OLE-OLE JERUK PAK ALI

Sis Lin
11
OLE-OLE JERUK PAK ALI | SEBENARNYA tengah no idea nak buat apa, bukan nak update apa, sebab hujung minggu gini anak kerja, Suami pun kerja, so tinggal sengsorang ni, buntu pulak kepala nak buat apa. Jujurnya dah banyak kali Sis cakap, Sis paling tak suka kalau rasa sepi dan sengsorang gini. Kalau boleh nak keluar jerr merayap memana, tapi mood nak bersiap takde.

Makanya duduk ajer laa dendiam, bukak tv dan bukak radio, biorlah agak bising tapi takde sunyi sepi. Kalau cuti sekolah, bolehlah juga suruh adik-adik dan anak sedara datang, ni harini (Johor) dah start bersekolah, so memasing memang sibuk laa.. 

Bila dah seorang apalagi, korek laa memana jajan-jajan dan apa benda yang boleh di makan. Bukak peti aias ternampak ole-ole Jeruk Pak Ali ni dari sahabat juga jiran Sis,Nas. Baru-baru ni dia balik dari Kedah, dia hantar satu bag ole-ole, dan antara paling Sis suka tu laaa dia, jeruk Pak Ali.

Ole-Ole Jeruk Pak Ali

Kalau sekali makan, memang susah nak stop oii.. selagi tak habis, masam pun tak, manis pun tak, so masam-masam manis ajer buahnya. Tapi jeruk Pak Ali ni memang orang suka laa beli, buahnya fresh dan sedap. 

Bukan kata jeruk ajer, macam-macam juga Nas bagi, alhamdulilah. 

Ikutkan tak payah nak ke Penang ke Kedah ke atau merentas negeri, kalau di Johor ni agak nak makan, pi jer Bandar Baru Uda (BBU) tu haa, situ ada satu kedai memang khas jual pelbagai Jeruk Pak Ali. Dululah yang setahu Sis, jangan sekarang dah takde pulak hehehehe.. 

Apa-apa pun terima kasih sahabatku,Nas, moga dimurahkan rezeki ko selalu. Memang kemana-mana tak pernah lupa aku kan.. 'Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi, kita merasa'... begitulah... 


P/S: Harini hari TIDURday hahahaha.. puas rasa membuta.. 

Post a Comment

11Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Sedapnya. Fav jugak ni. Boleh hadap sorang je heheh. Tapi Cici suka mangga dengan betik je. Yang lain tinggalkan orang lain makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah Sis, kalau nampak memang licin sekali hadap..

      Delete
  2. Jeruk Pak Ali ni memang ada di mana saja sekarang, dah hilang keekslusifannya. (Betul ke ayat tu, hahaha). Tapi kalau penggemarnya, beruntung, tak payah susah2 cari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat, kat Johor pun dah boleh beli hehehehe..

      Delete
  3. Selalu ada stok sebab boleh beli online aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa Wak pun suka yaa makan jeruk, jarang orang lelaki suka jeruk..

      Delete
  4. uish lama rasa tak pekena jeruk ni. Kecur pulak air liur baca memalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. silalah beli, kat Uda ada kedainya Jeruk Pak Ali ni..

      Delete
  5. favourite ni. nasib baik ada cawangan kat muo ni.hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!