RESEPI KARI HIJAU AYAM THAI SEDAP GUNA PES KARI THAI AYAM BRAND™

Sis Lin
1
RESEPI KARI HIJAU AYAM THAI SEDAP GUNA PES KARI THAI AYAM BRAND™ | TERBARU Ayam Brand Memperkenalkan Tiga Pes Kari Thai Tulen, Enak dan Menjimatkan Masa Demi Kemudahan korang untuk memasak secepat 20 hingga 25 minit sahaja. Dan rasa karinya berkualiti setaraf dengan masakan restoran. Korang dah cuba?.

Sis ni kalau bab pes-pes segera ni memang suka, bukannya apa, dah lerr tinggal dalam rumah ni bukan ramai mana, so kalau masak guna pes ni memang meyenangkan kerja dapur Sis. Masak last minit pun okay jer, janji masak. 

Dan baru-baru ni, Ayam Brand™ memperkenalkan tiga pes kari Thai tulen yang enak dan menjimatkan masa. Ditawarkan dalam tiga jenis, yaitu Thai Green Curry Paste (Pes Kari Hijau Thai) yang ikonik; Thai Red Curry Paste (Pes Kari Merah Thai) yang digemari ramai dan Thai Yellow Curry Paste (Pes Kari Kuning Thai) yang kurang pedas dan mesra kanak-kanak. 

Ianya dihasilkan di Thailand, dan setiap pes kari menggunakan ramuan tempatan yang memenuhi resipi tradisi dan diterima ramai. Pes Kari Thai Ayam Brand™ tidak mengandungi bahan pengawet, tanpa pewarna tiruan dan diiktiraf Halal. Setiap pek didatangkan dengan tiga pek kecil pes kari seberat 50gm, yang mana setiap pek kecil cukup untuk hidangan dua hingga tiga orang. Setiap pek adalah kecil, ringan dan fleksibel, memastikan pes kekal segar. 

Resepi Kari Hijau Ayam Thai Sedap Guna Pes Kari Thai Ayam Brand™

Pes kari baharu ini sesuai digandingkan dengan Santan Ayam Brand™, memberikan rasa hebat berkrim, aroma yang menambat selera dan mempunyai manfaat kesihatan santan dalam pek mudah. Diperah dengan keadaan bersih daripada kelapa terpilih, kemudian dibungkus dalam pek menggunakan teknologi Suhu Ultra Tinggi (UHT), Santan Ayam Brand™ menyingkirkan kerja-kerja mengagak ketika memasak menggunakan santan.  

Untuk kari Thai yang hebat, korang boleh memilih untuk menggunakan Ayam Brand™ Classic Coconut Milk (Santan Klasik Ayam Brand™) atau Ayam Brand Coconut Milk Trim (Santan Trim Ayam Brand™) dengan kandungan 45% rendah lemak.

Dan Sis telah pun mencuba memasak Resepi Kari Hijau Ayam Thai menggunakan Pes Kari Hijau Thai. Boleh tahan sedap okay, Sis masak mengunakan Ayam. Kalau korang nak guna daging pun boleh. 

Paling senang, cara memasaknya pun ada tertulis di kotaknya, so yang tak pandai pun boleh jadi pandai hehehe. Di bawah ni Sis sertakan resepinya okay. Korang jangan lupa cuba. 

Resepi Kari Hijau Ayam Thai Sedap Guna Pes Kari Thai Ayam Brand™

Resepi Kari Hijau Ayam Thai Sedap Guna Pes Kari Thai Ayam Brand™

Resepi Kari Hijau Ayam Thai

Apabila digandingkan dengan ayam atau udang, hidangan kari hijau Thai adalah satu hidangan kegemaran ramai, terutamanya apabila disajikan bersama nasi panas pada cuaca yang sejuk atau ketika hujan. Kesegaran rasa daun selasih, ketumbar dan limau purut bersama kepedasan cili hijau menjadikan kari ini satu hidangan yang amat menyelerakan.

Pes Kari Thai Ayam Brand™ membolehkan korang menyediakan kari berkualiti setaraf dengan masakan restoran dalam masa 20 hingga 25 minit.

Resepi Kari Hijau Ayam Thai Sedap Guna Pes Kari Thai Ayam Brand™

Cara-Cara Memasaknya : 

  • Dalam pan, panaskan minyak dan tumis satu pek kecil (50gm) Pes Kari Hijau Ayam Brand™ selama 30 saat sehingga harum.
  • Kemudian, masukkan 200gm potongan dada atau paha ayam dan gaul dan masak sehingga lembut.
  • Tambahkan Santan Klasik Ayam Brand™. Biarkan mendidih dan sesudah mendidih, kecilkan api. Biarkan ia selama 5 minit.
  • Masukkan terung (pilihan) yang telah dipotong dan lobak merah (pilihan) yang dihiris halus. Masak sehingga sayuran lembut.
  • Untuk hidangan yang lebih wangi dan pedas, hiaskan dengan daun limau purut, cili merah yang dihiris dan serai.

Hidangan Thai-riffic ini bukan sahaja enak dan sedap tetapi juga menampilkan rasa yang seimbang dan amat mudah disediakan. Sesuai untuk 2 hingga 3 orang.  

Resepi Kari Hijau Ayam Thai Sedap Guna Pes Kari Thai Ayam Brand™

Untuk Pes Kari Merah Thai dan Pes Kari Kuning Thai, Sis belum mencubanya, nanti Sis cuba Sis kongsikan lagi resepinya di sini yaa.. Benda mudah kita kongsi laaa kan.. 

Lebih 240 ahli Malaysian Home Testers Club telah mencuba Pes Kari Hijau Thai Ayam Brand™, Pes Kari Merah Thai Ayam Brand™ dan Pes Kari Kuning Thai Ayam Brand™ dan memberikan rating kelulusan yang memberangsangkan. Malah 99% daripada mereka berpandangan positif bahawa mereka akan membeli pes-pes kari Thai tersebut selepas menguji dengan memasaknya.

Korang cubalah kemudahan dan cita rasa tulen yang disediakan oleh Pes Kari Hijau Ayam Brand™; Pes Kari Merah Thai Ayam Brand™ dan Pes Kari Kuning Ayam Brand™. Dijual pada harga RM7.50 setiap pek yang mengandungi 3 pek kecil (50gm setiap satu). Boleh didapati di rangkaian pasar raya Giant, AEON, AEON Big, Jaya Grocer, Village Grocer, B.I.G, HERO Market dan banyak lagi.

Dan bila korang dah mencubanya, korang kongsikan karya kulinari korang bersama Ayam Brand™ menggunakan tanda pagar #AyamBrandCurryPaste atau #AyamBrandPesKari untuk dipaparkan di laman sosial Ayam Brand™. 

Dapatkan resipi-resipi ini dan pelbagai maklumat lain di www.ayambrand.com.my .


P/S: Kalau anak-anak paling suka Kacang Panggang dia tu.. masak sambal tumis tomato, sedap gilerrrr... 

إرسال تعليق

1تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Selalu tengok omputih je masak kari hijau ni..tengok macam sedap..lepas ni nak try masak lah..

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!