JOM TRAVEL KE TURKI BERSAMA ATN TRAVEL

Sis Lin
18
JOM TRAVEL KE TURKI BERSAMA ATN TRAVEL | SEBUT Turki, ini adalah antara salah satu negara yang Sis nak pergi, tapi tu laa, belum ada rezeki nak jejak ke sana, but one day pasti Sis akan dapat ke sana, cuma kenalah menabung yekk. Tu yang bila nengok orang pergi sana, geramnya, jelesnya. Takpe, Sis share di sini, mana tau kot ada yang nak pergi, bolehlah travel ke Turki bersama ATN Travel ni.. 

Baru-baru ini,  ATN Tourism & Travel Corporation (M) Sdn Bhd atau ringkasnya ATN Travel dengan kerjasama Turkish Airlines 'menerbangkan' 17 wakil  agensi pelancongan tempatan ke negara itu untuk memperkenalkan destinasi pelancongan baru di sana. 

Ketua Pegawai Eksekutif ATN Travel, Izham Istar berkata, selama 30 tahun agensi pelancongan hanya membawa pelancong ke tempat percutian yang sama dan belum ada yang memperkenalkan laluan baru secara komersial. 

Jom Travel Ke Turki Bersama ATN Travel

Jom Travel Ke Turki Bersama ATN Travel

Izham berpengalaman lebih 25 tahun dalam industri pelancongan dan pernah menetap di Negara Uthmaniyah itu selama 16 tahun. Justeru dengan sokongan  Turkish Airlines dan Tourism Turkiye, beliau berhasrat untuk merintis laluan baru kerana terdapat banyak  lagi destinasi menarik dan unik dengan kepelbagaian budaya serta sejarah Islam.

"Keadaan juga sudah berubah kerana ramai kini sudah berhijrah. Mereka bukan lagi  bercuti untuk bersuka ria sahaja tetapi mereka juga mahu menyelusuri sejarah, peradaban dan tamadun Islam. Bergembira sambil mengambil ibrah daripada tempat yang diziarahi.

"Jadi dalam program FAM Trip To Turki 2022 ini , saya bawa wakil agensi pelancongan yang berpotensi untuk memperkenalkan destinasi baru kepada mereka untuk mereka perkenalkan pula kepada bakal pelanggan. Saya yakin tarikan baru ini akan membuka ruang besar kepada pelancong untuk meneroka lebih banyak keunikan dan keindahan bumi Uthmaniyah itu," katanya. 

Jom Travel Ke Turki Bersama ATN Travel

Jom Travel Ke Turki Bersama ATN Travel

Izham berkata, dengan pertambahan penerbangan ke tempat-tempat yang dilawati itu, Turkish Airlines dan Tourism Turkiye sangat mengalu-alukan kedatangan warga asing ke daerah baru itu kerana dapat merancakkan pertukaran mata wang asing dan pertumbuhan ekonomi.  

"Kami akan mula 'menjual' pakej baru itu  pada Februari ini. Kepada mereka yang mahu merasai pengalaman ke destinasi bersejarah tinggalan Kerajaan Uthmaniah bolehlah menghubungi ATN Travel dan agensi-agensi yang terlibat sama dalam memperkenalkan pakej ini," katanya. 
   
Pengisian Program FAM Trip To Turki selama 10 hari :

Sanliurfa terkenal dengan nama Peygamberler Sehri (Kota Para Nabi) dengan menziarahi Masjid Balikligol (tempat Nabi Ibrahim AS dibakar), Halilul Rahman terdapatnya gua Nabi Ibrahim AS dilahirkan dan dibesarkan serta membeli belah di bazar. 
   
Harran. Ia adalah lokasi bersejarah yang hebat sarat dengan keagungan cinta Nabi Ibrahim AS dan Sarah. Nama Harran ini diambil kerana iklim di sini sentiasa panas walaupun pada musim sejuk. Di situ juga terletaknya universiti pertama di dunia, Makam dan Telaga Nabi Ayub AS dan ziarah ke Tapak Arkeologi Neolitik GobekliTepe.

Jom Travel Ke Turki Bersama ATN Travel

Jom Travel Ke Turki Bersama ATN Travel

Adana iaitu empat jam perjalanan dari Sanliurfa dengan bas. Dalam perjalanan rombongan dibawa menaiki Halfeti Boat di perkampungan Sungai Furat. Ia adalah sungai terpanjang di Asia Barat, mengairi tiga negara iaitu Turki, Syria dan Iraq. Sehingga hari ini, Sungai Furat masih membekalkan air bersih kepada jutaan pengguna sekitar Asia Barat.

Tarsus terletaknya Gua Ashabul Kahfi (Seven Sleepers), Masjid Nabi Daniyal AS, Masjid dan Telaga Bilal Al-Habashi dan Grand Mosque. Berikutnya ke Eskisehir, Sogut dan Bursa. Melawat Sungai Polsuk, menziarahi makam pengasas kerajaan Uthmaniyah Ertugul Gazi, Muzium Ertugul dan menziarahi makam Syeikh Eh Edebali di Bilecik iaitu guru kepada Ertugrul. 

Jom Travel Ke Turki Bersama ATN Travel

Jom Travel Ke Turki Bersama ATN Travel

Bursa - Ke Perkampungan Uthmaniyah Cumalikizik, Tophane, Osman Qazi, Orhan Qazi - Makam Sultan Uthmaniyah dan Menara Jam.

Istanbul - Hagia Sophia, Muzium Topkapi, Blue Mosque, Grand Bazaar dan Spice Bazaar. 

Jom Travel Ke Turki Bersama ATN Travel

Jom Travel Ke Turki Bersama ATN Travel

Agensi Pelancongan  yang menyertai FAM Trip To Turki 2022 : 
   
1 .Izham Istar Ibrahim Istar
ATN Tourism & Travel Corporation ( M ) Sdn Bhd (ATN Travel)
Tel : 019-2663340

2. Khairul Nizam  Amat Zaini
My altitute 30 Travel & Tours S/B
Tel : 019-3605287  

3. Sharifah Norjulishima Syed Rohani
Righteous Travel & Tours Sdn Bhd
Tel :  012-5055185

4. Mohd Razihan Hamid  
Razihan Holidays Alor Setar
Tel : 011-60618115

5. Zainudin Ismail
AlQuds Travels &Tours Kota Bharu
Tel : 019-9246047

6. Khairul Annuor Halim
RedSea Tour & Travel Putrajaya
Tel : 013-3237800

7. Mustafa Kamal bin Md Sood
Safwah Travel & Tours Sdn Bhd
Tel : 019 -3117238

8. Erny Nawawi
Kopetro Travel & Tours Sdn Bhd
Tel : 017-6902778
Pej : 0321641577

9. Azuwarridah Binti Abdullah
Enrich Travelogue Sdn Bhd
Tel : 019-3730627
Pej : 0341311679

10. Ab Hakimee Bin Abdullah
Myway Haramain Travel Servicesy Sdn Bhd
Tel : 019-2754924. 

11. Mohd Izzat Zulhusni Adizi Mohd Noor Yaakob
Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd
Tel : 019-289 7624
Pej : 03-2688 0000

12. Mohd Farhan Bin Madzlan
Mantop Travel & Tours Sdn Bhd
Tel : 017-7790700 / 013-7045033

13. Hafiz bin Sobri
Rajawali Bintang Travel Sdn Bhd
Tel : 012-3997115

14.Yusman  Rozali
Al Maziah Mobilty   Travel & Tours Sdn Bhd
Tel : 19-499 2769 /017-4784478

15.  Norsufinas Othman 
Ziarah Sutera Holidays Sdn Bhd
Tel : 012-2080127

Jom Travel Ke Turki Bersama ATN Travel

Penubuhan ATN Travel : 
    
Izham Istar  adalah anak Melayu pertama yang membuka syarikat pelancongan di Turki atas nama ATN Tourism & Travel Corporation ( M ) Sdn Bhd atau ringkasnya ATN Travel. Selepas 20 tahun menetap di Turki dan beberapa negara lain, Izham kembali ke Malaysia membuka ATN Travel dan turut membuka cawangan di Indonesia. 

Menerusi pengalamannya di negara itu, orang Turki adalah bangsa yang tidak berani mencuba dan meneroka tempat baru. Kawasan-kawasan seperti Sanliurfa, Harran, Adana dan Tarsus juga  sering diburuk-burukkan oleh Barat kononnya tempat pengganas kerana ia bersempadan dengan Syria dan Iraq.

"Disebabkan itu juga kawasan-kawasan tersebut tidak terkenal dan 'ditakuti' pelancong. Sebenarnya kawasan itu selamat untuk dilawati bahkan menawarkan keunikan dan keindahan alam semula jadi yang tersendiri," katanya.

Izham yang fasih berbahasa Turki dan Rusia memokuskan perkhidmatan syarikatnya kepada agensi pelancongan lain, korporat, VIP dan stesen TV yang mahu membuat liputan di sana. Pelbagai cabaran dihadapinya termasuklah apabila dunia dilanda pandemik Covic-19 tetapi  ATN Travel terus bertahan.

Jom Travel Ke Turki Bersama ATN Travel

"ATN Travel tidaklah besar tetapi sentiasa konsisten dan terus berada dalam industri. Selama 25 tahun, nama itu tidak pernah bertukar dan kekal saya sebagai pengasasnya. Besar atau kecil syarikat itu bukanlah ukuran kerana apa yang penting ia dapat terus bertahan dan dikenali sehingga hari ini. 

"Apapun krisis dan masalah, saya akan terus menjaga nama syarikat dan mengekalkan konsep perniagaan sedia ada," katanya. 

Memulakan kerjaya dalam bidang pelancongan dan hospitaliti di Turki sehingga membawa kepada penubuhan ATN Travel di sana, saingan utama beliau adalah orang Turki yang terkenal dengan sikap mereka selalu hendak 'menang' dalam persaingan. 

"Keadaan itu menjadikan saya kuat dan tidak gentar dengan cabaran. Ramai kawan di kalangan bangsa Turki juga memudahkan urusan perniagaan saya ke beberapa negara lain di Asia Barat kerana mereka ini bangsa yang suka merantau. Ke mana pun saya pergi, ada kawan yang menunggu dan  membantu," katanya. 

FAM TRIP TO TURKI 2022 
Di anjurkan oleh ATN Travel 
Penulis bersama Puan Nor Akmar Samudin
Gambar di ambil menggunakan Samsung S21 Ultra



P/S: Bestnya oiii.. baca pengalaman mereka jerr rasa macam berada di sana pulak.. 

إرسال تعليق

18تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Wah, sejak tengok drama Turki ni, memng teringin betul nak ke sana. Fefeeling Europe Islamic gitu..

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, paling nak sangat pergi, Istanbul.. jomm kita menabung..

      حذف
  2. Mudah la kan sis bila ada travel agent yg leh dipercayai cam ni

    ردحذف
    الردود
    1. Pergi sana memang kena amik agen laa kan Min, kalau tak blur tak tau nak pi mana jalan...

      حذف
  3. Terus teringat zaman menari2 kan Turkey dulu. Terus rasa nak pegi lagi

    ردحذف
    الردود
    1. Waa ko dah pernah sampai Turki ya Rawlins, seronoknyaaaa

      حذف
  4. Wow!!!!!!!! Menarik dan best! My parents tringin nak travel Turkey. Should share this information with them. Thank you for sharing, Sis Lin.

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa my wishlisttravel gak ni, one day kita boleh pergi sama-sama...

      حذف
  5. Bestnyaaaa.. Ni baru baca pengalaman org dah terasa bestnya. Tak dapat bayangkan kalau dapat pergi dan tengok dengan mata sendiri. Mesti lagi best kan. Hope one day dapat jejak kaki ke Turki 🤗

    ردحذف
    الردود
    1. Kann DB, kalau pergi sendiri macam mana agaknya kann, jomm DB kita plan sesama..

      حذف
  6. Lama nak berimpian nak ke Turkey. Ada jya travel agent dipercayai gini menguatkan lagi semangat saya akan sampai nanti

    ردحذف
    الردود
    1. Guna agen travel mudah kan Nina, so tak payah pening nak buat itternery..

      حذف
  7. Turkey looks like an awesome country to visit! I've always wanted to but due to MCO I've been stick for 2years in Malaysia.

    ردحذف
    الردود
    1. Yup.. now semua orang pergi Turki.. one day i pun nak pergi juga, ikut agen ATN Travel ni..

      حذف
  8. Turki ni antara negeri yg mmg sy aim nak pg..byk tempat menarik yg boleh kita terjah

    ردحذف
  9. Thanks for sharing this, will take note on this. Turkey is one of my travel wishlist.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!