JOM MAIN GAME MASAK-MASAK SECARA PERCUMA DI Culinaryschools.org

Sis Lin
10
JOM MAIN GAME MASAK-MASAK SECARA PERCUMA DI Culinaryschools.org | BAGI Mak-Mak yang terlebih masa atau nak penuhi masa macam Sis ni, kalau agak bosan tak tau nak buat apa, haaa jom main game masak-masak secara percuma di culinaryschools.org ni. Bukan kata game untuk anak-anak ajer, dengan Maknya sekali tersampuk hahahaha..

Sis sendiri pada mulanya hanya nak cuba-cuba ajer, sekali dah start main, arghh sudah, terus melekat non-stop duk gasak duduk main gamenya. Mana taknya selagi tak memang dapat high score, selagi tu laaa nak lawan juga hahaha.. nasiblah gamenya ni tanpa iklan, so memang seronok laa dia play je gamenya tanpa henti. 

Ada lebih 150 pilihan yang korang boleh main dan semuanya terdiri dan di bahagikan beberapa katagori. Mana yang game mudah untuk umur bawah 5tahun pun ada, atas 7tahun pun ada, atau katagori dewasa purba sebaya agak umur Sis pun boleh main juga hahahaha.. senang cakap sesuailah untuk semua golongan. 

Jom Main Game Masal-Masak Secara Percuma Di Culinaryschools.org

Dan paling bestnya, semua permainan di dalam culinaryschools.org  ni menggunakan reka bentuk web HTML5 yang mesra kegunaan di telefon bimbit juga di desktop. Dan setiap pautan kepada setiap permainan dibuka dalam tab baharu tertumpu secara eksklusif pada permainan yang berkaitan dan bukannya permainan dibingkai di dalam halaman web lain. So senang korang nak view bukak banyak game lain kan. 

Antara kategori game yang boleh korang main bersama anak-anak adalah ; 

1) Cooking and kitchen work - track multiple tasks in the kitchen and learn how to follow a basic recipe
2) Food Education Games -  learn about healthy foods versus unhealthy foods & recycle waste
3) Serving Eaters - make sandwiches or play a waiter
4) Farming - familiarizes players with farms, farm animals and farming.

Jom Main Game Masal-Masak Secara Percuma Di Culinaryschools.org

Jom Main Game Masal-Masak Secara Percuma Di Culinaryschools.org

Tapi antara bebanyak tu laaa, paling mencabar untuk menguji tahap action 'culinary' korang atau anak korang, korang boleh cuba main Penguin Cafe dan juga game Open Restaurant tu, perghhh mencabar betul kecekapan dan juga kesabaran korang hahahaha.. 

Sis yang dewasa ni pun main dua game tu dah macam haperrr.. permulaan level tu okay lagi, masuk level 5 ke atas, betul-betul menguji kesabaran hahahaha.. tapi makin lama main, makin asyikk hahahaha silap-silap dapur rumah pun tak berasap huahuahua.. 

Dan juga bukan tu aja, ada game lain yang lebih enjoy kalau korang nak mencuba, antaranya; 

5) Other Fun Food - themed Games
  • Arcade Classic Games - Fruit Snake, Airport Rush, Food Delivery Rush
  • Platform Games - Candy Girl Adventure, Fruit Adventure, The Greedy Chef & more
  • Music Games - make noise or music with Tom & Jerry
  • Glass Filling Games - Happy Filled Glass, all 3 Filled Glass games, Fruit Splash, Liquid Orange
  • Physics Puzzle Games - Candy Pig, Milk for Cat, Cut for Cat, Jelly in Portal, Mortar Watermelon
  • Slicing Games - Cut Fruit, Fruit Slasher, Fruit Boom & more
  • Memory & Matching Games - Fruit Memory, Sweet Memory & more
  • Mahjong Games - Mahjong Solitaire & Mahjong Connect
  • Paint by Number Games - simple pixelated nonograms
  • Logic Puzzle Games - Fruit Tiles & Plumber Soda logic puzzles
  • Match 3 Games - Candy Fiesta, Donuts, Ice Cream Frenzy & more
  • Idle Games - Merge Cakes, Pancake Pileup, Spaghetti, Mummy Candies & more

Jom Main Game Masal-Masak Secara Percuma Di Culinaryschools.org

Jom Main Game Masal-Masak Secara Percuma Di Culinaryschools.org

Setiap game dalam katagori berbeza bersesuaian dengan umur anak korang, so kalau IQ anak korang lebih bijak, boleh pilih game yang lebih mencabar, tapi kalau untuk buat permulaan, anak korang boleh je main game yang menggunakan tutorial dan easy game, so senanglah anak korang nak menang bila main game tu hehehe.. 

Untuk anak-anak korang boleh cuba main game mudah dan menguji minda ni, antaranya; 


Jom Main Game Masal-Masak Secara Percuma Di Culinaryschools.org

Dan lagi satu yang bestnya di culinaryschool.org ni, bukan sahaja permainan game masak-masak aje yang boleh korang main, tapi kita juga boleh guna website tu untuk di jadikan penimbang masakan atau Recipe Ingredient Conversion Calculator. Ni pun Sis jumpa masa duk belek-belek website dia. 

Korang juga boleh mengira pengiraan berat badan di bahagian Weight Loss Calculator, Estimate Your Body Fat Percent dan juga Workout Calories Burned. Teruja Sis ko kejap oii.. sonang benar weiiii... Mudah kerja kita, sambil main game, sambil juga pantau tahap kesihatan dan pemakanan. Ye lerr duduk main game sambil makan, pastu kiralah kalori ko hahahaha..

So apalagi, jom main game masak-masak secara percuma di culinaryschools.org sekarang.. Selamat berjuang korang hahahaha.. 


P/S: Lama tak main, sekali main, gasakkk, lupa nak makan ubat hahahaha

إرسال تعليق

10تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Lama x main game camni.. Nnt bole try arr...

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn.. banyak Ret, dekat seratus lebih game dia..

      حذف
  2. Comelnya game macam ni. Okay nanti nak ajak anak cuba lah

    ردحذف
    الردود
    1. Sekali anak cuba, mesti seronok, tapi bagus sebab ada tahap IQ anak-anak kita..

      حذف
  3. Banyak game ni, best best. Nak try lah

    ردحذف
  4. dapat ke anak aku ni sukalah dia.Kang dia pulak dok depan pc sentiasa

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha iyerrr.. banyak giler ko gamenya.. dengan aku sekali tersampuk hehehe

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!