MAKAN-MAKAN BERSAMA GENG BAS SEKOLAH DI HOLIDAY INN EXPRESS & SUITES

Sis Lin
4
MAKAN-MAKAN BERSAMA GENG BAS SEKOLAH DI HOLIDAY INN EXPRESS & SUITES | BANYAK betul yaaa kisah tahun baru Sis ko tahun ni hahahaha.. adaa jer citenya kann, okaylah kann, ada gak nampak Sis ko ni keluar berjumpa orang dan happykan diri, dari duduk rumah mereput, stress serabut sengsorang kan.. nanti sendiri yang sakit.. Allah beri peluang untuk 'bahagia', kita isi sepenuhnya.. alhamdulilah..

Sehari sebelum tahun baru 2022, Sis dan Geng Bas Sekolah (GBS) Sis dah plan nak keluar pergi makan-makan. Dan kebetulan Holiday Inn Express & Suites yang baru saja di buka, ada buat pakej buffet Hi-Tea selama dua hari pada 30 Dec & juga pada 31 Dec 2021 dengan hanya RM29.90 sahaja. So apalagi, terus Sis booking untuk 8 orang pada Jumaat 31 Dec 2021. 

Holiday Inn Express & Suites ni sebelum ni di kenali sebagai Swiss Inn Hotel, bangunannya betul sebelah KWSP Johor dan berdepan dengan bangunan JPN Johor. So memang memasing tau laa nak tujunya, dan Sis juga dah pernah masuk ke sini ketika media event Swiss Inn dulu, so takde la kekok masuk sini. 

Makan-Makan Bersama Geng Sekolah Di Holiday Inn Express & Suites

Yang menarik perhatian Sis dan GBS untuk makan di sini adalah menu utama dia tu, Laksa Johor. Sebabnya sebelum-sebelum ni, kalau ada event food review di sini, memang menu Laksa Johor dia menjadi tumpuan, sangat sedap di tekak Sis juga tekak GBS Sis. Sampaikan memasing menunggu staff hotel dia topup nak menanbah hahahaha..

Lain-lain menu tu biasa ajer. Banyak juga pilihan dengan harga yang di bayar, puaslah makan, cuma satu aje masaalahnya, pihak mereka lambat nauu topup makanan, bekas dah kosong pun di biar aje, pulak tu orang boleh tahan full table gak masa tu, kesian juga mana yang datang kemudian. 

Macam kitaorang datang awal, so dapatlah ceduk makanan semua yang masih penuh. Tapi still okay, mereka tetap topup cuma amik masa jerr.. maybe ada 'slot' untuk mereka buat penambahan, kita kena faham yaa, jangan nak melenting. 

Makan-Makan Bersama Geng Sekolah Di Holiday Inn Express & Suites

Haaa tu diaaa penuh semeja, Alhamdulilah, akhirnya dapat berkumpul makan-makan bersama Geng Bas Sekolah Di Holiday Inn Express & Suites ni. Walau masih tak cukup gak corumnya namun mereka yang ada ni memang sentiasa ada hehehehe.. lagi kalau bab makan, semua lajuuu.. 

Tu pun dah agak petang nak balik, sorang lagi GBS kami,Juwita dah on the way nak ke Johor dari KL, tapi tak sempatlah kami nak jumpa dia. Malamnya aje mereka yang free pergi jumpa Juwita. Cuaca hujan pulak tu.. 

Hi-Tea dia ni bermula dari jam 2pm hingga 5pm, so apalagi, duduk berborak laaa kami sampai masa makan habis, ko ngase? Terbahak-bahak gelak macam haperr, nasib tak kena halau. Cawan kopi entah berapa kali tuang air hahaha.. yang penting memasing kenyang...

Makan-Makan Bersama Geng Sekolah Di Holiday Inn Express & Suites

Apa-apa pun bergambar itu kemestian kalau GBS ni hahahaha.. kalau boleh satu hotel tu nak di gambarkannya, selamat mereka parking atas hahahahahahha.. LOL .. 

Tapi okaylah, bergambar tu untuk di buat kenangan, esok-esok bila ada yang telah tiada, gambar beginilah di jadikan tatapan untuk mereka yang merindui... tak salah nak bergambar, janji kita jagalah aurat dan sopan santunnya etika bergambar kan.. 

Persahabatan yang masuk tahun ke 33thun bersama mereka, sangat lama. Mana yang berdua kini dah single, yang single tetap single, memasing dah kenal dah hati budi dan perangai memasing. Mana yang otaknya biol, mereng dan sengget, semua dah faham, yang penting kami semua bukan kaki sentap. Nak sound tu, sound direct je, nasihat dan teguran pun depan-depan jerr.. no cakap belakang. Tu yang menjadikan kami ni 'sekepala'.. 

Thanks korang untuk semuanya ❤
Aku sayang korang ketat-ketat.. 


P/S: Next... nak makan mana ya bawa Geng Bas Sekolah ni... ermmmm...

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. haah, sini terkenal dengan laksa johor dia kan...sedappp

    ردحذف
    الردود
    1. Yerr, sampai dua mangkuk Sis tambah okay, sedap kemainnnn

      حذف
  2. Rindu LJ kat sini. Hari tu free ingatkan nak booking lunch tapi dah full house. Masa lain banyak tak free sekarang.

    ردحذف
    الردود
    1. Masa pergi tu pun penuh, last day masa tu.. dari dulu hingga sekarang, Laksa Johor dia memang terbaikkkk

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!