TIPS PENJAGAAN KULIT JIKA KORANG ADA DIABETES! | DIABETES atau ayat senang orang nak sebut 'Kencing Manis' ni memang mengerikan, lagi-lagi kalau kita memang sedia maklum yang kita ada diabetes ni, aduii tidur malam tak lena oii.. Sis bukan pesakit diabetes tapi masa Sis buat medical full check-up baru ni, bacaan HbA1C Sis sudah pada bacaan border, so kena amik langkah berjaga-jaga.
Bacaan border pun, dah jadi kerisauan oii buat Sis, sampaikan nak makan itu ini pun terjegil-jegil biji mata nengok makanan tu, tapi sebab Sis minta Doktor beri ubat dos paling rendah untuk mengawal, so ada jugalah kawalan disitu, takde laa makan je semua sedap-sedap, tapi takde makan ubat kan, but still takut weii..
Tapi apa kaitan di antara diabetes dengan kulit?
Mereka yang menghidap penyakit kencing manis cenderung mempunyai kulit yang kering serta gatal dan ini akan jadi punca ia mudah mengalami komplikasi berbahaya. Sebagai contoh, ia mungkin boleh menyebabkan kulit korang lebih mudah untuk terhiris, terluka serta berdarah dan lebih teruk lagi, mengakibatkan infeksi yang serius.
Korang juga mungkin perasan bahawa kulit akan lebih mudah untuk merengsa, meradang dan pulih dengan lambat lantas membuat anda perlu bertindak lebih cepat. Dalam erti kata lebih mudah, diabetes adalah antara punca keadaan kesihatan kulit korang terganggu dan terjejas. Disebabkan itu, jangan ambil mudah tentang hal ini.
Tapi so far Sis belum lagi laa ada semua gejala kulit macamtu, alhamdulilah.. lagipun tahap diabetes Sis masih under kontrol dan kena kontrol, tu kata Doktor laa hahahaha.. kalau taknak memjadi pesakit dia, haaa Doktor dah pesan, sila jaga pemakanan ya.. hohohohoho..
Meh kita semak Tips penjagaan kulit jika korang ada diabetes!
Semua pakar dermatologi menyatakan bahawa tip penjagaan kulit memainkan peranan yang penting dalam usaha korang untuk mengawal dan merawat diabetes. Semua tip, cara dan petua yang betul mampu untuk mengelakkan komplikasi kulit berbahaya seperti infeksi, luka lambat sembuh atau amputasi anggota badan.
#1. Melembapkan kulit dengan kerap
Memastikan kulit korang selalu lembap dan tidak kering mampu membuat ia lebih fleksibel selain mengelak rekahan kulit yang biasanya akan jadi punca infeksi.
Untuk hasil yang bagus, pakar dermatologi menyarankan anda melakukan tip-tip di bawah ini:
- Guna krim atau minyak berbanding losen
- Pilih pelembap kulit yang tidak ada bahan pewangi
- Sapu pelembap kulit lepas mandi atau apabila ia rasa kering dan gatal
- Bawa pelembap kulit ke mana-mana dan bila-bila masa sahaja
#2. Mandi dengan suhu air yang betul
Suhu yang paling disarankan adalah suam di mana ia tidak terlalu sejuk atau tidak terlalu panas untuk memastikan tiada komplikasi pada kulit korang kelak. Ini kerana air mandian yang terlalu sejuk atau panas boleh jadi punca kulit menjadi kering, gatal, tidak selesa lantas berisiko meningkatkan komplikasi.
#3. Guna sabun yang sesuai untuk kulit
Jika ada diabetes, kulit korang cenderung untuk sensitif. Segala sabun mandian atau cucian yang tidak sesuai pula sudah tentu akan memberi kesan pada kulit. Disebabkan itu, sila guna sabun yang sesuai yakni diformulasikan khas buat pesakit kencing manis untuk bantu kulit korang menjadi lebih lembap dan lembut.
#4. Mengeringkan kulit dengan baik
Selepas mandi pula, korang perlu untuk mengeringkan kawasan kulit yang terlindung seperti celah jari, alat sulit, ketiak dan lain-lain bahagian yang tersembunyi. Ini kerana air masih boleh terperangkap di kawasan tersebut lantas meningkatkan risiko infeksi pada kulit. Jadi, sila lebih peka ketika keringkan tubuh badan.
#5. Rawat luka pada kulit dengan segera
Sangat penting bagi mereka yang ada diabetes untuk rawat luka pada kulit dengan segera kerana kes amputasi biasanya bermula dengan luka yang kecil. Caranya, sila cuci kawasan luka dengan air dan sabun serta antibiotik hanya apabila doktor menyarankan korang menggunakan ia dan balut luka dengan pembalut.
#6. Potong kuku agar ia kekal pendek
Kuku pada jari tangan dan kaki yang panjang boleh merengsa dan meradang pada bahagian di antara kuku dan kulit. Ia juga berisiko untuk membengkok ke atas. Kesannya, kawasan di antara kuku dan kulit ini lebih berisiko mengalami infeksi. Disebabkan itu, sila potong kuku korang dengan kerap agar ia kekal pendek.
#7. Segera jumpa doktor jika ada infeksi
Mereka yang ada diabetes berisiko mengalami infeksi lebih cepat dan mudah berbanding mereka yang sihat dan mempunyai sistem endokrin stabil.
Sekiranya korang perasan sebarang tanda infeksi pada kulit seperti berikut, segera jumpa doktor:
- Kulit membengkak dan berubah warna
- Luka pada kulit keluar nanah atau cecair
- Rasa sakit atau pedih pada kulit
- Kerak kulit yang berwarna seakan madu
- Ketidaknormalan pada kuku jari
Dan banyak lagi laa tips penjagaan kulit yang boleh korang follow, tu sebahagian sahaja. Jangan malas nak membaca dan research mengenai diabetes, mencegah lebih baik dari menjadi parah..
Sajerr nak tunjuk 'kemanisan'.
Kemain sedap nampak air kopi dan Cheesetart di Orked Coffee tu ekk hahahahaha..
Sis sendiri pun dah ada alat Glucometer sesiap, mudah nak check ajer sendiri di rumah. Agak makan terlebih, bolehlah check, kasi sedar diri sikit hahahaha..
Kesimpulannya, jangan ambil mudah tips penjagaan kulit jika korang ada diabetes. Ini kerana ia adalah kunci untuk memastikan tiada komplikasi berlaku pada hari kelak. Jangan dah terhantuk baru nak mengelabah ya..
Jaga diri korang.. duit banyak pun tak guna kalau dah sakit...tapi kena ada duit untuk biayai rawatan dan beli ubatan.. so renung-renungkan ..
P/S: Orang dapat sakit, ko jangan gelakkan dan 'padan muka' kan, takut nanti Allah balikkan pada ko.. meh laa aku aamiinn kann..
kemain kemanisan ditunjukkan ye sis...haippp
ReplyDeleteHahahaha.. lepas gian, sian kat ko tengah berpantang hahaha
Deleteooo... patutla kulit jari kaki saya asyik merengsa aje. sentiasa kena sapu krim. tq tipsnya Sis
ReplyDeleteOoo Yan pun ada diabetes ke?.. sapu krim ya Yan..
DeleteTk kongsi ilmu
ReplyDeleteSama-sama Wak, moga bermanfaat..
Deleteghisauuu...
ReplyDeleteTerima kasih sis lin share infonya.
Kena kurangkan bermanis manisan gini.
Kann sangat ghisauuu.. cegah sebelum parah gituuu...
Deleteterima kasih sis lin untuk perkongsian..
ReplyDeleteSama-sama OM< moga bermanfaat yaa...
Delete