HIDUP JANGAN TERLALU KESAHKAN APA ORANG KATA | ASSALAMUALAIKUM. Selamat Pagi korang. Pastikan hari ini, korang bersemangat dan buat apa yang korang suka. Jangan terlampau fikir hal-hal yang tidak berguna seperti masalah dan sebagainya.
Ya.. semua manusia itu akan ada masalah dan manusia yang bijak ialah manusia yang tahu setiap masalah itu ada penyelesaiannya dan Allah akan bantu. Kita kan hamba dan kasihnya Allah itu sentiasa ada, jadi kenapa nak takut? ..
Jadi usahlah overthinking dan enjoy your life. Kita hidup hanya sekali dan janganlah hidup sekali kita itu dibazirkan buat fikir hal-hal yang tidak elok. Korang setuju tak dengan apa yang Sis tulis tu?..
Tidak semua perkara yang kita lakukan nampak sempurna di mata orang. Setiap orang unik dan mempunyai citarasa berbeza. Ada yang cantik di mata kita, tidak cantik di mata orang. Yang sedap di tekak kita, tidak digemari pula orang. Sehingga kadang-kadang kita jadi terganggu dengan komen-komen yang sampai ke telinga.
Tidak berbaloi pun sebenarnya membiarkan komen-komen negatif dari orang mempengaruhi hidup kita. Komen yang kita terima hanya sesingkat beberapa patah perkataan atau hanya beberapa minit, tapi kita terganggu sepanjang minggu.
Gambar sekadar hiasan
Kata Dr Khalid, rahsia untuk tetap tenang walau apa pun komen dan kritikan yang kita terima ialah ‘jangan peduli apa kata orang’. Selagi ianya tidak salah dan Allah redha, maka teruskan sahaja. Teguhkan prinsip dan laluilah hidup dengan tenang.
Kehidupan manusia ini terdiri daripada empat komponen dalam tubuhnya yang perlu dipelihara (roh, fizikal, akal dan hati). Allah kurniakan kepada manusia akal/minda dan hati. Akal/minda untuk kita berfikir dan belajar. Tetapi, hati membolehkan kita berperasaan atau beremosi. Roh sebagai pemerhati yang memerhati apa yang berlaku kepada kita (fizikal) dan menilai apa yang difikirkan oleh akal/minda, serta menilai apakah perasaan yang ada dalam hati kita.
Dalam hidup kita ini peruntukan masa, untuk kita melihat dan menilai diri sendiri, bukan sibuk melihat dan menilai orang lain. Jika kita sibuk melihat diri sendiri, kita tidak ada masa untuk mencari kesalahan orang. Apa yang kita fikirkan baik, kita buat dan yang difikirkan buruk kita tinggalkan. Jangan pedulikan pandangan orang dan cakap-cakap mulut orang yang mematahkan semangat kita.
Kita mesti menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi, kita tahu mengapa kita buat, apa yang kita hendak dan patut buat. Kejayaan hanya akan tercapai apabila kita mempunyai keyakinan yang tinggi kepada Allah SWT.
Bagi Sis, yang perlu kita takut hanya pandangan Allah dan kita mesti lakukan dengan bersungguh-sungguh dan secara istiqamah semua amalan yang mendekatkan diri kita kepada Allah.
Mengikut Imam Ghazali ada empat (4) cara untuk kita beristiqamah dalam amalan dan ibadah. Pertama, mesti bebas daripada penghargaan manusia tetapi carilah reda Allah. Berani berkata benar dan tidak takut kepada tekanan dan ancaman manusia. Kedua, hanya mencari reda Allah hingga kita menjadi manusia yang tidak takut dikeji dan tidak suka dipuji. Ketiga, sentiasa ingatkan mati dan berdoa mahu mati dalam iman dan khusnulkhatimah. Keempat, hati yang rindu kepada para Nabi dan para sahabat di syurga.
Ilmu adalah makanan rohani. Orang yang menjaga hubungannya dengan Allah dan hubungan dengan manusia adalah orang yang berjaya di dunia dan di akhirat. Jadikan emosi positif magnet diri kita dan tingkatkan akaun emosi kita. Orang yang paling bagus ialah orang yang tidak tahu dia baik, dan dia baik dengan semua orang.
Banyak orang kata, "jangan nilai buku daripada kulitnya". Maksudnya biarpun daripada ukuran luaran (fizikal) nampak seseorang itu teruk, tetapi dalaman (hati) dia tidak teruk; hatinya baik dan bersih. Pandangan ini banyak sekali kita dapati dalam kalangan orang muda, hingga sanggup melanggar perintah Allah, tidak menutup aurat contohnya. Kesedaran keegoan yang tinggi menjadikan kita bersikap sombong, tidak mahu mendengar nasihat orang yang lebih berpengalaman daripada kita.
Pada waktu itu kita lebih mementingkan pakaian dan rupa yang cantik, tetapi kita tidak hirau kecantikan keperibadian kita. Orang yang mengakui dirinya baik, sebenarnya dia tidak baik. Hidup orang bertakwa sentiasa berasa dirinya, tidak baik dan banyak dosa; supaya lebih berusaha mencari pahala dan tidak berpuas hati dengan amalan yang tidak seberapa.
Ingatlah formula dalam pemikiran 'reset minda,' iaitu 'Dunia luaran menggambarkan dunia dalaman', dan 'Hiduplah dari dalam ke luar.' Maksudnya, ke mana sahaja kita berada, kita berpegang kepada keperibadian 'dalaman' kita, dan dengan itu apa-apa sahaja pengaruh dari 'luar' tidak akan mampu menggubah keperibadian kita, yang kita bina teguh dengan keimanan.
Ingatlah, selangkah kita mencari Allah, 10 langkah Allah datang kepada kita; dekat dengan Allah dekat dengan kita. Orang yang hati bersih, ikhlas bertakwa hidupnya tenang dan bahagia, dan aura yang bersih serta suci itu akan terpancar melalui wajahnya.
Sekian ...
#sissharing
P/S: Gambar hiasan : Mee Hoon bodo-bodo tu dari warung Kampung Melayu depan Klinik Kesihatan.. perghh shedap ko...
Jika kita hidup hanya untuk mencari redhaNya, insya'Allah yang lain² tak akan banyak memberi kesan pada hati dan jiwa kita..
ردحذفHuwaaa~ kita suka kisahkan apa orang cakap.. T^T
ردحذفmemang betul xperlu kisahkan ckap org2 lain tu..tapi yelah kalau dh berhari2 tu..memang makan hati jugak la..
ردحذفSepasang tangan cuma mampu menutup sepasang telinga kita tapi tidak mempu menutup mulut orang, abaikan selagi boleh. kalau tak kita nanti yang sakit.
ردحذف