malam tu ada jugalah teman untuk berbual dan bergurau.. ni Yana takde, ermmm sunyi, terasa bosannyaa laaa duduk rumah.. pakkal jee laa, kalau di layan perasaan ni, mau boleh nangis hari-hari..
Bila dah ramai, macam-macam benda laa kami buat, termasuk makan-makan dari pagi sampai ke petang dan malam hahahaha.. katanya adik-adik 'Mak Long ko ni tak reti rehat masak, nak bagi kita gemok agaknya' kakakakakah...
Tapi Sis suka, sebab anak-anak sedara semua suka makan, so bila masak memang akan habis. BIasa sarapan Sis beli aje, ada harinya buat nasi goreng, pun habis walau TERpedas hahahaha.. nanti tengahari masak menu berlauk, petang plak beli makan lain, malamnya ada harinya kami semua keluar makan, ada masanya Sis masak lagi menu berlauk.. seronokkk..
Keluarga Sis tak besar, dan tak berapa nak ramai.. tapi cukup meriah.. yang ada ni pun dah cukup happening walau kadang tu memang susah nak cukup semuanya.. tapi tak apalah, selagi ada peluang, Allah kata, hargainya mereka yang di depan mata.. nanti dah takde, jangan nak meratap menangis..
Di sebabkan itu jugalah, buat masa ni Sis off semua dari keluar pergi event media, sebab nak habiskan masa bersama mereka. Sebelum-sebelum ni masa Sis agak terhad, kadang tu adik-adik nak datang, tapi Sis terlalu bizi dengan event dan review sana sini, bila fikir balik, ruginya masa yang dah berlalu tu huhuhu..
So kali ni, kebetulan lepas menguruskan anak Sis kahwin tu, Sis amik peluang untuk berehat dan luangkan masa bersama keluarga dan juga teman-teman rapat. Cuma teman rapat Sis Sunah tu je belum ada masa Sis nak keluar dengannya.. dia pun sibuk dengan event media tu.. kena tunggu dia free laa tu..
Apa-apa pun bersyukurlah selagi Allah beri kita kesihatan yang baik, kita manfaatkan, selagi ada rezeki, kita kongsikan, dan selagi ada peluang, kita rebut.. tak kiralah peluang apa yang ada... jangan tunggu dan jangan rasa 'rugi' akan kehilangan sesuatu. Buat aje apa yang kita rasa bahagia dan kita suka. Pedulikan apa orang nak kata, yang penting, kita tak kaco orang..
Okaylah stop dulu.. banyak kerja rumah nak buat ni.. nak hilangkan kesunyian, so kita kena sibukkan diri dengan aktiviti harian.. contohnya; Makan hahahahaha..
P/S: Terasa-rasa nak pekena ZUS Coffee lerr pulakk.. dapnyaaa...
Alhamdulillah dapat berkumpul ramai2 seronok kan. tak sabar balik kampung!
ReplyDelete