JOM LEPAK DI HARD ROCK CAFE PUTERI HARBOUR, JOHOR!

Sis Lin
22
HARD ROCK CAFE KEEMPAT KINI DIBUKA DI PUTERI HARBOUR, JOHOR! | WOW, ada yang dah pergi ke tu? Yayy.. you are awesome hahaha.. bagi mereka yang memang suka dan menantikan pembukaan Hard Rock Cafe keempat ini, sudah tentunya laa mereka tau kemana arah nak di tuju. Dan yaaa Hard Rock Cafe ianya kini berada di Pueri Harbour Johor yo!!.

Jujurnya Sis bukan orangnya yang kaki lepak tempat sebegini, satu hal sebab Sis kurang suka akan 'kebisingan', nak borak pun susah oii, tapi sesekali kalau nak pergi nak santai-santai, tak jadi masaalah buat Sis, lagi pulak kalau pergi ke Hard Rock Cafe ni bukannya apa, suka melihat mechandise mereka, lagi-lagi T-Shirt mereka. Kalau masuk memang tak sah kalau tak beli. 

Baru ni pun Sis sekeluarga bercuti ke Penang, pun singgah ke Hard Rock Cafe Penang, sakan Suami membeli belah. Siap beli ole-ole untuk kawan-kawannya yang kirim. Jadilah kan, buat kenangan. 

Selepas Hard Rock Cafe Keempat Mengumumkan Pembukaannya di Johor Bahru baru-baru ini, kini mereka telah beroperasi sepenuhnya bermula Disember tahun lepas dan Sis berkesempatan menghadirkan diri di majlis tertutup meraikan Media pada minggu lepas dan inilah juga kali pertamanya Sis jejak masuk ke dalam Hard Rock Cafe Puteri Harbour (HRCPH) ni. Amazing gilerr wooo.. 

Jom Lepak Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, Johor!

Jom Lepak Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, Johor!

Hard Rock Cafe yang dibuka di Puteri Harbour ini merupakan cawangan Hard Rock Cafe yang keempat di Malaysia selain di negeri Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka. Restoran dan bar kontemporari ini adalah yang pertama seumpamanya kerana ia mempunyai gaya reka bentuk dalaman moden serta menampilkan susunan berkelas tinggi, mewah dan tersusun rapi dengan tempat-tempat menarik untuk peminat.

Masa mula Sis ke sini, Sis park di park basement Fraser Hotel, then dari situ ada tertera jalan menuju ke HRCPH ni. Tapi korang kena masuk pulak dalam bangunan Pinetree Marina Resort atas tu then baru turun ke bawah sekali guna escalator barulah berjumpa dengan HRCPH ni haa.. jangan risau, sepanjang korang turun guna escalator tu, ada aje papan tanda arah ke HRCPH tu. 

Jom Lepak Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, Johor!

Jom Lepak Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, Johor!

Jom Lepak Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, Johor!

Bar seluas 557-meter persegi ini boleh memuatkan sehingga 238 orang tetamu yang terdiri daripada ruang makan luar dan dua tingkat dibahagian dalam kafe berserta pentas untuk hiburan secara langsung. Jika korang inginkan 'privacy' korang boleh naik atas, ada ruang tertutup di atas tu. Ruang makan utama dan ruang makan peribadi di tingkat atas boleh memuatkan seramai 100 orang tetamu. 

Korang juga boleh menikmati hiburan muzik secara live band dari ruang makan dalaman yang terletak di aras bawah. Konsep ruang makan ‘Alfresco’ yang menghadap ke pelabuhan yang menawan disertai dengan pemandangan matahari terbenam yang indah merupakan keistimewaan kafe. Cuma kalau cuaca panas sangat, tak dan ler rnak makan luar tu yaa, duk dalam dengar muzik lagi syokk.. 

Jom Lepak Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, Johor!

Jom Lepak Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, Johor!

Sepanjang korang lepak makan di situ, korang juga boleh cuci mata di Hard Rock Cafe dan boleh berjalan di sepanjang ruangan dinding memorabilia yang memaparkan serangkaian memorabilia dari pemusik legenda dari seluruh dunia. Selama bertahun-tahun, dinding memorabilia telah menjadi ciri khas bagi Hard Rock Café meraikan kepingan unik yang disumbangkan oleh atau dibeli dari bintang rock popular dari era yang berbeza selama bertahun-tahun.

Selain itu, Rock Shop yang terkenal di dunia di bawah jenama Hard Rock ini terletak di dalam kafe tersebut. So korang boleh lihat-lihat dan soping sekaligus di situ. Ia menawarkan pengalaman berbelanja seperti bintang rock bagi mereka yang suka mengumpul koleksi mereka dan untuk peminat Hard Rock Cafe, korang boleh beli dan bawa pulang barang jualan seperti baju, topi, pin dan pelbagai koleksi lain.

Jom Lepak Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, Johor!

Jom Lepak Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, Johor!

Jom Lepak Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, Johor!

Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, selain korang lepak minum dengar muzik, korang juga order makanan dengan pelbagai pilihan rasa asli dari bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan segar. Hard Rock Café menampilkan ‘Original Legendary® Burger’, siri ‘Signature Steak Burgers’, ‘Specialty Entrée’, ‘Bar Bites’ dan pelbagai pilihan salad, sandwic serta pencuci mulut. 

Masa Media Event tu, sempat juga laa Sis merasa pelbagai hidangan menu utama mereka, semua sedap-sedap semuanya uii.. kalau kata mahal harganya tu, tapi padan lerr dengan portion dan rasanya, sangat berbaloi-baloi. Kalau berkira sangat, ko pi kedai mamak je laa yaaa.. hohohoho..

Jom Lepak Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, Johor!

Jom Lepak Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, Johor!

Memang sungguh happening laaa di sini. Lagi seronok dapat jumpa geng-geng Media masa tu, really enjoy the mements. Sesekali kan, kita berhibur macam ni, tak salah pun, janji jaga batasan tu. Mana yang rasa tak elok di mata, buat bodo sudah. Memang ramai yang tanya, 'di mana tempatnya' 'sebelah mana tempatnya, yaaa memang kalau dari luar tak nampak, tapi untuk ke sini, korang guna aja waze, pasti sampai..

Sampai sana jangan lupa OOTD bebanyak yaaa.. yang penting jaga dan patuh SOP. 
So apalagi, jom laaa Rock 'N' Roll 😎

Hard Rock Cafe Puteri Harbour
Lot 2 B-2. Residensi & Hotel Marina Resort, 
Persiaran Tanjung, Pengkalan Puteri, Nusajaya, Johor

Buka dari jam 12pm to 12am
SETIAP HARI 

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hantarkan pertanyaan korang melalui e-mel kepada www.hardrockcafe.com/location/puteriharbour .

Untuk pembelian barangan Hard Rock Cafe, kunjungi Rock Shop secara atas talian di https://shop.hardrock.com.



P/S: Tiberrr Suami kata haritu masa kat Penang. 'Nanti ajak Ayah ke Pueri Harbour pulak' hahahaha.. 

إرسال تعليق

22تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Hari tu saya pergi Puteri Harbour, nampak kafe ni tapi tak singgah

    ردحذف
  2. Tak pernah lepak kafe mcm ni..kedai mamak pernah..hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha sesekali ON je Nurul.. kedai mamak lagi syokk manyak menu hahaha

      حذف
  3. Wow menariknya sis! Kalo lepas ke belah2 sana leh la ke Hard Rock Cafe ni

    ردحذف
  4. Wow bestnya
    Tak pernah lagi masuk HRC

    ردحذف
    الردود
    1. One day kot laa terjejak, bolehlah layan band Wak..

      حذف
  5. Rawlins teringat fries dia yang lazat kalau Hard Rock nie. Memoribilia dia memang best - ramai yang kumpul kan

    ردحذف
    الردود
    1. Iyerr Rawlins, memang rata-rata orang suka makan fries dia.. jomm la ke Johor..

      حذف
  6. fuhh mmg cantek hard rock kat jb ni.. sangat kelas hokeh.. ni dapat tido semalam pun dah rasa syiok

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, mudah sebab semuanya setempat.. nak perginya pun cantik keliling yaa, boleh OOTD jejeje

      حذف
  7. Perghhh... Menarik nya menu! Belum pernah jejak sini. Kat KL punya pernah laa pegi, so far tidak mengecewakan.

    ردحذف
    الردود
    1. Nanti ke Johor boleh singgah Nina, beli ole-ole bawa balik KL hehehe

      حذف
  8. it has been awhile since i have been to a hard rock cafe in malaysia. cant wait to visit this one in johor next!

    ردحذف
    الردود
    1. One day bila you datang Johor, bolehlah singgah lepak sini yaaa..

      حذف
  9. Pernah masuk Hard Rock Cafe KL, nti klu gi Johir blhlah singgah sbb tgk menarik tempatnya.

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa Kak, nanti singgah laa sini, boleh stay sekali hotel area situ jer..

      حذف
  10. Wah best nyer Hard Rock Cafe ni, tempat trendy and makanan pun nampak sedap

    ردحذف
    الردود
    1. Betul Kelly, mana-mana Hard Rock Cafe memang port lepak yang santai, kecuali mereka yang tak suka bising, haaa tu kena laa duduk rumah jer hahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!