LEPAK MAKAN BERSAMA SUNAH SEBELUM DIA BALIK SARAWAK | EH DAH macam majlis perpisahan pulak yaa gayanya hahaha.. alaa kalau Sunah tu tak balik kampung pun, selalu ajer kami lepak makan bersama cuma semalam tu sebab setelah setahun tak berjumpa dengannya, tu yang kami plan berjumpa hehehe..
Mulanya Sunah yang mengajak Sis lepak, katanya sebelum dia nak balik kampung (Sarawak), nak jumpa Sis dan ajak mengopi. Haperrr kopi? Adoii dugaan betullah bila dengar kopi, maklum laaa nak makan nak minum, terbayang muka Doktor Noraizal Sis ko yang minta Sis jaga pemakanan hahahaha..
So dah bagitau Sunah awal-awal, kita makan ringan-ringan dan jangan terlalu kenyang laaa.. boleh ke?..
Awal pagi Sunah dah sampai rumah Sis, memasing memang belum sarapan, so pakat punya pakat, jom la kita ke Richiamo Coffee sarapan pagi dulu. Di Pasir Gudang ni ada dua Richiamo Coffee Cafe dia, satu di Taman Bukit Dahlia, dan satu lagi di Eco Perniagaan Kota Masai, so kami ke Kota Masai, sebab cafe situ agak besar dan cantik hehehehe..
Memang dah agak dah, Sunah mesti teruja dengan cafe di sini hehehehe.. luas mata memandang gitu. So pagi tu kami makan dan minum ringan-ringan aje sekadar mengalas perut sebelum menuruskan check-point seterusnya hahahaha..
Sunah minum Coffee Latte dan Sis apalagi Americano tanpa gula lerr, terkulat-kulat Sis ko nak menenlannya hahahaha.. then makan Chicken Pie dan juga Chicken Puff. Jadilah, pun kenyang oii..
Lepas sarapan tu, kami gerak ke Mid-Valley Sogo. Dah tak tau nak kemana kan, so sajer nak pusing-pusing dan jalan-jalan cari port makan sedap di sana. Tapi apa yang bestnya makan kat sana ek? Hurmmm... sampai sana, Sunah ajak masuk Watson dulu, dia nak beli barang, sekali laaa Sis pun sama gak soping sikit.
Satu kedai ke satu kedai masuk, then sampai hujung Jaya Grocer tu ternampak laa Hazukido ni. Kedai yang menjual pelbagai jenis Croissant yang gebu dan sedap oii.. Hazukido ni di kenali sebagai World Renowned Croissant yang mana resepinya adalah pilihan Master Chef terkini okay.. sebab tu ko dari jauh pun, kemain kuat baunya, mengoda betul.
Sis beli 4 jenis Croissant semalam, tapi yang paling sedap sangat adalah inti perisa durian tu, adoii menyesal beli satu arghhhh... opsss lupa pulak ada penyakit ekkk :p
Dan bila tiba lunch, fikir punya fikir nak makan mana, last-last ke SDS Bakery & Cafe juga akhirnya hahahaha.. apsal ek SDS juga kita nak makan kekekeke... mungkin sebab dah serasi dengan rasa dan menunya pula banyak pilihan, so senang nak makan apa, tak payah fikir lama ..
Sis makan Spageti Cabonara with Salmon Grill, Sunah makan Fish'n'Chip, then kami tambah pulak Soup Healthy katanya hahaha, senang cakap sup sayur, sedap sungguh hirup pepanas.. Okaylah menu Sis tidaklah berapa nak sendat sangat, tapi si Sunah punya, sampai katanya, macam nak pecah perut nak habiskan hahahaha.. last-last tak habis makan... banyak beno portion dia..
Habis makan terus kami balik, sebab nak kejarkan Zuhur di rumah aja. Sunah pun tak lama lepak kat rumah, sebab nak balik awal dan kemas barang-barang dia nak balik kampung. Lama juga tu dia balik, dari harini 6 Jan sampai laaa 16 Jan 2022. So pada mereka yang mencari Sunah di Johor, dia takde yaa, dia ada di Sarawak bersama family tercinta.. dah dua tahun oii tak balikkk tuu..
Apa-apa pun moga selamat pergi dan selamat kembali ya Sunnn.. ko jangan lupa jalan pulang pulakkkk.. takut kang ko rindu aku hahahahaha... kalau ko rindu, ko baca je posting ni ekkk :p ...
P/S: Kalau ada rezeki nanti, nak ikut Sunah balik Sarawak juga.. bestnya laaa balik kampung kan..
Nipu nau2 dah setahun tak jumpa Sunah ya, hahahaha.
ReplyDeleteBetullah, SDS jer yg banyak pilihan, pernah amek F&C macam Sunah, tu, tak habis, tapau, sebab memang terlalu banyak.
Croissant tu memang dapppppp.. croissant kayangan katakan.
Hahahaha ye Kak, dari tahun lepas tak jumpa dia, baru tahun ni jumpa hahahahaha .. Sunah makan sampai sedat tummy.. Rasa macam lupa kejap penyakit bila makan croissant durian tu aaaa
DeleteSinggah rumah SK ada SDS, singgah sini pun ada gak SDS...hehehe....
ReplyDeleteOrang Johor ni memang pilihan dia SDS aje laa.. puashati banyak pilihan dan portuon banyak SA /..
DeleteSelamat pulang ke Sarawak buat Sunah
ReplyDeleteAlhamdulilah, dah selamat sampai Sarawak tu..
Deletehahahahhaha aku datang sini semata2 nak cari entri ni...ko mesti update kat blog punyaaaa khennnn..tersenyum2 membacanya...mekasih sissss menghiburkan hatiku!!
ReplyDeleteHaaa ko datang baca ni mesti ko rindu aku kan Sunn? hehehehe
Delete