KORANG JANGAN TONTON DRAMA LAYANGAN PUTUS KALAU TAK BOLEH KAWAL EMOSI

Sis Lin
11
KORANG JANGAN TONTON DRAMA LAYANGAN PUTUS KALAU TAK BOLEH KAWAL EMOSI | SATU tamparan hebat buat wanita/perempuan/isteri/ibu jika menonton drama bersiri Indonesia terbaru Layangan Putus ni. Terlalu sarat dengan emosi dan penghayatan dalam drama ini akan membuatkan sesaorang itu tak habis-habis duk asyik nak memaki je bila nengoknya. 

Geram oii bila Suami tahu curang dibelakangnya ketika Isterinya mengandung. Dengan muka tak tau malunya duk menipu, seolah takde apa yang berlalu, balik rumah lepas dah berasmara dengan 'betina' lain, then tengok muka Isteri macam letih beno bekerja seharian, padahal.. ermmmm..

Korang ada ke yang tengok? Sis mula terjebak nengok bila ternampak di youtube, tu pun sebab nampak pelakonya Reza tu haa.. konon nak tengok preview jerr, sekali tersangkut pulak duk nengok full episod 1 & 2 nya tu.. ermmmm emosi terganggu jap masa nengok.. 

Kalau korang nak tau, drama Layangan Putus ini adalah kisah benar yang berlaku sekitar tahun 2019 yang viral satu masa dulu yang di ceritakan di facebook milik Mommi asf. Sis pun baru tau dan juga membaca kisah tu. Tapi dalam drama ini, ada sedikit kelainan dalam jalan penceritaannya, cuma motif tetap sama, Suami curang.. 


Drama bersiri 'Layangan Putus' ini merupakan drama web Indonesia yang mula ditayangkan bermula 26 November 2021 melalui aplikasi streaming di WeTV. Dengan hanya 10 episod sahaja, drama bersiri ini ditayangkan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu pada jam 18:00 WIB. 

Benny Setiawan, pengarah drama bersiri Layangan Putus ini memgambil Reza Rahardian (Aris) dan Putri Marino (kinan) menjadi pelakon utama dalam drama ini. Dan Anya Geraldine (lydia) pula di jadikan pelakon utama tambahan yang berlakon sebagai orang ketiga perosak rumahtangga dalam drama ini. 

Tengok dari episod 1 ajer dah mula geram dan sakit hati dengan perangai Suaminya Kinan si Aris tu, tapi mula nengok agak ada plot twist sikit, suspen ajerr.. masuk episod 2, lagi meluap-luap emosi Sis ko nengok hahahaha.. ishhhh kalau laaa si Aris dan Lydia tu depan mata Sis, memang aku ganyang siat-siat mukanya.. ko ada berani????... 


3 sebab korang mesti tonton Layangan Putus ni... haaa korang bacalah sendiri tu haa.. tapi korang jangan tonton drama Layangan Putus kalau tak boleh kawal emosi korang. Sis takut nanti ko jadi over-thinking plak kat Laki korang.. lain lerr ko dah biasa menanganinya...

Sis? Emosi tu mestilah ada, tapi Sis tak suka terbawak-bawak, tapi lebih suka memerhati, tunggu dan lihat macam Kinan tu, then bila ianya 'mencabar' kesabaran Sis, haaaa engko tau laa balasannyaa nanti.. habis satu Malaysia nanti Sis ko viralkan huahuahuahua.. kalau tak takut, meh laa datang dekat... ko ada berani?...

Now tak sabar nak tunggu esok,Jumaat bermula episod 4. Tengok teaser dia, adoii bertambah sakit hati.. Bini sakit nak beranak masuk hospital, telefon tak angkat, Suami sonok-sonok 'main' dengan betina.. ko ngase?...

Adakah Kinan akan memilih untuk pergi atau dia akan berjuang untuk mengekalkan keluarganya? Walaupun selepas pengkhianatan suaminya? Kita tunggu... 

Tonton episod penuh di WeTv


P/S: Drama macam ni jadikan tauladan dan jadikan kekuatan kita sebagai isteri jika berdepan dengan Suami yang curang.. jangan jadi 'tunggul'.. diam kita biar diam yang berisi.. jangan biarkan dan buat bodo bila orang lain cuba 'menumpang kasih' dan jadi 'langau' dalam rumahtangga kita, sekian.. 

إرسال تعليق

11تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. dana memang tak layan drama macamni kak... macam drama korea penthouse, the world of marriage n beberapa lagi yang akan buat hati sakit... hahahha
    kalau drama curang yang kelakar2 komedi je layan jugak lah, kalau jenis heavy memang idok lah... kang sendiri stress

    ردحذف
  2. Mesti duk terbayang-bayang kan kalau tengok cerita kisah benar..
    Klau bukan kisah benar macam x fikir sangat.

    ردحذف
  3. Kalau ada Reza confirm nak tgk jugak.kita minat kat dia. Tp taktaulah lepas ni ok ke tidak nak hadap muka dia lagi.

    ردحذف
  4. plan nak tgk juga drama ni tapi nak tunggu habis dulu. nampak berat juga drama ni ye sis..hehe

    ردحذف
  5. Baca review sis Lin ni pun saya dah geramm, apatah lagi menontonnya sendiri..phewwww

    ردحذف
  6. ala.lama x tgk cerita indon.. boleh layan ni.. jalan cerita agak.menarik juga

    ردحذف
  7. dah lama saya tak tonton drama. nampak macam menarik jalan ceritanya. kalau cerita mcm ni mak saya mesti suka :)

    ردحذف
  8. Uiks baca artikel sis ni je dah bikin emosi hahha blm tgk lg. Tp tu la drama bersiri la plak kte kurang sikit drama bersiri Indonesia ni sebab selalunya panjang meleret hahahah

    ردحذف
  9. Baru semalam Rawlins dengar kisah seorang sahabat di tempat kerja kantoi curang dengan teman sepejabat beliau. Aduhai. Yang penting kedua-duanya adalah milik sah orang lain. Apaaaaa nak jadi....

    ردحذف
  10. sounds like a good story line there so interested to watch it when I am free this weekend, tq

    ردحذف
  11. Belum tengok citer ni lagi, takut terjebak dengan citer citer yang emaosi nanti sedih pulak

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!