HILANG PENAT BILA SUAMI HULUR HADIAH

Sis Lin
16
HILANG PENAT BILA SUAMI HULUR HADIAH | ALHAMDULILAH walaupun semuanya dah pun selesai majlis perkahwinan anak, baik dari bab majlis, mengemas dan segala urusan refund or 'post-mortem' kami anak banak, tapi penat tu tetap masih terasa. Mana taknya, tang tengok kain baju berbakul tak lipat dan tak bergosok tu, macam rasa mau buat-buat pengsan okay hahaha.. 

Lain-lain hal semuanya dah settle, nak settlekan kain baju harian tu je yang tak settle lagi, hurmmmm.. takpelah kita buat pelan-pelan kan, janji siap. Dan now masih fikir pulak 'baju' yang nak di pakai majlis bertandang di pihak lelaki. Duk tengah fikir kami sekeluarga nak pakai baju warna apa ni, sebelah lelaki temanya biru. So kita kena pakai warna lain.

Majlis pihak lelaki akan berlangsung pada Ahad ni 5 Disember di D'Kayangan Event Hall, Kota Masai. Cantik tempatnya, Sis dan Suami pernah pergi sekali hadir majlis kenduri jiran kami. Moga semuanya di permudahkan hendaknya. 

Hilang Penat BIla Suami Hulur Hadiah

Sis pun belum ada kesempatan nak duduk ngadap laptop update blog macam biasa, sebab lagi merehatkan diri dan kemas-kemas dulu bilik mana yang patut, sebab nanti pengantin akan bersiap dari rumah Sis, dan adik-adik juga sepupu Sis juga akan bermalam di sini, so masih lagi laa Sis sibuk nak urus semua. 

Event jemputan media pun banyak Sis tolak, sebab belum dapat nak adjust masa, lagipun kesibukan masih lagi ada, dan diri sendiri sedang kendiri seketika, Ye laa bila buat majlis, kita terdedah dengan berjumpa ramai orang kan, so kita kendiri dulu, nanti dah okay, kita sambung balik okay. 

Dan semalam, anak Sis,Kakak baru sampai dari Shah Alam, balik sempena nak meraikan adiknya nanti. Tak lama kemudian Suami pun sampai juga. Masuk rumah tiba-tiba, Suami hulur satu barang. Bukan main terkejutnya Sis bila buka paper bag tu, rupanya ada sebuah bag tangan Coach huhuhu...

Surprise sangat hokay... hilang penat bila Suami hulur hadiah yang memang Sis tak sangka.. sampaikan Kakak pun kemain sorak bila nampak handbag tu, macam dia punya hadiah pulak hahahaha.. siap dengan ayat, 'Bolehlah Kakak pinjam' wekkkkk :p

Hilang Penat BIla Suami Hulur Hadiah

Katanya Suami, 'hadiah penat uruskan kahwin adik (Yana)'... huhuhu rasa macam nak nangis, tak pernah rasa untuk di balas segala kepenatan, tapi bila Suami sendiri menghargainya, Ya Allah rasa di hargai sungguh. 

Bila di tanya bila beli, katanya 'adalah' kirim dengan kawan katanya.. tanya harga pun dia tak bagitau.. arghhh tak kisahlah kirim ke apa ke, mahal ke murah ke, kalau pemberian dari Suami, memang Sis suka sangat.. terima kasih Suamiku. 

Tapi tu laa kan, semalam bila Sis up di status wahtsapp kongsi kegembiraan dan syukur dengan pemberian Suami ni, waaaa ada pulak yang meyampaikan, katanya si polan tu ngata Sis ko ni nak menunjuk ekkk.. hahahahaha... tak apalah, apa yang 'kawan' ko sampaikan kat Sis tu, Sis simpan jauh-jauh dalam hati, dengan ucapan 'Ko hado?'.... 

Ni haaa Sis update dalam blog... alang-alang ko kata menunjuk kan, so Sis tunjuk ni.. orang macam ni kita jangan layan, kita buat je apa yang kita suka, bukan Suami Sis minta duit dari dia pun... so, apa Sis kesah... tak suka sila block,.. TOKSIKKKK 👿


P/S: Suami pun tak sihat tu, injek booster terus demam hidung berdarah, moga cepat sihat Suamiku..

Post a Comment

16Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Pergh....santeknyaaaa...best la dapat hadiah....hilang terus penat...abaikan toksik Sis...bior lantak

    ReplyDelete
  2. hehe romantik juga abang sabar ni ye.. hehehe.. betul hilang penat camni ekekeke

    ReplyDelete
  3. Well.. kita ber'media sosial' ni memang nak menunjuk dan mensakit hatikan orang, kan 🤭

    ReplyDelete
  4. Terus hilang penat sis kan..cantik handbag sis.. i like...
    Pedulikan orang nak kata apa..
    Suka hati kita nak up status apa kan..hehe

    ReplyDelete
  5. wow sejak bila abg sabar dah pandai beli handbag ni hahaha...
    cantek tu!!

    ReplyDelete
  6. Mantap ah..padu. Rezeki pemberian daripada suami. Alhamdulillah. Yak yak ooo. Kalah membeli menang memakai. Aamiin.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah . Dapat handbag baru . Lepas ni boleh bergaya dengan handbag baru lahh

    ReplyDelete
  8. wah... penat lelah yang berbaloi kan sis... :)

    ReplyDelete
  9. Bestnya sis, tambah-tambah dapat surprise gini.
    Nanti boleh pakai majlis bertandang :p

    ReplyDelete
  10. Saja je tanya harga, berbasi basi.kan....hahahaha...
    Tahniahhhh dapat hadiahhhh! Bestnya COACH gituh! Saya pon non hado sis!
    Yang toksik, biorlah dia..dia punya hal...Tak rugi apa apa kat kitaaaaa

    ReplyDelete
  11. alhmadulillah...bestnya dapat hadiah

    ReplyDelete
  12. Betul tu..jangan hiraukan haters.. Yang penting hidup bahagia..hihihi

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah...ko bawak banyak2 berehat dulu tau...

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah murah rezeki suami hargai bini. Aceee gituu . Moga Sis Lin ngan suami serta keluarga diberikan kesihatan hendaknya. Jaga diri, banyakkan berehat tau.

    ReplyDelete
  15. wahhhhh bestnya.
    alah abaikan je orang-orang mulut puaka ni kak.. kalau suami akak bagi bab jenama "COCAH" pun nak jeles agaknya

    ReplyDelete
  16. wow..cantik la..wah memang hilang penat tu dpt suprise..hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!