SUP EKOR SEDAP, AIR TANGAN AKU | SIAPA lagi nak puji sedap, kalau tak diri sendiri, kalau dah sendiri yang masak kan? Tapi ini kali, bukan Sis aje kata sedap, tapi Suami makan pun dia puji sedap hehehe, alhamdulilah. Rasanya ini dah kali ke berapa kut masak Sup Ekor, cuma ini kali baru nak up dalam blog.
Kalau dulu, time Suami beli ajer ekor ke tulang ke memang 'buat muka' sikit Sis ni, sebabnya malasnya nak mereneh rebus lama tunggu empuk, tapi sejak dah pakai Noxxa, kemain laaa berlagak, bawa laa segala tuk nenek tulang apa, Sis boleh masak punya hahahaha..
Then bila Noxxa Sis jatuh pecah, ermmm mood tu agak merundum, walau Noxxa tu boleh pakai lagi, cuma nak kena pandai adjust. Lepas tu alhamdulilah rezeki, Suami gantikan Noxxa tu dengan periuk pressure cooker Tefal terbaru, hahahaha terus naik balik semangat nak masak segala tulang dan daging hehehehe.. and now Noxxa dah simpan dalam stor, Sis guna pressure cooker Tefal Sis.
Haaa tu dia, rupe sebelum dan selepas di masak Sup Ekor tu. Dalam rumah ni yang makan ekor ni hanya Sis dan Suami ajer, anak-anak dah berapa kali masak pun, sorang pun taknak.. lagi dia membayangkan ekor lembu tu ada lerr hahahaha..
Suami beli ekor ni jenis dah siap pack, bukan timbang. 3 pack Suami bawa balik, Sis nampak harganya RM38 hengget macamtu. Dapatlah semangkuk tu haa, Sis masak semua, malas nak meyimpan. Cuci dulu ekor tu dengan perahan air limau, then biarkan sekejap baru korang high pressure 30minit. Entah automatik tekan HP dia terus 30minit.
Tapi okay, lembut gilerr dagingnya..
Bahan-bahan untuk supnya macam dalam gambar tu haa. Sis guna sup bunjut tulang, senang dalam tu dah ada siap semuanya. Lain-lain macam biasa la, ada bawang besar, bawang putih, halia, cili api (kalau suka), kiub pati lembu, daun sup dan juga rempah sup (kalau suka) untuk pekatkan sikit kuahnya.
Rempah sup tu Sis guna jika perlu aja, untuk Sup Ekor ni Sis guna 3 sudu besar ajer, masuk time dia mendidih. Sis pulak dari mula guna Noxxa dulu, memang tak reti tumis dan masak terus dalam periuk tekanan tu, Sis hanya high pressure je, bila siap, Sis tetap akan tumis di periuk dan kemudian masukkan daging/ekor ke dalam periuk. Memang akan masak dalam periuk juga hahaha..
Entahlah memang tak reti lerr.. ikutkan paling senang dan mudah kan trus masak jer dalam periuk tekanan tu, tapi seketul Sis Lin tak reti dan tak pandai hahaha.. dah terbiasa masak guna periuk atau kuali.. kalau tak, buat apo aku beli periuk dan kuali memahal oii hahahaha..
Ikutlah memasingkan.. tapi periuk tekanan memang kena ada, mudah kerja surirumah weiiii.. Tak mampu beli Noxxa, beli je laa brand biasa, harga mampu beli.. janji ado.. dari nak merebus lama atas dapur tu, naik fed-up oii tunggu hahahaha..
Okaylah balik cite Sup Ekor tu, bila dah mendidih, haaa masuk daun bawang dan tabur bawang goreng, masuk serbuk perasa semua, then didih kejap lagi, terus tutup api, siap.. biasa beli jer kan makan kedai TomYum, ini kali Sup Ekor sedap air tangan aku Suami puji terus kembang pipi hahahahaa..
P/S: Mood holiday is turn ON ❤
Semalam nampak ekor lembu kat NuSentral, rasa nak amik..satu pek tu RM38...nanti nak beli jugak la...sedap nampaknya tu ha buat sup ekor...
ReplyDeleteLebih kurang laa tu harganya SA, trylah masak sendiri sedap, puashati..
DeleteSedapnya sup ekor... saya dgn Jun pun pantang nmpk ekor lembu kat supermarket mesti sambar jugak buat sup ekor. Senang kan ada pressure cooker ni. Kat Bintulu pakai pressure cooker atas api tu tapi bila pindah KL Jun belikan Philips multi-cooker yg ada function pressure cooker jugak. Cepat je masak2 kat dapur tu hehe
ReplyDeleteHehehe ko sama dengan Abang Sabar laa.. nampak mesti beli, nasib baik ada pressure cooker, kalau tak mau rebus lama jerr kan, silap-silap liat hahahaha..
DeleteSedap tu sup makan panas2..tapi kita tak minat sangat ekor..haha..
ReplyDeleteCubalah try masak, mesti sedap nanti makan.. sekali makan nak lagi..
DeleteKita tak pernah lagi masak sendiri sup ekor. Untunglah mak pak kalau anak2 tak pandai makan, haha.
ReplyDeleteYer Kak, Suami kita rajin beli, tu yang kenalah belajo masaknya.. makan berdua, tak payah nak rebut hahaha
Deletesaya tak pasti pernah makan sup ekor ke tak. kalau tak tahu makan je kot.
ReplyDeleteHahahaha...try lah Mar beli dan masak sendiri, sedap...
Delete