HILANG PENAT BILA SUAMI HULUR HADIAH | ALHAMDULILAH walaupun semuanya dah pun selesai majlis perkahwinan anak, baik dari bab majlis, mengemas dan segala urusan refund or 'post-mortem' kami anak banak, tapi penat tu tetap masih terasa. Mana taknya, tang tengok kain baju berbakul tak lipat dan tak bergosok tu, macam rasa mau buat-buat pengsan okay hahaha..
Lain-lain hal semuanya dah settle, nak settlekan kain baju harian tu je yang tak settle lagi, hurmmmm.. takpelah kita buat pelan-pelan kan, janji siap. Dan now masih fikir pulak 'baju' yang nak di pakai majlis bertandang di pihak lelaki. Duk tengah fikir kami sekeluarga nak pakai baju warna apa ni, sebelah lelaki temanya biru. So kita kena pakai warna lain.
Majlis pihak lelaki akan berlangsung pada Ahad ni 5 Disember di D'Kayangan Event Hall, Kota Masai. Cantik tempatnya, Sis dan Suami pernah pergi sekali hadir majlis kenduri jiran kami. Moga semuanya di permudahkan hendaknya.
Sis pun belum ada kesempatan nak duduk ngadap laptop update blog macam biasa, sebab lagi merehatkan diri dan kemas-kemas dulu bilik mana yang patut, sebab nanti pengantin akan bersiap dari rumah Sis, dan adik-adik juga sepupu Sis juga akan bermalam di sini, so masih lagi laa Sis sibuk nak urus semua.
Event jemputan media pun banyak Sis tolak, sebab belum dapat nak adjust masa, lagipun kesibukan masih lagi ada, dan diri sendiri sedang kendiri seketika, Ye laa bila buat majlis, kita terdedah dengan berjumpa ramai orang kan, so kita kendiri dulu, nanti dah okay, kita sambung balik okay.
Dan semalam, anak Sis,Kakak baru sampai dari Shah Alam, balik sempena nak meraikan adiknya nanti. Tak lama kemudian Suami pun sampai juga. Masuk rumah tiba-tiba, Suami hulur satu barang. Bukan main terkejutnya Sis bila buka paper bag tu, rupanya ada sebuah bag tangan Coach huhuhu...
Surprise sangat hokay... hilang penat bila Suami hulur hadiah yang memang Sis tak sangka.. sampaikan Kakak pun kemain sorak bila nampak handbag tu, macam dia punya hadiah pulak hahahaha.. siap dengan ayat, 'Bolehlah Kakak pinjam' wekkkkk :p
Katanya Suami, 'hadiah penat uruskan kahwin adik (Yana)'... huhuhu rasa macam nak nangis, tak pernah rasa untuk di balas segala kepenatan, tapi bila Suami sendiri menghargainya, Ya Allah rasa di hargai sungguh.
Bila di tanya bila beli, katanya 'adalah' kirim dengan kawan katanya.. tanya harga pun dia tak bagitau.. arghhh tak kisahlah kirim ke apa ke, mahal ke murah ke, kalau pemberian dari Suami, memang Sis suka sangat.. terima kasih Suamiku.
Tapi tu laa kan, semalam bila Sis up di status wahtsapp kongsi kegembiraan dan syukur dengan pemberian Suami ni, waaaa ada pulak yang meyampaikan, katanya si polan tu ngata Sis ko ni nak menunjuk ekkk.. hahahahaha... tak apalah, apa yang 'kawan' ko sampaikan kat Sis tu, Sis simpan jauh-jauh dalam hati, dengan ucapan 'Ko hado?'....
Ni haaa Sis update dalam blog... alang-alang ko kata menunjuk kan, so Sis tunjuk ni.. orang macam ni kita jangan layan, kita buat je apa yang kita suka, bukan Suami Sis minta duit dari dia pun... so, apa Sis kesah... tak suka sila block,.. TOKSIKKKK 👿
P/S: Suami pun tak sihat tu, injek booster terus demam hidung berdarah, moga cepat sihat Suamiku..
Pergh....santeknyaaaa...best la dapat hadiah....hilang terus penat...abaikan toksik Sis...bior lantak
ReplyDeletehehe romantik juga abang sabar ni ye.. hehehe.. betul hilang penat camni ekekeke
ReplyDeleteWell.. kita ber'media sosial' ni memang nak menunjuk dan mensakit hatikan orang, kan ðŸ¤
ReplyDeleteTerus hilang penat sis kan..cantik handbag sis.. i like...
ReplyDeletePedulikan orang nak kata apa..
Suka hati kita nak up status apa kan..hehe
wow sejak bila abg sabar dah pandai beli handbag ni hahaha...
ReplyDeletecantek tu!!
Mantap ah..padu. Rezeki pemberian daripada suami. Alhamdulillah. Yak yak ooo. Kalah membeli menang memakai. Aamiin.
ReplyDeleteAlhamdulillah . Dapat handbag baru . Lepas ni boleh bergaya dengan handbag baru lahh
ReplyDeletewah... penat lelah yang berbaloi kan sis... :)
ReplyDeleteBestnya sis, tambah-tambah dapat surprise gini.
ReplyDeleteNanti boleh pakai majlis bertandang :p
Saja je tanya harga, berbasi basi.kan....hahahaha...
ReplyDeleteTahniahhhh dapat hadiahhhh! Bestnya COACH gituh! Saya pon non hado sis!
Yang toksik, biorlah dia..dia punya hal...Tak rugi apa apa kat kitaaaaa
alhmadulillah...bestnya dapat hadiah
ReplyDeleteBetul tu..jangan hiraukan haters.. Yang penting hidup bahagia..hihihi
ReplyDeletealhamdulillah...ko bawak banyak2 berehat dulu tau...
ReplyDeleteAlhamdulillah murah rezeki suami hargai bini. Aceee gituu . Moga Sis Lin ngan suami serta keluarga diberikan kesihatan hendaknya. Jaga diri, banyakkan berehat tau.
ReplyDeletewahhhhh bestnya.
ReplyDeletealah abaikan je orang-orang mulut puaka ni kak.. kalau suami akak bagi bab jenama "COCAH" pun nak jeles agaknya
wow..cantik la..wah memang hilang penat tu dpt suprise..hehe
ReplyDelete