CYSTONE DARI HIMALAYA BANTU MELEGAKAN KESAKITAN KENCING KOTOR SUAMI AKU | SETIAP orang mungkin akan menjadi musykil dan tertanya-tanya mengenai kejadian batu hempedu atau batu karang yang boleh menyebabkan keradangan hempedu sehingga memerlukan rawatan pembedahan. Paling dekat dengan persoalan ini adalah kesihatan Suami Sis.
Nak kata betul comfirm Suami ada batu karang, tapi dah hampir 3 tahun takde pulak kesan berterusan, last kesakitan tu berlaku 3 tahun lepas laa, Doktor check dan bagitau kemungkinan ada batu karang. Sebab kesakitan Suami ketika tu dibahagian pinggang hinggakan dia tak boleh nak berdiri tegak. But hingga ke harini, ehhh elok pulak dia selepas makan ubat dari Doktor tu.
Kebanyakannya kita tertanya-tanya tentang bagaimana batu yang keras boleh wujud dalam badan manusia kan. Sebenarnya, batu hempedu atau nama saintifiknya Cholelithiasis wujud daripada jus hempedu yang berubah menjadi kristal.
Apa Itu Batu Hempedu atau Batu Karang?
Batu yang terdapat dalam ginjal atau "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.
Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar. Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing.
Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.
Apakah Gejala Batu Hempedu atau Batu Karang?
Kebanyakan batu hempedu tidak memberi sebarang gejala. Jika ia menyebabkan gejala, kebiasaannya ia sudah mengalami keradangan dan batu tersebut telah tersumbat pada bahagian saluran biliari. Apabila hal ini berlaku, pesakit akan mengalami gejala seperti:
- Sakit perut pada bahagian kanan atas yang sangat teruk dan sakit tersebut boleh merebak kebahagian belakang seperti tulang belikat
- Demam sehingga menggigil
- Mual dan muntah
- Demam kuning
- Najis yang berwarna coklat pudar dan air kencing yang berwarna gelap
[Baca Juga] : Antara Produk Himalaya Healthcare Yang Jadi Pilihan Aku
Apabila batu hempedu bergerak di dalam hempedu daripada badan ke leher dan ia berlaku secara berkala, hal ini dinamakan kolik biliari “biliary colic”. Pergerakan ini biasanya berlaku kerana kelenjar hempedu mengecut selepas pesakit makan makanan yang berlemak seperti burger, ayam goreng, kentang goreng dan sebagainya.
Dan sebab itulah, di sebabkan Suami tidak mendapatkan rawatan seterusnya, baru-baru ni kesakitan itu terjadi lagi. Katanya setiap kali nak membuang air kecil, akan terasa sakit. Dan ada ketikanya pinggangnya sakit snagat. Risau Sis di buatnya.
Tapi alhamdulilah, ada kawan Sis perkenalkan Sis dengan ubat Cystone dari Himalaya ni, dan hampir seminggu sudah Suami amalkan, so far nampak elok laa pulak. Takde pulak Suami kata dan sebut sakit, cuma rasa sakit ketika kencing tu ada sikit lagi sakit, tapi sakit pinggang tu dah hilang, alhamdulilah.
Cystone dari Himalaya Bantu Atasi Masaalah Batu Hempedu atau Batu Karang.
Cystone mempunyai kuat anti-lithiatic (mencegah pembentukan batu karang) dan lithotriptic (larut batu karang) hartanah. Cystone menghalang pengumpulan, pemendapan dan penepuan lampau bahan kimia calculogenic seperti asid oksalik dan hydroxyproline kalsium dalam air kencing. Tindakan ini menghalang pembentukan batu karang.
- Cystone juga menguraikan keluar batu-batu kecil dari buah pinggang dan Menghalang jangkitan pada saluran kencing.
- Cystone menormalkan pH kencing dan mengurangkabn rasa sakit semasa membuang air kecil. Antimikro akan melawan patogen kencing biasa yg mengurangkan rasa sakit dan anti-radang.
- Cystone membantu mengurangkan keradangan atau bengkak uretra dan sakit semasa kencing atau kencing berdarah dan kena hyperuricemia (gout)
Terdapat dua jenis batu hempedu yang boleh terhasil iaitu jenis kolesterol dan jenis batu berwarna gelap. Batu ini normal untuk wujud dalam badan manusia. Walaubagaimanapun, jika ia terlalu besar dan menyebabkan keradangan kepada hempedu atau bergerak menutupi aliran jus hempedu, ia boleh menjadi penyakit yang merbahaya kepada manusia.
Kebaikan Cystone Himalaya
Ramai yang tak tahu, sebenarnya Cystone daripada Himalaya Herbals sangat membantu untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang melibatkan sistem buah pinggang korang. Cystone adalah tablet daripada herba terpilih yang digunakan untuk mengatasi masalah jangkitan kuman di saluran kencing.
Bagaimana Cystone dapat membantu korang?
- Menormalkan air kencing berasid, mengelakkan kandungan asid urik yang tinggi.
- Mengurangkan tekanan oksidatif, yang terbabit dalam pembentukan batu kencing.
- Bersifat antibakteria, anti-radang, melegakan kesakitan dan menormalkan pH air kencing (ph7.5)
- Menghalang pembentukan batu karang dalam saluran kencing.
- Memudahkan pembuangan kencing dan mengelakkan jangkitan saluran kencing.
Bahan-bahan utama dalam Cystone ialah Caltrops Kecil
- Caltrops Kecil (Gokshura) membantu dalam pengurusan penyakit uro-genital seperti batu buah pinggang, jangkitan pundi kencing dan lain-lain jangkitan saluran kencing. Caltrops kecil menghalang pemendapan, pengumpulan dan penepuan lampau bahan kimia calculogenic dalam air kencing. Ia adalah ejen antimikrob mujarab.
- Pasanabheda (Saxifraga Ligulata) mempunyai diuretik, yg rasa sakit dan antimikrob kerana kandungan lendir yang tinggi, yang mengurangkan rasa sakit, Pasanabheda melegakan dan melindungi tisu dalaman gatal-gatal atau radang.
- Shilapushpa (Didymocarpus pedicellata) dikenali kerana harta antilithiatic, yang menghalang pembentukan batu karang. Sebagai lithotriptic a, Shilapushpa membantu melarutkan batu karang. Herba ini juga dikenali dengan sifat antimikrob.sirap.
Cystone tidak mempunyai sebarang kesan sampingan jika diambil mengikut dos yang ditetapkan. So korang boleh makannya tanpa was-was. Macam Sis, hanya bagi Suami makan 2 biji setiap pagi sahaja, sebab malamnya Suami dah terlalu banyak makan ubat hospital. So kita kasi seimbang je la, janji usaha..
Dos pengambilan yang di syorkan :-
2 biji 2 @ 3 kali setiap hari selepas makan..
Tapi jika kesakitan berterusan, silalah berjumpa dengan Doktor untuk mendapatkan rawatan.
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Cystone ni, korang boleh laman web https://www.himalayawellness.com/ atau ke laman Facebook atau Instagram mereka.
P/S: Setiap penyakit ada penawarnya, so kita usaha.. dengan izinNya, insyaAllah berkurang sakitnya kan..
Kita pakai brand ni utk meow. Ada juga utk meow susah kencing. Bapak kena sakit ni n kena pakai stern sb tkley kencing. Bole suggest ka pakai ubat ni nanti.
ReplyDeleteLooks like a good health product to try. Himalaya products selalu nyer bagus. Thank you for sharing.
ReplyDeleteramai yg bg feedback ktanya mmg bagus produk dr Himalaya ni.. nanti blh rekkmeny dkt kengkawan
ReplyDeleteThis brand is wellknown and trustable. I had been using couple of their products and really loves it. Thanks for the info regarding gallstone.
ReplyDeleteLove products from Himalaya, they work well and love how it uses natural ingredients rather than medications.
ReplyDelete