CARA WANITA BERSEDEKAH | KORANG pernah terfikir dan tertanya-tanya, bagaimana wanita boleh bersedekah, sedangkan kita atau mereka adalah suri rumah dan kita juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan?.
Apabila seorang wanita mendengar tentang keutamaan sedekah, ada yang merasa sedih dan berandaikan dengan berkata : "Bagaimana, sedang aku tak punya duit...?" Walaupun demikian, kita wanita diperintahkan untuk bersedekah.
Rasulullah SAW bersabda : "Wahai setiap wanita, bersedekahlah, dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka."
Dan sabda beliau itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri kita. Dan solusinya?. Sebenarnya mudah, sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta'ala begitu luas dan tiada henti. Dia menjadikan sedekah bukan hanya pada harta sahaja. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah.
Berikut contoh- contoh cara wanita bersedekah yang boleh kita lakukan :
Sedekah itu beraneka ragam :
1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.
2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.
3. Amar ma'ruf nahi munkar korang (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.
4. Bukalah Whatsapp, FB, Instagram dan lain-lain website korang setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang korang kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.
5. Senyum korang kepada suami dan anak-anak korang, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.
6. Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.
7. Tahanlah diri korang dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.
8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang dijalan, itupun sedekah.
9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang korang temui, itupun sedekah.
10. Berilah makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga korang dan keluarga korang makan, itupun sedekah.
11. Berilah makan pada kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia, itupun sedekah.
12. Muliakanlah tamu di rumah korang yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.
13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada orang Islam ataupun bukan Islam, itupun sedekah.
14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan korang, itupun sedekah.
15. Seteguk air yang korang berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.
Ucap dan sebutlah milik Allah segala puji dan kurnia.
Kaedah Penting :
- Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapapun.
- Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang tuamu, suami, dan anak-anakmu). Mereka yang paling utama yang paling dekat, kemudian yang terdekat.
- Perlu diingatkan bahawa; "Sedekah itu menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api".
Sumber : Ummu FB
#SisSharing
P/S: Korang buat, Korang dapat.. jom kejar saham akhirat ❤
insyallah..thanks sharing sis..nak buat lebih baik lagi
ReplyDeletebanyak je cara untuk kita bersedekah..kadang2 kita buat tanpa kita sedar pun kan
ReplyDelete