PERBANYAKKAN BERSELAWAT DI HARI JUMAAT | HARINI merupakan hari Jumaat pertama dalam tahun 2022 kan? Dah 7 hari kita memasuki tahun baru, so macam mana korang? Ada perubahan pada diri atau masih kekal sama yang lama?. Takpelah, ada atau tidak, masih terlalu awal untuk kita kejar sampai ke hujung tahun kan, panjang lagi perjalanannya.
Kadang-kadang tu macam tak percaya pulak dah tahun baru, bagi Sis tahun baru pun sama macam tahun-tahun sudah, cuma angka pada tahunnya aje yang berbeza. Umur ajer makin meningkat, penyakit bertambah dan kehidupan pun masih sama juga seperti biasa. Apalagi yang nak? Syukur seadaanya ajelah.
Dan harini pun Sis takde apa-apa plan, cuma nanti petang aje Sis ada event food review di Renaissance promo CNY, tapi siang hari ni, stay je laa kat rumah, memang dah dua hari ni stay di rumah ajer. Takde mood nak keluar pulak. Sesambil tu kemaskan bilik anak bujang tu haa yang sibuk nauu ekkk 'kerja' sampai tak nyempat kemas bilik, ermmmm..
Sebagai peringatan bersama, di hari Jumaat ni, marilah kita perbanyakkan berselawat ke atas junjungan Nabi kita Nabi Muhammad saw. Dan kita perbanyakkanlah berdoa dan minta perlindungan dan rahmat kepada dari Allah di dunia dan akhirat.
Jumaat dikatakan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu ;
- Allah ciptakan Adam ,
- Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
- Allah mematikan Nabi Adam,
- Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
- Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut. (Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud:
“Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Hari ini juga, adalah hari ucapan selawat kita kepada Junjungan Nabi SAW akan dipersembahkan terus kepada baginda, sebagaimana dinyatakan dalam banyak hadits, antaranya yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda:
"Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat, kerana selawat umatku dibentangkan / dipersembahkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang banyak berselawat ke atasku, jadilah mereka orang yang paling hampir kedudukannya denganku."
Sesungguhnya, kita merupakan insan yang cukup bertuah dan beruntung kerana menjadi umat kepada nabi serta rasul terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW. Banyak keistimewaan yang dikurniakan kepada umat baginda berbanding umat-umat zaman nabi sebelumnya.
Selawat itu sebagai puji-pujian kepada Nabi Muhammad SAW yang dizahirkan bagi menunjukkan manifestasi kecintaan kita terhadap baginda. Sememangnya wajar untuk kita berbuat demikian kerana dilahirkan sebagai umatnya.
Selawat Umum Ringkas :
اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØَÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØَÙ…َّدٍ
Rumi: Allahumma salli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali sayyidina muhammad
Maksudnya: Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad
Kelebihan Berselawat
Terdapat banyak kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, Antaranya adalah:
- Memperoleh syafaat dan perlindungan serta pembelaan dari Nabi SAW di akhirat
- Mendapat keampunan dosa dari Allah SWT
- Mendapat pahala
- Jiwa menjadi tenang
- Mendapat rahmat dari Allah SWT
- Memudahkan jalan untuk memasuki syurga
Jom kita sama-sama perbanyakkan berselawat di hari Jumaat yang barakoh ini..
P/S: Tiberr nak pergi event dan dan kata takde baju, hahahahahahah... aje nak kena ekkkkk..
Jom kita selawat. Tanda cinta kepada Baginda Nabi Muhammad saw.
ReplyDeleteYaa PC, bukan kata Jumaat aja kan selawat, hari-hari pun kita amalkan..
Delete