EMOSI AKU TERGANGGU, YA ALLAH LAPANGKANLAH JIWA KAMI! | ENTAHLAH tak tau nak tulis macam mana, dan nak di ceritakan bagaimana, yang pasti emosi Sis terganggu beberapa hari ni. Banyak sebab yang menjadikan emosi Sis terganggu. Sejujurnya, rasa tak ada mood nak buat itu ini, memandangkan situasi bencana yang sedang melanda negara.
Sedia maklum satu dunia bersedih dengan kes banjir di beberapa negeri di Malaysia, semua orang terkesan dengan bencana alam ni. Lebih menyedihkan, ada antara mangsa tu,adalah sahabat, keluarga dan juga jiran tetangga kita... yaaa semua tu ujian dari Allah, kita tak boleh nak menolak dan menidakkannya, kena redha dan terima semuanya. Antara kuat atau mampu dengan tidak aje kita nak handle semuanya.
Tapi banjir yang berlaku ketika ini unexpected. Lokasinya luar jangka. Kemusnahannya juga luar biasa. Ini bukan rutin. Ini musibah yang menuntut muhasabah. Mungkin ada perancangan bandar yang salah, mungkin ada bukit dan hutan yang tersilap kita tarah. Kena perhalusi semula semua tindakan kita. Setiap bencana memang disebabkan tangan-tangan manusia sendiri.
Bumi ni Allah yang jadikan. Sebab itu, setiap hal memang perlu dikaitkan dengan Allah. Banjir atau kemarau bukan semata bencana alam. Ada yang menjadikannya. Ada sebab musababnya. Kalau kita boleh terima pakar sains, geografi dan astronomi berhujah mengikut ilmu mereka, kenapa mesti pertikaikan peringatan ulama, ustaz dan ustazah sedangkan apa yang disampaikan itu memang termaktub dalam ajaran agama?
Hakikatnya, Allah kalau murka atas sesuatu perkara, bukan yang jahat dan berdosa saja kena, orang baik-baik pun menanggung sama! Sebab itulah perlunya peringatan demi peringatan daripada para agamawan. Kita orang kurang ilmu agama, jangan sombong sangat. Jangan laju sangat mengata itu ini macam cerdik serba serbi. Tak tahu, diam.
Kalau bagi mereka yang pertama kali mengharungi ujian ini, sudah tentu bukan kata emosi, jiwa hati dan badan juga mental pun boleh terganggu dan koyak... iman kena kuat, kena lapangkan dada dan kena kata dalam diri, 'ini semua ujian dan dugaan dari Allah buat insan terpilih macam aku'.. kalau tak begitu, memang sukar nak terima apa yang terjadi.
Bagi mereka yang tidak melalui ujian sebegini, janganlah pula hanya pandai berkata-kata, kita takkan faham keadaan sesaorang itu selagi kita tak duduk ditempat mereka. Better diam dari berkata sesuatu yang menyakitkan. Belajar untuk hormat akan perasaan mereka sekarang.
Bantu atau tidak terpulang kita, tapi jangan lontar kata-kata dan perbuatan yang menyakitkan dan menguris hati mangsa, cukup-cukuplah dengan sakit hatinya dengan 'si polan si polan' dari 'kayangan' tiu yang tidak nampak kelibat membantu, so better kita ni jangan jadi macam mereka.
Kredit gambar : Faisal Rahin / Acai Jawe
Kadang atas nama 'menjaga nama baik', kita sering melihat nasihat-nasihat meminta mangsa 'jaga aib'. Padahal dia mangsa. Dia dizalimi. Dia perlu dibantu. Kita kena jelas satu perkara. Maha Suci Allah dari kezaliman.
Di dalam sebuah hadith qudsi, Rasulullah menyampaikan bahawa sesungguhnya Allah telah berfirman:
Wahai hamba-Ku, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku menjadikan kezaliman itu haram di antara kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi. Hadith Riwayat Muslim.
Allah haramkan kezaliman hatta daripada diri-Nya sendiri. Begitu benci Allah kepada kezaliman.
Allah SWT berfirman:
Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Surah An-Nisa' ayat 148.
Kenapa Allah beri pengecualian itu?
Kerana Allah tidak akan bersama kezaliman, penganiayaan.
Semua orang bergelut dengan ujian tersendiri. Allah uji ikut kemampuan masing-masing. Ada orang berdepan kemalangan, kehilangan, kesakitan, perceraian... besar ujian mereka di mata kita tapi masyaAllah, mereka masih tenang-tenang saja.
Ada orang berdepan ujian yang kita fikir jauh lebih kecil tapi sudah kalut, huru-hara, siang malam berendam air mata. Bukan besar kecil ujian itu yang jadi isunya. Tapi tentang kemampuan jiwa berdepan ujian. Lebih penting lagi tentang kekuatan iman.
Apa pun ujian yang sedang kita hadapi ketika ini, jadikannya cermin untuk mengukur kekuatan iman sendiri. Jadikannya jambatan untuk menambah keyakinan kita pada Tuhan. Dan jadikannya sebagai tangga untuk kita terus mendaki tangga empati terhadap nasib orang lain. Mudah-mudahan dengan kesusahan yang pernah kita lalui, kita jadi lebih peka dan lebih mudah peduli terhadap situasi. Bukannya nafsi-nafsi.
Sesungguhnya, musibah itu hanya satu, tetapi apabila orang yang terkena musibah itu menyesalinya, maka musibah itu menjadi dua. Yang pertama adalah musibah itu sendiri, dan yang kedua ialah hilangnya pahala musibah itu. Padahal musibah kerugian dari hilang pahala itu lebih besar daripada musibah itu sendiri. - Ibnu Mubarak
Kita juga pasti sedang teruji dengan sesuatu ketika ini. Namun jangan pula itu menjadi halangan untuk kita mengambil tahu atau membantu orang lain. Bantulah dengan apa-apa pun yang kita mampu. Harta, tenaga, kata-kata motivasi atau paling tidak, dengan doa setulus hati.
Semoga mereka yang terlibat dan terjejas di permudahkan segala urusan oleh Allah dan sentiasa di lindungi mereka dari bencana jiwa dan juga wabak penyakit. Benarlah. Musibah, tanpa keluh kesah adalah ujian yang masih mampu membahagiakan.
P/S: .. dan emosi aku terganggu gak dengan kes si rambut belah tepi tu gan si peyondol tu 👿
hhahaha part kes penyondol tu x yah nak pening2 pikir kan...
ReplyDeleteconcentrate aje kat diri sendiri..byk2 kan membaca untuk ilmu yang bakal ko harungi tahun depan :) pape pun stay safe juga... be happy sokmo k.. jaga diri
insya'Allah sama2 kita doakan moga semua urusan mereka yang terjejas dengan bencana ni dipermudahkan...
ReplyDeletemmg menyayat hati baca kisah2 mereka. semoga dipermudahkan segala urusan
ReplyDeleteikutkan memang menyayat hati dan SA pun terkesan dengan kisah si penyondol tu tapi SA amik pendekatan untuk x amik tau...lupakan aje..banyak benda lain nak fikir...kisah banjir ni pun..ada gak yang buat SA frustrated dengan usaha SA ngan kawan - kawan...rasa nak pi jumpa kawan tu and tumbuk muka dia...tapi tu la..hanya mampu cakap je...utamakan diri sis dan keluarga...jangan fikir sanagt benda lain..ok?
ReplyDeleteEmosi saya pun terganggu. Rumah adik kat temerloh pun kena juga. Nak dtg tolong pun, waterjet dah habis kena curi. Jalan masih terputus di Bera.jiwa kacau betul
ReplyDelete