AZAM BARU 2022 AKU SEBAGAI BLOGGER

Sis Lin
14
AZAM BARU 2022 AKU SEBAGAI BLOGGER | KALAU sebelum ni Sis ada update mengenai Azam Baru Tahun 2022 sebagai 'hamba Allah', untuk kali ni Sis nak berkongsilah juga azam baru 2022 sebagai seorang blogger. Yaaa blogger juga hamba Allah tapi dari aspek yang lain, lebih kepada 'kerjaya cari makan' di blog ni. 

Memang.. kalau baca posting blog blogger, ada gak kadang Sis dan blogger lain yang update entah apa-apa jer posting, ada masa baca macam merapu dan ada juga dengan pelbagai laa karenah penulisan dan pengisian tapi jika korang lihat pada blog mereka ada ternampak iklan atau ads yang menari-nari tu, klik laaa..  haaa itulah 'rezeki' kami. Lagi banyak posting mereka update, lagi banyaklah iklan yang keluar. 

Tu iklan yang nampak, tapi bagi blog mereka yang takde iklan, posting mereka tu lebih tertumpu pada advertorial, apa yang mereka update tu adalah berbayar okay, bukan sesuka hati je nak posting, atau perkongsian mereka tu akan mendatangkan rezeki buat mereka. Ye laa kot ada pihak berkenaan baca, so terus tertarik, then nak bercollaboration, so bagaikan 'durian runtuh' buat kami ni blogger. 


So bukan update semborono aje yaa.. 

Dan bila dah bergelar blogger ni, pergi event sana sini, review rancakkk sana rancak sini, pastu kenalah update, pun rezeki juga tu.. kot mana tau, memula update free-free jer, kemudian penulisan kita tu ada impaknya pada perniagaan mereka, so mereka nak plak bayar kita untuk promote seterusnya, haaa tu rezeki juga.. 

Kalau nak tulis, memang banyak lerr cabangnya oii.. yang tau dan faham kerjaya blogger je yang boleh rasa.. yang tak tau, mereka akan kata 'buang masa dan tenaga'.. podahhhhhh... 

Cuma tu laaa, ada ketikanya penat dah... macam dah tak larat dah.. usia Sis pun makin meningkat, rasa nak kurangkan sikit ke event review sana sini, lagi-lagi food review, adoiii dah tak larat dah makan sumbat makan oii.. masuk tahun 2022 dah ni, entah bila dah kurusnya hahahahaha.. 

Pic Kredit : Keap.com

Tapi tahun 2022 ni, Sis nekad, Sis nak pasang azam tahun baru 2022 sebagai blogger dan cuba nak kontrol sikit pergerakan, nak lebih fokus kepada menulis di rumah ajer dan lebihkan masa bersama family dan kengkawan. Sebab dulu pun Sis mula menulis di rumah ajer, takde pun ke sana ke sini.. 

Yang bestnya kalau dapat keluar untuk hadir event ni, kita dapat jumpa ramai kengkawan. Ada certain tu kawan blogger yang tak pernah kita jumpa pun kita jumpa, kalau selama ni hanya komen-komen dalam facebook dan instagram, tiba masa jumpa di event, haaa face to face ko.. tu yang bestnya.. 

Lepas tu paling best, makan sedap-sedap.. bohong kalau ko kata ko pergi semata taknak makan, hahahaha.. gilerrr best oii.. bila lagi nak jejak hotel berbintang-bintang satu Johor.. atau restoran dan cafe viral segala, kalau tak jadi blogger, memang ko tak rasa.. siapa setuju?.. 

Bukan tu jerr, dapat plak staycation secara percuma, menempel laa ko OOTD sana sini dalam hotel, dalam tandas pun menjadi, sebagai balasan ko update penulisan ko di blog, berbaloi-baloi leee.. jenis blogger yang memang advance, haaa gambar dan posting mereka buat kaw-kaw punya, jenis yang 'asal boleh', tangkap gambo berratus keping, updatenya 5 keping, tu pun gambo muka dia jer hahahaha.. pun adooo... jangan cakap takde.. 

Tapi... tengok dengan mata kasar memanglah ko kata jadi blogger best.. tapi realitinya... ermmmmm... bukan senang nak capai apa yang ko lihat orang lain capai okay.. Sis aje dari 2008 mula menulis blog, tapi dalam tahun 2017 lepas join JDT Blogger, baru mula gerak bekerja di luar hadir event media sana sini bagai.. kalau tak sebelum ni hanya di rumah aje. 

Dan sekarang bila nama Aku Sis Lin mula di kenali, rasa bangga pun ya, dan bila blog sendiri mula naik, berbangga pun ya, tapi ada ujian yang Allah sediakan... ada dugaan yang Allah tunjukkan.. lebih-lebih lagi dengan MASA kau bersama family... semuanya jadi tersekat, sebab banyak nauu event ko pergi hahahahaha.. 

Untuk blog Sis ni, so far dah selesa sangat dah dengan template yang Sis beli dari templatefiy ni. Mula tu biasalah, tukar template memang banyak benda nak kena adjust, tapi kena sabar dan update terus. Then edit pelan-pelan. Terima kasih juga buat Sunah yang banyak membantu dalam edit blog Sis juga. 

Adsense pun alhamdulilah, kalau ikut target sekarang, setiap dua bulan dah boleh claim, syukurlah, hanya dengan menulis tanpa pergi sana sini, pun boleh buat duit. Then Sis juga ada join Intellifluence, ada dapat job dari mereka, so jadilah buat tambah-tambah duit kocek buat beli coli dan spender .. alhamdulilah.. 


So tahun ni, azam baru 2022 aku sebagai blogger, aku nak :

  • Fokus menulis di blog cerita harian dan aktiviti harian Sis macam dulu
  • Nak kurangkan keluar hadir event media sana sini (lagi kalau jejauh)
  • Nak 'memilih' hadir ke food review sana sini (kalau boleh yang dekat dengan area Sis)
  • Cuba nak upgrade gaya penulisan Sis
  • Sis nak belajar lagi cara nak naikkan rating blog Sis
  • Nak belajar selok belok menjana pendapatan melalui blog secara alam maya
  • Nak buat duit dengan 'offer' kepada sesiapa yang memerlukan khidmat servis blog Sis
  • Cuba nak belajar macam mana nak buat blog lebih berinformasi
  • Nak jadikan blog Sis sebagai 'ilmu yang bermabfaat' jika Sis tiada nanti
  • Lebih banyak nak cuba berkongsi mengenai hal akhirat
  • Cuba nak blogwalking dan tinggalkan komen di blog rakan-rakan blogger
  • Nak cuba fokus kepada SEO dan 'keyword' blog 
  • Sis akan berkongsi apa saja yang Sis rasa bagus dan okay bagi membantu para peniaga
  • Dan yang paling nak buat, Sis nak bantu merreka (blogger) yang memerlukan khidmat nasihat, tips atau bantu mereka untuk edit blog mereka (jika ada), Sis sedia membantu. 

So buat masa ni, ini aje yang Sis rasa nak buat untuk azam tahun baru 2022 sebagai blogger. Kalau ada lagi tu apa yang perlu Sis buat, Sis cuba lagi perbaiki.. Korang pulak macam mana?.. 

Pun dari dulu Sis fikir tak dapat jawaban lagi... nama jerr blogger, tapi bila dapat job, pun kena update facebook dan istsgram. Bayar tetap sama dengan lelain, orang lain influencer update facebook dan instagram ajer.. tapi ko kena buat semua sekali atas permintaan, ko ngase?... 

Ada yang gelak ke baca azam baru Sis tu? Oh takpe.. semua orang punya azam dan pandangan masing-masing.. so better jaga dan kekalkan laa hak memasing.. tepuk dada tanya 'sudah baguskah aku?'... sekian.. 


P/S: Kadang-kadang macam tak percaya aku ni blogger tau hahahaha... 

إرسال تعليق

14تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Sis salah seorang blogger yang menjadi rujukan dan tempat PC bertanya. Maaf ya Sis selalu ganggu masa Sis. Semoga apa yang Sis mahukan Allah permudahkan. Jujur, tidak mudah menjadi seorang blogger. Mahu bertahan itu ada cabarannya.

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah, takpe PC, ada apa nak tanya, email ajer.. nanti Sis bagi no wahtsapp, lebih mudah..

      Keep writing and sharing PC.. PC juga seorang blogger yang berjaya..

      حذف
  2. Azam yang bagus. Terima kasih kongsi.

    ردحذف
  3. OM like it! Keep writing and sharing SisLin.

    ردحذف
  4. Wowwww panjang azam nya ni! Semoga tercapai hhehe.. Tq sevab jadi rakan blogger kita hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha begitulah kan kalau dah blogger, tulis taknak pendek-pendek hahahaha

      حذف
  5. Thanks for the best info, really helpful News Website

    ردحذف
  6. It was not first article by this author as I always found him as a talented author. Plague Doctor Coat

    ردحذف
  7. Such an interesting article here.I was searching for something like that for quite a long time and at last I have found it here. Eddie Munson Leather Jacket

    ردحذف
  8. This blog was very nicely formatted; it maintained a flow from the first word to the last. Michael Jackson Blue Jacket

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!