ALHAMDULILAH, AKU DAH CUCUK BOOSTER!

Sis Lin
18
ALHAMDULILAH, AKU DAH CUCUK BOOSTER! | GAGAHKAN juga jari ni nak update blog walau kesihatan pagi ni dah mula rasa tak sihat selepas Sis cucuk booster petang semalam. Lepas cucuk booster semalam keadaan badan okay lagi, lengan pun tak rasa sakit, tapi bangun pagi ni, adoiii lengan terus rasa keras tempat injek tu dan belakang badan mula rasa pegal-pegal linu gituu.. 

Suami gerak kerja awal pagi lepas Subuh, then Sis terus capai ubat panadol. makan VitC dulu, kemudian bawa tidur, tapi tak boleh tidur, sakit belakang tu terasa-rasa, hurmmm maybe effect dari booster tu kot..baring-baring, akhirnya terlelap juga kejap tadi. 

Tersedar bangun, terus bancuh milo dan makan roti gardenia dua keping. Now rasa dedor je badan, sakit belakang still rasa sakit.. so harini pelan-pelan laa buat kerja, berehat dan santai-santai ajer. Suami dah pesan takyah masak, rehat ajer, huhuhu.. tu pun tadi baru col tanya keadaan Sis, sebab dia tau Sis seorang di rumah ni, anak bujang keluar kerja pagi tadi. 

Alhamdulilah, Aku Dah Cucuk Booster!

Kisah nak cucuk booster ni panjang ceritanya, meh laa Sis pendekkan cerita hahahaha.. 

Mulanya Sis dah dapat dah date booster dalam apps MySejahtera tu, tapi KKM hantar Sis ke Port Dickson sana, hahaha punyalah jauh, sama macam cucuk dose 1 & dose 2 Sis, tapi yang tu memang terpaksa laa pergi cucuk walau jauh, sebab nak vaksin kan, tapi untuk booster ni, Sis pilih untuk tolak dan minta di berikan date baru berdasarkan alamat terkini. 

Tunggu punya tunggu takde pun masuk update date baru.. hati dan jiwa ni kemaruk sangat nak booster, nak lebih terjamin kesihatan untuk mencegah virus. Ye laa Sis ni 'berpenyakit' then selalu keluar masuk gak ke sana ke sini, so nak lebih double protection laa kan.. 

Dan kelmarin, bila Sis update status dalam wall facebook Sis mengenai walk-in vaksin booster ni, alhamdulilah, ramai PM bagi feedback bagitau kat mana boleh dapat booster walk-in. 

Alhamdulilah, Aku Dah Cucuk Booster!

Tapi di sebabkan Sis sudah hantar nama sebelum tu di Klinik Adham, makanya semalam pagi Dr Jumiah col Sis mengatakan Sis layak terima dose booster pfizer dan minta datang ke Kliniknya pada jam 3pm semalam, alhamdulilah aku dah cucuk booster.

Dr Jumiah ni jiram setaman lama Sis ketika Sis stay di Bukit Indah, dekat 7/8 tahun juga Sis stay sana sebelum pindah ke Pasir Gudang ni. So bila datang mencucuk tu, dapatlah juga berbual sekejap dan rasa tak kekok laa time nak selak lengan nak cucuk tu. 

Prosesnya sekejap aja, tau-tau sudah masuk vaksinnya, alhamdulilah. So dah boleh la ya travel ke Turki ni kan hahahaha.. Apa-apa pun harap lepas ni bertambah sihat dan dijauhkanlah dari wabak.. benda boleh cegah, so kita usaha, lain-lain kita berserah aje kepadaNya. 

So korang dah booster ke belum?..


P/S: Yang peliknya, kenapa keje haus manjang je tekak ni ekk.. nak minum air sesaja dari malam tadi.. ermmm... 

إرسال تعليق

18تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Alhamdulillah, dah cucuk. Akak cucuk akhir tahun lepas, tak ada demam, cuma lenguh lengan tu dua tiga hari jugak baru hilang.

    ردحذف
    الردود
    1. Syukurlah Kak, kita usaha kan, selebihnya berserah kepada yang Satu...

      حذف
  2. alhamdulillah.. kita pun dah cucuk booster. hehe jemput singgah blog kita

    ردحذف
  3. Senang kerja boleh walk in je. Kemain jauh lagi dihantar sampai ke PD nun. Rentas negeri terus perginya. Semoga cepat baiknya kesan booster tu. Aaaminnn...

    Saya pun dah dapat booster bulan lepas :)

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, alhamdulilah dapat juga di Johor.. kalau nak bercuti boleh je ke PD tu hahahahah

      حذف
  4. saya 1,2 sinovac. booster dapat pfizer. perghh.. sakit nya nak bangun lepas 2 ari kena cucuk. pastu 2 ari rasa sakit badan.

    ردحذف
    الردود
    1. Wowww bergado leee mereka dalam tu yaa hahahaha..

      حذف
  5. Yeay! Kita geng #DahBoosted. Rawlins plak pening teruk dan takleh tengok cahaya (alasan nak tidur) lepas suntik. Haus pun sama gak.

    ردحذف
    الردود
    1. Ooo so fara Sis sakit hari pertama dan kedua tu laa, now dah sihat okay sangat dah ni...

      حذف
  6. Semoga semuanya baik-baik aja ya Lin.. insyaAllah nanti dua tiga hari elok lah tu. Jaga diri ya..

    ردحذف
  7. semoga cepat sembuh Sis Lin. Dah boosted pun risau berganda. hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah, moga kita sihat-sihat aje yaa.. doa yang baik-baik aja..

      حذف
  8. Alhamdulillah dah dapat dos ke-3
    Semoga takde apa2 alahan

    ردحذف
    الردود
    1. Ada Wak, hari pertama dan kedua, then dah okay dah.. sihat dah ni..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!