CAKAP ORANG TUA TAKNAK DENGAR! KAN DAH SUMBING! | SAKIT pulak hati kita bila ingat-ingat balik. Dah tegur dah tadi 'Dik, tak balut ker? Akak takut sumbing pulak'.. tapi dia boleh jawab 'Tak Kak, pinggan ni tebal, Saya balut dengan kain tuala akak ni'.. so okaylah..
Balik rumah, bila bukak, haaaa kan dah kata dah.. cakap orang tua taknak dengar, kan dah sumbing pinggan aku, eeeee sabo je lerrrr.. dah kata dah, walau tebal kacanya, tapi dah nama pun kaca, bila dah bergerak-gerak ke, mestilah terlanggar dan akan sumbing tepinya, kalau tak sumbing tu, kira bernasib baiklah tu... adoiiii..
Nak patah balik tukar, ermmm tak kowser, kang ada pulak dia kata kita yang salah pulak, padahal, dia bungkus 'bodoh' je macamtu tanpa balut...
Walaupun sumbingnya kecil ajer, namun kalau dah sumbing, memang pantang Sis nak guna pakainya.. tak tau lerr kenapa, dari dulu, kalau pinggan ke cawan ke sumbing, memang arwah atuk ke arwah Mak ke, akan terus buang pinggan atau cawan tu..
Pantang atuk nenek aku pakai pinggan sumbing.. haaa gituuuuu bunyinya hahahaha.. tapi benarlah, memang ada hukumnya kalau guna pinggan atau cawan sumbing ni.. mana yang tau, ye tawu,, kalau tak tau, baca info di bawah ni nyaa..
Di sebabkan harganya hanya RM2.20, makanya Sis buang ajer laa pinggan tu.. ermmm sayang sebab cantik coraknya.. tapi takpelah, masih ada banyak lagi kat Ninso tu, esok lusa boleh pi beli lain, kalau jumpa lagi budak tu, memang Sis sound-direct kat dia.. degilkan, cakap orang tua taknak dengar, sampai sumbing pinggan aku huhuhu
HUKUM Guna Pinggan Mangkuk/Cawan Yang Sumbing.
Hukumnya adalah makruh. Abu Said Al-Khudri meriwayatkan bahawa : “Rasulullah SAW melarang minum dari bahagian cawan yang pecah dan melarang untuk bernafas dalam air minum.”
Antara sebabnya adalah :
1. Ia boleh mengganggu ketika minum. Minum melalui bahagian cawan yang sumbing atau pecah tidak boleh dilakukan dengan baik.
2. Kotoran dan seumpamanya biasanya terhimpun di bahagian cawan yang pecah, kerana tidak ikut dibersihkan ketika dicuci, tidak sebagaimana cawan yang masih baik.
3. Bahagian yang sumbing adalah bahagian yang buruk pada cawan, iaitu bahagian yang paling tidak bagus hingga mesti dielakkan, lebih baik dicari bahagian yang masih baik, sebab bahagian yang buruk dari segala sesuatu pasti tidak ada baiknya.
4. Boleh jadi bahagian yang pecah itu mempunyai belahan atau bahagian yang runcing yang boleh melukai mulut orang yang minum melalui bahagian tersebut.
Dari ‘Amr bin Syu’aib : ‘Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah itu mencintai kalau melihat bekas kenikmatan-Nya atas hamba-Nya itu, dengan jalan menunjukkan keindahan dan kesempurnaannya dalam berpakaian, makan, berumahtangga dan lain-lain.” (Hadis Riwayat Imam Tirdmizi dan ia mengatakan bahawa ini adalah hadis Hassan.)
Maka, jika cawan atau pingan kita retak, pecah atau sumbing hendaklah dibuangkan sahaja dan jangan digunakan lagi.
Wallahuaklam... #SisSharing
P/S: Tak habis-habis beli pinggan ekk hahahaha.. mana nak sumbat ni oiii..
Memang sayang klau dibuang kan..? maybe leh guna untuk bende lain selain untuk guna makan.. nasib baik la murah harganya..hehe
ردحذفTu laa sayang tapi nak buat macam mana, dah buang dah.. nanti boleh beli lain...
حذف