SELAMAT TAHUN BARU 2022 | HARI INI bermulalah 1 Januari 2022 bagi tahun baru 2022. Ya Allah, macam tak percaya dalam keadaan kita bergelut dengan bermacam ujian dan dugaan pada tahun lepas, kini masuk tahun baru, keadaannya tetap sama juga seperti tahun sudah, hurmmm.. *korang faham-faham sudahlah..
Tapi walaubagaimanapun, kita kena terima juga perjalanan baru yang baru bermula ini dengan penuh terbuka. Ye laa nak katup balik dah tak boleh, dah masuk hari baru dah.. no u-turn dah oii.. Nak taknak walau kata belum bersedia, kita kena terima juga. Life must goes on, gituhhhh...
Jom niat untuk Istiqomah Azam Baru. Ucapkan selamat tinggal pada 2021 dan selamat datang 2022. Semoga tahun ini jauh lebih baik dari tahun lalu. Harapan tahun baru ini kita akan memiliki visi baru, misi baru, hidup baru, hari baru yang akan Lebih baik dari hari semalam.
Bak kata orang, Masa lalu adalah kenangan. Hari ini adalah kenyataan. Esok hari adalah harapan. Selamat tinggal kenangan dan selamat datang harapan. Biarkan yang lalu menjadi kenangan dan pengalaman. Kerana masa depan masih menanti perjuangan dan kemantapan diri kita.
SELAMAT TAHUN BARU. Semoga ....
Januari akan menjadi kisah ceriamu.
Februari akan menjadi cerita romantis.
Mac akan menjadi perjalanan damai
April akan menjadi masa senda tawa
Mei akan menjadi catatan kejayaan
Jun hingga November akan menjadi cerita kebahagiaanmu.
Dan Disember akan menjadi kenangan manis yang terindah buatmu.
Tinggalkan semua kesedihan yang pernah kamu alami. Biarkan ia berlalu. Mari mulai lembaran baru dengan penuh semangat dan optimis demi masa depan yang penuh harapan.
Dengan setiap datangnya tahun yang baru, cabaran dan dugaan dalam hidup kita akan jauh lebih besar. Semoga tahun ini kita semua akan menjadi insan yang lebih berjaya dan bahagia. Jom kita ingat semua kenangan indah yang telah kita lalui. Hidup kita pasti akan penuh dengan keajaiban di hari mendatang.Insyaallah…
Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca blog akusislin, dan terima kasih sentiasa sudi datang singgah sini membaca.. LoVe YoU ❤
P/S: Jom mulakan perjalanan baru.. bismillah ....
Selamat Tahun Baru Sis Lin..
ردحذفSelamat tahun baru juga buat OM ...
حذفhappy new year sis :)
ردحذفHappy new year buat Atie juga ...
حذف