MAKAN MALAM DI ORIGINAL KAYU NASI KANDAR BERSAMA 'MEREKA'

Sis Lin
4
MAKAN MALAM DI ORIGINAL KAYU NASI KANDAR BERSAMA 'MEREKA' | SIAPAKAH 'mereka' itu? Jeng jeng jeng... siapa lagi kalau bukan Geng KAMIE MsjBox yang Sis kenali bertahun lamanya dan menjadi sahabat baik sehingga kini. Bayangkan dari anak Sis,Kakak darjah 6 lagi kitaorang dah kenal, dan now anak Sis dah umur 28tahun, bapak lamaa kann hahahaha..

Banyak kenangan yang kamie simpan bersama, suka duka semua ada. Ikutkan ada lagi yang masih bersama, cuma ada yang tak dapat join pada haritu, ada hal emergency. So yang sempat Sis jumpa yang ada ni je la. Last mereka datang ke Johor masa anak Sis kahwin tu, tapi ye laa dah majlis kahwin kan, sibuk sangat, tak sempat nak duduk melayan dan berbual, tu yang kebetulan Sis turun Klang ada majlis bertunang anak sedara, Suami ajak berjumpa dengan mereka ni. 

Alhamdulilah, plan punya plan akhirnya bertemu juga KAMIE. 

Makan Malam Di Original Kayu Nasi Kandar Bersama 'Mereka'

Makan Malam Di Original Kayu Nasi Kandar Bersama 'Mereka'

Di sebabkan Sis menginap di Armada Hotel, Petaling Jaya, so kitaorang pakat-pakat jumpa aje la di Original Kayu Nasi Kandar di Damansara ni ha. Kalau dari tempat hotel Sis tu hanya 13km macamtu laa, kalau geng kamie lain agak jauh laa, sebab memasing ada duduk di Sentul dan Setapak hehehe.. 

Nasib juga sampai situ, parking tu ada, walaupun tempatnya memang sesak... orang pertama sampai Shaizhar, dia dah cop meja awal-awal. Orang punyalah ramai juga, full table. Then bila dah duduk menunggu tu, baru perasan, ada tingkat atas rupanya, Suami pun pergilah jenguk ternyata betul, 'line clear' sikit, so kitaorang pindah atas. 

Makan Malam Di Original Kayu Nasi Kandar Bersama 'Mereka'

Makan Malam Di Original Kayu Nasi Kandar Bersama 'Mereka'

Kamie tak makan Nasi Kandar, tapi kamie makan Roti Tisu tu haaa hahahaa.. dek tengok meja tepi kanan kiri order roti tisu tu, terus kamie pun nak mencubanya, sekali sampai memang tinggi macam Menara KL hahahaha.. perghhh kat Johor pun takde tinggi gini yaaa.. ke ada ek?..

Tapi ada jugalah kamie makan menu lain, cuma tak makan Nasi Kandar jerr hehehehe.. Sis pun hanya makan Ayam Tandori ajer, Suami makan Sup Kambing, lain-lain mereka makan Maggi Goreng dan Mee Goreng Mamak ajer.. alaa santai-santai ajerr.. kalau dan berbual, bukan lapar sangat pun.. kann.. janji dapat duduk berborak pun dah seronok sangat.. 

Makan Malam Di Original Kayu Nasi Kandar Bersama 'Mereka'

Bila duduk berbual kan, nampak sangat memasing dah ber-'usia', memang takde topik lain nak di bualkan, semua cite ubat, cite penyakit memasing, cite cucu, cite anak-anak.. takde dah nak cite dan tanya hal orang ke atau hal memasing itu ini, memang nampak ketara sangat peredaran umur kamie hahahaha.. 

Bagi korang yang mengenali mereka ini, atau ada yang kenal lagi mereka, yaaa mereka ni semua (kecuali Laki aku) semua adalah blogger. Yang baju merah belakang nuuu Junaidi, tu founder kepada kotak chat blog MsjBox dulu. Kak Siti Delima (kanan sekali) tu siap pakai baju Tshirt MsjBox, rare betul, tu laa baju Tshirt MsjBox kamie dulu. Sis punya entah mana simpan. 

Now mereka semua dah tak menulis, kecuali Retna dan Karni (isteri Junaidi, depan sebelah Retna) tu haa. Bila tanya kenapa tak menulis blog lagi, jawaban ringkas mereka 'Malas' kakakakakakah.. 

Apa-apa pun, hingga sekarang kami tetap bersama. Walau jarang bertemu dan chat-chat dalam group wahtsapp, tapi kami tetap bersatu.. buat Sodep (tak dapat datang), moga cepat sihat ya Sodep. Juga Diella (tak dapat datang), moga sihat selalu. 


P/S: Rindu nak camping dengan Geng KAMIE ni, jom korang💃

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Hahaha sila pilih date cpt hahah :p

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahah Laki aku yang over ko, sibuk duk tanya jerr hahahaha

      حذف
  2. Kalau gi glamping pun best jugak, yg penting malam2 takyah risau nak cari toilet :P

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, boleh plan .. cari date weii jangan date bertindih kang..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!