RAIKAN 'MAKAN BESAR' TAHUN BARU CINA DI PULAI SPRINGS RESORT

Sis Lin
24
RAIKAN 'MAKAN BESAR' TAHUN BARU CINA DI PULAI SPRINGS RESORT | DALAM beberapa hari aje lagi kaum Cina akan menyambut tahun baru cina kan. Kalau ke sana ke sini, semua tempat dah rancak mempromosikan pakej jualan dan makanan sempena tahun baru cina. Lagu raya cina pun dah berkumandang dah, meriah gilerr suasana tiap kalau nak raya cina ni kan?. 

Dan seperti biasa, adat 'makan besar' untuk kaum cina sempena tahun baru cina, wajib di adakan sehari sebelum dan hari-hari berikutnya selagi dalam perayaan tahun baru cina. Bagi family Sis yang ada darah keturunan cina, kalau dulu, adat 'makan besar' ni kitaorang rajin buat steamboat dan masak-masak menu berlauk jer, tapi bagi mereka yang sibuk dan takde masa nak memasak, korang boleh raikan makan besar tahun baru cina di Pulai Springs Resort. 

Raikan 'Makan Besar' Tahun Baru Cina Di Pulai Springs Resort

Raikan 'Makan Besar' Tahun Baru Cina Di Pulai Springs Resort

Haaa tu dia, bukti kami dah datang makan dan mencubanya hahahaha.. eh eh ada Cik Lily Putih yaaa.. Yaa Sis dah berapa kali juga datang ke Qing Palace Chinese Restaurant di Pulai Springs Resort ni. Bukan sahaja untuk menikmati makanan sempena raya cina, tapi juga datang mencuba promo Eat All You Can mereka juga, memang masakan mereka superb sedap. 

Dan untuk tahun ini, sekali lagi Qing Palace Chinese Restaurant ini turut mengadakan promo 'Chinese New Year Eve Reunion Set Menu' mereka dengan hidangan-hidangan yang di sediakan oleh Chef Lim Ming Chong ,di mana kesemuanya adalah sesuai dinikmati oleh pelbagai kaum termasuk kaum Muslim. 

Tahun ni, Masterchef  Lim Ming Chong dan pasukannya akan menyajikan set hidangan istimewa sehari sebelum Tahun Baru Cina, dan hari pertama sambutan Tahun Baru Cina sehingga 15 Februari 2022. Jom kita lihat menu yang di sediakan yang sudah pun Sis mencubanya. 

Raikan 'Makan Besar' Tahun Baru Cina Di Pulai Springs Resort

Restoran Cina Qing Palace turut menawarkan 3 jenis Yee Sang iaitu Yee Sang Salmon, Yee Sang Royal Abalone Slice dan juga Yee Sang Itik Panggang bermula 1 Januari hingga 15 Januari 2022. 

Yee Sang Salmon - RM68+ (S) @ RM128+ (L)
Yee Sang Royal Abalone Slices - RM68+ (S) @ RM128+ (L)
Yee Sang Itik Panggang - RM78+ (S) @ RM138+ (L)

So far sepanjang makan Yee Sang di sini, Yee Sang mereka memang menepati tekak Sis. Bagi mereka yang baru nak belajar makan Yee Sang, boleh try makan di sini, sedap sesuai dengan tekak melayu. 

Selain Yee Sang, ada set menu isti,ewa yang mereka sajikan, korang boleh nengok gambar di bawah ni yaaa.. kecur pulak air liur i hahahaha.. 

Raikan 'Makan Besar' Tahun Baru Cina Di Pulai Springs Resort

Pen Chai atau Poon Chai 

Raikan 'Makan Besar' Tahun Baru Cina Di Pulai Springs Resort

Ikan Kerapu Stim gaya Hong Kong

Raikan 'Makan Besar' Tahun Baru Cina Di Pulai Springs Resort

Pulut Nasi Daun Teratai

Raikan 'Makan Besar' Tahun Baru Cina Di Pulai Springs Resort

Deep Fried Nian Gao

Raikan 'Makan Besar' Tahun Baru Cina Di Pulai Springs Resort

Tembikai Susu Bersama Sagu dan Aiskrim

Menu-menu di atas memang di katakan menu hot yang mesti korang cuba di sini. Dan menu tu juga adalah menu dalam set tahun baru cina tahun ini. 

Restoran Qing Palace menawarkan 3 jenis set menu 8 hidangan (8 course menu) bermula hari pertama Tahun Baru Cina. So hari pertama raya tu kalau agak tak tau nak makan mana bersama family, bolehlah ke sini ya. 

Chinese New Year Eve Reunion Set Menu
Set Menu A : RM790+ semeja (10 orang)
Set Menu B : RM910+ semeja (10 orang)
Set Menu C : RM1380+ semeja (10 orang)

Selain dari Restoran Cina, Restoran Cinta Terrace mereka juga turut menyajikan bufet makan malam Chinese New Year Eve BBQ Nite Buffet pada  31 Januari 2022. Makan malam ini korang boleh nikmati bermula dari jam 6.30pm hingga 9.30pm dengan harga RM75+ seorang dewasa dan RM37.50+ untuk kanak-kanak. 

Juga Restoran Cinta Terrace menawarkan Chinese New Year Day Buffet Lunch pada 1 Februari 2022 dengan harga RM55_ seorang dewasa, juga RM7.50+ untuk kanak-kanak. BBQ Dinner pula di tawarkan pada 1 Februari 2022 bermula jam 6pm hingga 9.30pm berharga RM69.90+ seorang dewasa dan RM34.50+ untuk kanak-kanak. 

Semua harga tertakluk kepada SST .. 

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, korang boleh hubungi : 

Qing Palace: 017-733 8724 / 016-733 2919
Cinta Terrace Restaurant: 016-733 2918

Pulai Springs Resort. 20km, Jalan Pontian Lama


P/S: Rindu betul nak makan pecking duck dia, sedap gilerrr... 

Post a Comment

24Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. teringat zaman tengah struggle mencari kerja, sampai ke sini merayap cari kerja... panggil interview puntidak..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uii iyerr ker.. maybe agaknya sudah terisi kekosongan tu kan..

      Delete
  2. mata saya lebih tertarik pada boot sis lin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha apalagi Mar, belilah sepasang heheheh.. tu kasut 'kerja' kekekeke

      Delete
  3. Teringin bebeno ler merasa abalone tu. Sedap ke idak? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, memang sekali cuba mesti nak lagi, try laa beli yang tin tu..

      Delete
  4. Sis suka juga makanan cina ni. Ikan kerapu stim tu mesti sedap. Pulai Spring ni antara dalam list masa nak menginap berdekatan dengan JPO masa turun Johor tahun lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Ezna, kalau masakan stim chinese, memang terbaekk.. next time datang Jb boleh cuba okay..

      Delete
  5. Wow... what an awesome-licious CNY buffet. The food looks sooooooo tasty. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You can come and try it Fadima., all food is sedap..

      Delete
  6. wa.. menu dia nampak sedappp.. klu dekat boleh juga ajak family pergi.. hahahaha.. anyway benda paling cik en suka klu dekat2 raya cina ini sememangnya sale dan makanan mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kot mana tawu terdatang Jb, boleh singgah sini mencubanya Ein..

      Delete
  7. wah wah.. awalnya dia raya hahhahaha.. btw makanan kat sini semuanya nampak sedapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sekali raya, pakej angpow sekali yaaa Ayu hahahaha

      Delete
  8. Wahhh syok juga dpt join masakan chinese ni... Kita teringin nk try yee sang tu... Seronok tgk cara makan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Sang kalau pestime makan, boleh cuba sini Wawa, sedap rasa dia..

      Delete
  9. wah best yer makan chinese food kat sini. CNY dah mula terasa ni sana sini promo CNY . terkejut tengok beso mulut ikan tu ternganga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, sana sini dah rancak dah Huda.. meriah kalau tiba CNY ni..

      Delete
  10. Oh mai, the Poon Choy looks so good bah! Selalunya Nell akan masak ni, last year jer takde peluang since takde celebration langsung even with my family kat KL... hopefully boleh enjoy this kat kampung tahun ni.. good one ya, teringin nak dine kat sini juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. This year bolehlah pergi makan dengan family Nel selagi masih ada peluang ni, memang makan ramai-ramai yang best tu...

      Delete
  11. Allahu !! Waktu2 mcm nie bole pulak baca entri2 makanan. Sedapnya menu CNY dekat sini. Rasa mcm nak cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. lenkali datang time kenyang ek hahahaha.. jom laa Johor, kita makan Yee Sang...

      Delete
  12. Seronoknya makan chinese food. Fav airah memang chinese food. Cny ni memang banyak buffet bestttt arghh terliur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, biasa hidang jerr menu CNY ni, jarang ada buffet..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!