HUJAN YANG SAMA, UJIAN YANG BERBEZA | BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, kita yang tak alami situasi mereka makanya kita jangan pandai nak menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak. Perlu kita ketahui, banjr adalah bencana alam, bukanlah ciptaan manusia yang boleh kita salahkan mana-mana pihak.
Takde siapa yang nak hadap semua tu, dan tak siapa akan menduga kejadian banjir kilat semalam membawa satu ujian dan dugaan besar buat mereka yang di timpa musibah, tapi bila Allah berkehendak sesuatu, maka Kun Fa Ya Kun, terjadilah ia dengan sekelip mata.
Semalam banjir yang melanda negara dan Shah Alam menyebabkan hampir semua laluan ditutup susulan digenangi air setinggi kira-lebih 0.5 meter.. Bukan itu sahaja, akibat dari banjir yang melanda, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menutup sepenuhnya Plaza Tol Shah Alam dan jalan susur persimpangannya mulai jam 2 petang Sabtu akibat banjir susulan hujan lebat sejak 24 jam lepas.
Setakat ini, PLUS memaklumkan bahawa satu-satu jalan keluar yang dibuka untuk dilalui ialah di Plaza Tol Subang dan Seafield untuk laluan ke arah selatan dan utara, sementara laluan masuk di Bukit Raja serta laluan Setia Alam ramp ke Shah Alam juga ditutup.
Dalam pada itu, Sis bersyukur juga, ketika banjir kilat melanda semalam, anak sulung Sis,Kakak berada di Desaru Johor bercuti dengan kawan-kawannya bermula dari Jumaat haritu. Dan sekarang masih juga di Desaru. Ikut perancangan, mereka akan pulang esok, Isnin ke Shah Alam dan Subang, tapi anak kata lihat pada keadaan banjir dahulu, jika masih tersekat laluan, makanya dia akan pulang ke rumah Sis dulu.
Sis sendiri pun ada ketikanya tak sanggup nak tengok video-video yang kawan-kawan kongsi di sana sini laman sosial, tapi kena juga tengok, sebab ketika inilah mereka perlukan sokongan dan juga 'share' kita kepada umum, agar mereka dapat bantuan.
Nak membantu, tiada daya upaya kita, so kita bantu kongsikan dan panjangkan info bantuan kepada pihak-pihak yang boleh membantu mereka. Dan kita juga jangan putus berdoa agar urusan mereka dipermudahkan. Kita tak berada di tempat mereka, so kita jangan 'banyak cakap/komen apa-apa'..
Benar. Maka jangan mudah berasa selesa jika tidak diuji seberat mereka yang terpilih waktu ini untuk menerima ujianNya. Doakan keselamatan, diberikan kekuatan dan dipermudahkan urusan mereka. Semoga Allah terus menjaga kita semua.
Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu. Hud, 44
Doa Nabi Nuh ketika hujan dan banjir
Saat terjadi musibah banjir bisa membaca doa seperti yang sempat dibacakan Nabi Nuh AS. Doa ini bisa dilihat di Al-Qur'an surat Hud ayat 44.
وَقِيلَ يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءَكِ وَيَا سَمَاءُ أَقْلِعِي وَغِيضَ الْمَاءُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَاسْتَوَتْ عَلَى الْجُودِيِّ ۖ وَقِيلَ بُعْدًا لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
Wa qīla yā arḍubla'ī mā`aki wa yā samā`u aqli'ī wa gīḍal-mā`u wa quḍiyal-amru wastawat 'alal-jụdiyyi wa qīla bu'dal lil-qaumiẓ-ẓālimīn
Artinya: Dan difirmankan: "Hai bumi telanlah airmu, dan hai langit (hujan) berhentilah," dan airpun disurutkan, perintah pun diselesaikan dan bahtera itu pun berlabuh di atas bukit Judi, dan dikatakan: "Binasalah orang-orang yang zalim."
Nabi Nuh AS diutus pada suatu kaum yang justru mengabaikan kebenaran wahyu Allah SWT. Setelah mendustakan kebenaran yang disampaikan Nabi Nuh AS, Allah SWT marah dan mengirim banjir yang memusnahkan kaum tersebut.
Allah SWT menyelamatkan kaum yang menerima kebenaran dengan tidak mengolok Nabi Nuh AS. Kaum tersebut naik perahu besar saat banjir besar melanda dan memusnahkan yang lain. Selama perjalanan menembus banjir, Nabi Nuh AS dikisahkan membaca doa tersebut.
Aamiinn Ya Rabbal-alaminn..
P/S: Alhamdulilah, di tempat Sis (Pasir Gudang, Johor) masih dalam keadaan baik-baik aja..
semoga semuanya baik baik sahaja
ردحذفsemoga dipermudahkan urusan mangsa2 banjir semua ditanahair tuuh., aminn
ردحذفbetul tu..tak semua dilanda ujian yg sama walaupun hujan di tempat yg sama..semoga yg terkesan dengan ujian kali ini dipermudahkan sgla urusan
ردحذف