PILIH DAUN LIMAU PURUT BENTUK '8' SUPAYA MASAKAN TIDAK PAHIT | ADA sini yang tau dan amalkan tips memilih daun limau purut agar masakan tidak pahit? Yaaa tips tu memang betul sekali, memang dari dulu laaa arwah Atuk dan arwah Emak Sis memang guna tips tu dan mereka bagitau sama Sis, so sampai sekarang memang guna tips nak masak kena pilih daun limau purut bentuk '8'..
Yang belum tau tu, tak apa, masih boleh sempat lagi gunakannya. Dan tentu korang pun perasan, ada masanya kalau masak rendang ada ketikanya rendang kita rasa pahit kan? Haaa tu mungkin di sebabkan oleh daun limau purut tu.
Walau kita dah buang urat daun tu sekali punn, rasa masakan tu tetap ada rasa pahit. Sebabnya pilihan daun limau purut tu yang salah. Jika korang guna dan pilih daun limau purut berbentuk '8' macam dalam gambar tu, insyaAllah masakan korang tidak rasa pahit.
Pilih Daun Limau Purut Bentuk '8' Supaya Masakan Tidak Pahit
Tip yang korang semua perlu tahu ialah cari daun limau purut berbentuk 8, barulah ia tak pahit. Daun yang lebar memang akan menghasilkan rasa agak pahit kalau dibuat masak. Berapa kali masak guna jenis lebar, masakan korang akan terasa pahit walaupun buang urat tengah.
Jadi pilih daun yang betul supaya ia tidak merosakkan masakan korang Nak tau beza yang bentuk '8' dengan yang daun lebar? Sila google hahahaha..
Tapi cukup berguna okay. Time nak masak tu bolehlah buat petik selai dua buat masak. Tak payah nak ke kedai kan. Tapi kadang kalau belanja barang dapor, nampak daun limau purut sebungkus yang daunnya kemain hijau cantik, Sis beli juga, simpan kering dalam botol dan guna bila nak masak, so pokok tu biarlah kasi besau sikit hehehehe..
Itupun ada gak menatang kaki makan daun hinggap, eeee dah le Sis ko ni pengeli, kadang Sis biorkan aje, hanya spray racun jeee.. namun nak tangkap dan buang, memang idokkk lerrr hahahaha.. sanggup di biarkan menatang tu makan daun, dari Sis nak buang menatang tu hahahahaha..
Dan semalam seharian hujan, apalagi masak Tom Yam Udang seperiuk, petik daun limau purut sebagai perasa dan letak sayur mana yang ado, so hanya ada lobak merah dan kobis aje.. pun sedap. Hujan-hujan hirup kuah pepanas, perghh nikmat ko...
Udang pun hanya doploh ekor je Sis masuk hahahaha siap kira ekkkk.. pun tak habis, ada lerr belen 5 ekor tu haa dalam periuk, jadi lerr buat makan Sis kang. Lagipun takde sapa ni, Suami pi mancing, anak bujang masuk Studio, so tinggal sengsorang, makan je laa apo ado..
Hari Sabtu gini kalau boleh nak rehat.. kerja rumah dah settle, so bolehlah snatai-santai aje di rumah. Petang sikit baru masak. Cuaca pun sejuk-sejuk jerr ni.. jejangan kang petang hujan lagi..
P/S: Kepada mereka yang di timpa musibah banjir, moga tabah dan sabar dengan ujian dari Allah.. semoga semuanya baik-baik aja buat korang semua..
patutlah buat tomyam aritu ada rasa pahit rupanya salah petik daun limau. thanks for sharing :)
ReplyDeletePetua ni juga yang PC guna Sis. Dan tetap buang uratnya.
ReplyDeletemain petik je, tapi setakat ni tak pernah lagi rasa pahit. Sis, acaner nak join JDT blogger?
ReplyDelete