SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM

Sis Lin
1
SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM | ALHAMDULILAH, Selamat Pagi. Syukur pada Allah kerana kita masih bernyawa dan masih diberikan kesempatan untuk meneruskan kehidupan. Semoga kehidupan kita hari ini lebih baik dari semalam. Insyaallah.

Sebagai manusia, kadangkala kita mengalami moral down yang mengakibatkan seluruh kehidupan kita menjadi suram dan tidak bermaya. Kita perlukan satu booster untuk membakar semangat kita supaya terus menjalani kehidupan di dunia yang penuh pancaroba ini. Dan booster tersebut adalah ayat-ayat atau kata-kata motivasi.

Kata-kata motivasi pada hari ini yang nak Sis kongsikan adalah ;

Aku selalu ingin menjadi seseorang yang lebih baik pada keesokkan harinya berbanding hari sebelumnya.

Setiap hari kita cuba baiki diri kita untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari. Kita cuba untuk menjadi insan yang lebih baik berbanding hari semalam. Hari semalam yang tidak efektif dilupakan kerana hari esok masih ada. Hari esok buatlah yang terbaik supaya di hujung hari kita merasakan satu kepuasan. Perubahan yang sedikit juga dikira satu pencapaian, betul tak?. 

Semoga hari yang bakal ditempuh lebih baik daripada semalam yang telah berlalu. Dan hari ini  semoga lebih baik daripada semalam. 

Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam, Dan Esok Lebih Baik Daripada Hari Ini

Ini adalah salah satu kata-kata hikmah yang selalu Sis amalkan dalam menjalani kehidupan seharian dan untuk menghadapi dunia hari ini yang penuh dengan cabaran.

Semoga Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam

Jika korang nak berjaya dalam kerjaya atau pelajaran atau apa sahaja yang korang lakukan, korang kena selalu berpegang pada kata-kata hikmah itu. Kalau nak jadi yang terbaik dan hebat berbanding dengan orang lain juga, berpeganglah pada kata-kata hikmah itu. Benar... Sis ulang lagi, kalau korang nak menguasai hidup bukan hidup menguasai korang, berpeganglah pada kata-kata hikmah itu.

Kesimpulannya, jika kita sentiasa ingat dan amalkan prinsip itu dalam kehidupan korang, insyaAllah akan ada sedikit demi sedikit perubahan dalam diri korang. Oleh itu sentiasalah ada kemahuan untuk memperbaiki diri. Setiap usaha memperbaiki diri itu akan menjadikan hari korang turut menjadi baik. Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik  daripada kemenangan terhadap orang lain.

Ya Allah, Engkau permudahkanlah setiap urusan kami untuk mencari rezeki pada hari ini. Semoga setiap apa yang kami rancang dapat dilakukan dengan baik.


P/S: .. selalu kita dengar 'semoga hari ini lebih baik dari semalam', namun kekadang, semalam lebih baik dari hari ini, kannn?.. 
Tags

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. kadang kadang bila sedar semalam lagi baik dari hari, terus berdoa lagi dan lagi supaya esok lebih baik lagi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!