KONON KATANYA NAK DUDUK RUMAH AJER SEMALAM, SEKALI ... | LATELY ni memang Suami agak sibuk dengan urusan kerja luar, maklumlah sekarangkan dah kerja 'freelancer', so mana ada lobang kerja, Suami belasah ajer, janji ada rezekinya. Perginya pagi balik malam, kadang sampai lewat malam baliknya, muka dan badan jangan cakaplah, nampak betul letih kepenatan.
Sabtu lepas pun kerja, tapi balik agak awal sedikit, katanya panas sangat cuaca tak tahan tangkap kepala. Petang Sabtu tu kami ada laa keluar pi Kong Kong Laut sana singgah di rakit Ujang lihat pemancing balik memancing. Keadaan cuaca sekarang angin kuat, so tak ramai turun ke-laut. Hasil pun tak berapa nak ada. Maybe esok Suami turun memancing.
Dan sebab katanya letih, Sabtu malam tu bila Sis tanya, 'Esok kerja ke?', Suami jawab, 'Tak, nak duduk rumah je rehat'.. Ooo okay, kita lihat dan tengokkan hahaha..
Tiba hari Ahad semalam, seperti yang Sis jangkakan, pepagi lagi jam 7am dah suruh Sis bersiap ajak keluar sarapan, tu biasa laa, memang hujung minggu kami keluar sarapan bersama. Then lepas sarapan, kami ke Pasar Kipmart beli lauk basah, perghh orang punyalah ramai, naik ngeri nengok nak masuk dalam, last-last Sis tunggu dalam kereta, Suami yang masuk pasar, fobia Sis..
Lepas ke pasar, dalam hati Sis, mesti lepas ni duduk rumah jer, tak keluar dan Suami akan suruh masak jer makan di rumah. Tapi takpelah, Sis tak kisah pun. Sampai rumah, Sis kerjakan segala lauk-lauk basah tu dan simpan dalam freezer. Geram nengok udang harimau Suami beli, kemain besau, buat sambal tumis sedapnya..
Lepak-lepak sambil nengok Netflix. Then nampak Suami terlelap sekejap. Dalam jam sebelas lebih macamtu, Suami bangun terus kata, 'Jom keluar', aittttt nak kemana pulak.. hahahahaha konon katanya nak duduk rumah ajer semalam, sekali dia pulak yang ajak kita keluar.
Sis ikut jer tanpa banyak tanya, kang banyak tanya, kena bebel pulak hohohoh.. tau-tau lorrr sampai ke Nasi Padang Arnarz Limo R ni haaa.. yang sebelah Bomba Larkin tu.. kesahnya nak makan Nasi Padang ke? Hehehehe.. perut Sis rasa masih kenyang lagi makan Mee Hoon goreng 'bodo' pagi tu, tapi bila nengok lauk-pauk tu, terus 'Nasi separuh ya' hahahaha..
Siap makan, kami pusing-pusing bandar, singgah tengok kedai tu, jenguk kedai ni, sajerr buang masa.. Sis layankan ajer Suami tu, tapi ada ler benda yang di belinya. Sis tumpang sekaki jer, rezeki jangan di tolak.Orang nak belikan, kita amekkk..
Dekat nak petang tu, Suami ajak ke Jusco Permas, katanya nak cari hamper untuk di berikan kepada kawan yang menyambut Raya Cina, so apalagi, sama gak, Sis pun tumpang sekaki gak membeli untuk kawan Sis, Suami bayo hahahaha. Meriah weiiii, geram nengok semua benda warna merah. Macam tersampuk kejap Sis ko kekeke..
Tahun ni tahun Harimau, so memang apa-apa jer barang perayaan, mesti ada harimau. Sis dan Suami sampai beli T-shirt gak, cantikkk design harimau dia, tu yang beli tu hahahaha..
Ingatkan ke dah kenyang ke makan Nasi Padang siang tu, ehhhh rupanya kami berdua sama-sama lapar gak lagi hahahahaha.. so apalagi, makan Shushi King lerr kami. Memang kegemaran Suami tempat makanan Jepun ni, lagi set Bento meal dia, tu jer yang Suami makan.
Sis pun makan set DIY jer, masih rasa kenyang lagi, tapi ada sikit lapar, so makan yang ringan-ringan je laa di Shushi King tu. Banyak meratah jerr. Alhamdulilah kenyang lerr juga. Lepas makan duduk agak lama kat situ, duk borak macam-macam hal dunia hahahaha..
Asar dan Maghrib kami di sana then lepas tu terus gerak keluar dari Jusco dan terus hantar hamper ke rumah kengkawan Suami dan kawan Sis. Alhamdulilah ada juga rezekinya dapat sampaikan semuanya sebagai tanda ingatan kami untuk mereka sempena Tahun Baru Cina ni.
Punya lama Johor ni tak hujan, semalam hujan turun lebatnyaa.. alhamdulilah sejuk malam tidur. Kalau tidak, bukak ekon bukak kipas semua uii.. syukurlah hujan.. so harini? Happy working, esok dah cuti raya cina, yehaaaaa..
P/S: Tengok video puting beliung di Perak tu petang semalam sangat menakutkan, Allahuakbar..
hahaha duduk rumah lah sangat..
ReplyDeleteItu lerrr, sekali keluar, dari ke pagi sampai malam hahahaha
Deleteselamat makan busat hahaha :p
ReplyDeletegong xi gong xi hahaha
Tahun ni makan kecikk jerr Ret, hahahahaha
Delete