7 CONTOH RESEPI DIET EAT CLEAN BAJET | KALAU sebut diet eat clean ni, hurmm Sis orangnya bukan jenis yang 'istiqomah' dalam mengawal pemakanan hahahaha.. ye laa bior ler cakap jujurkan, buat apa nak tunjuk beno ko tu bangga eat clean, padahal di belakang melantak macam haperr kekekeke..
Cumanya, kita kontrol laa, walau tak eat clean, tapi kita bagi seimbang, janji kena sedar diri kalau dah ada penyakit tu, jangan duk main belasah je makan semua, sampai tak ingat kau tu ada penyakit. Nanti kalau dah sampai tahap tak boleh nak kontrol, salahkan pulak food review semua, salahkan geng makan ko yang asyik ajak makan, haaa gitu laa kan hahahaha..
Tapi nak diet eat clean pun kena ada 'modal' gak, bukan main makan jerr tau.. iyerr walau nampak macam murah, ye laa sayur jer, tapi sayur bukan sayur seikat dua hengget yaaa, dia jenis salad segar, boleh tahan mahal gak harga, then telur, sedia maklum telur pun mahal oii, ayam pun naik harga, Salmon? Lagi mahal hahahaha.. so tepuk dada tengok poket memasing laa yerr..
So kita cuba aje la diet eat clean bajet..
Persoalannya, apa contoh menu diet resepi eat clean bajet yang korang boleh cuba?
Khas buat korang yang sedang amalkan diet sihat ini, sudah pasti korang pernah terfikir atau tertanya jika ada atau tidak resepi eat clean bajet? Ini boleh bantu perut serta poket korang. Dalam pada itu, jenis diet yang satu ini juga adalah salah satu daripada cara makan yang paling sihat serta tidak akan mendatangkan sebarang kesan sampingan seperti diet lain.
Apa itu diet eat clean dan manfaatnya?
Untuk pengetahuan korang semua, diet ini sudah lama dicipta dan diamalkan sejak tahun 1960 lagi. Ia adalah idea ciptaan Tosca Reno dalam tulisan buku ‘Eat Clean Diet‘. Diet clean eating adalah pola makan yang bertujuan bukan hanya untuk bantu menurunkan berat badan malah mengatur gaya hidup agar tubuh badan individu dapat jadi lebih sihat.
Prinsip dasar pola makan ini adalah hanya mengambil hidangan dari bahan segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, bijirin, bijian serta sumber daging haiwan.
Apa yang paling penting adalah pengamal diet ini tidak akan makan hidangan yang telah melalui proses penyediaan atau perkilangan seperti snek, makanan diproses, diawet, ditin, disejuk beku dan sebagainya. Food and Nutrition Research juga telah akui bahawa ia adalah salah satu daripada jenis diet terbaik.
Bagaimana cara amal diet eat clean?
Seperti mana yang telah dinyatakan di atas tadi, diet clean eating ini diamalkan dengan cara hanya makan hidangan segar, bersih, suci dan sihat sangat sesuai dengan namanya.
Dalam pada itu, ada juga beberapa petua penting jika anda mahu bereksperimen dengan diet ini:
- Meningkatkan pengambilan serat
- Mengutamakan pengambilan karbohidrat
- Menilai setiap zat-zat dalam hidangan
- Mengawal waktu dan kuantiti hidangan
- Memasak makanan dengan cara sihat
- Meminum air kosong dengan cukup
Dengan mengamalkan tip-tip di atas ini, maka korang mungkin sudah boleh mengkategorikan diri sebagai salah seorang pengamal resepi diet eat clean. Ia mampu untuk ubah hidup korang.
Berikut 7 contoh resepi diet eat clean bajet!
#1. Nasi putih dengan lauk daging dan ulam
Sebagai makanan ruji masyarakat kita, korang boleh cuba makan nasi putih bersama lauk daging merah seperti lembu, kambing, kerbau dan lain-lain. Namun, ia perlu dimasak secara sihat seperti rebus, kukus atau bakar dan bukannya goreng bersama dengan hidangan ulaman berupa sayur-sayuran hijau atau buah-buahan segar.
#3. Nasi putih dengan lauk ayam dan ulam
Korang turut boleh cuba makan nasi putih bersama dengan lauk daging ayam yang dimasak secara sihat seperti rebus, kukus atau bakar dan bukannya goreng bersama dengan hidangan ulaman berupa sayur-sayuran hijau atau buah-buahan segar.
#4. Nasi putih dengan lauk ikan dan ulam
Korang juga boleh cuba makan nasi putih bersama dengan lauk daging ikan yang dimasak secara sihat seperti rebus, kukus atau bakar. Jangan lupa letakkan sekali hidangan ulaman berupa sayur-sayuran hijau atau buah-buahan segar.
#5. Salad telur
Jika korang sudah bosan dengan nasi, apa kata cuba salad yang dicampur sayur-sayuran hijau, buah-buahan segar, telur serta sos atau krim kegemaran? Cara untuk buat juga mudah. Korang cuma perlukan sayur salad, timun, tomato, jagung dan lain-lain yang akan ditambah pula dengan buah lemon, tembikai atau apa sahaja ikut citarasa anda. Ia memang mudah dan sihat.
#6. Sandwic telur
Selain salad, korang juga mungkin boleh cuba makan sandwic telur tidak kira ketika sarapan, makan tengah hari, minum petang atau makan malam kerana ia kaya dengan nutrisi. Bahan yang korang perlukan juga cukup senang iaitu hanya roti, telur dan ditambah pula dengan variasi sayur-sayuran dan buah-buahan serta sos atau krim mengikut citarasa korang.
#7. Bubur nasi dan sup
Akhir sekali, korang mungkin hanya perlu kembali ke resepi popular ketika kita semua masih kecil iaitu bubur. Gunakan kreativiti korang dengan menambah ramuan sihat ke dalamnya seperti sayur, buah, daging serta apa-apa sahaja asalkan ia menyelerakan serta menyihatkan.
Kesimpulannya, jenis diet clean eating ini memang sihat, mudah dan murah untuk korang amalkan. Tidak perlu tunggu sehingga lewat baru hendak cuba, jadi sila mulakan dari hari ini juga! Nak seribu daya, taknak, silalah gemuk sama-sama hahahaha..
Gambar makanan sumber dari facebook
P/S: Nak diet ni jangan paksa diri, nanti dapat sakit, nak buat kena santai-santai dan enjoy the meal, kalau kurus tu BONUS ...
betul2 modal nak makan makanan sihat ni memang kena pelaburan yang banyak gak hehhee... ako pernah melabur utk seminggu makanan, almost rm beratus oiii hehehe
ReplyDeleteKann Ret, orang senang kata nak diet ni mudah jerr, tapi tak semudah yang di sangka huhuhu...
Deleteadik dana amalkan eat clean dan join grup senaman. Memang boleh turun tapi itulah disiplin kene tinggi... dana ni payah sikit hehheh
ReplyDeleteBetul Dana, ramai memang berkesan, kena istiqomah.. ni bangun pagi cari kopi hahahaha
DeleteSA pun dah start diet sikit, amalkan senaman yang light hari- hari..sekali pagi dan sekali malam...makan plak SA kurangkan portion...
ReplyDeleteGood SA, teruskan, moga kita semua sihat , janji dah usaha kan...
Deletememang perlu disiplin. kalau tak payah nak jadi. diet macam ni bagus untuk kesihatan.
ReplyDeleteBetul Mar, kalau tak boleh disiplin, memang tak payah lerr buat tu semua hehehehe
DeleteBukan mudah nak mengawal nafsu tekak ni
ReplyDeleteNak2 kalau pegi kenduri kahwin, semua nak diceduknya
Hehehe kan Wak, pantang nampakk, semua nak balunnn...
DeleteKak Sue memang tengah nak plan pemakanan jugak nie, naik badan dah nie haa Lin. Naik tangga nak ke bilik pun menyungap dah.. parahhh..
ReplyDeleteSama laa Lin Kak, tutup mata je telan makan minum semua, tapi ni dah ada penyakit, boleh plak kontrol hahahaha
DeleteNak start minum air putih 2L pun payah. Asyik nak ke tandas je tu yang tak tahan haha
ReplyDeleteAlhamdulilah so far minum air okay berliter tapi bab makan tu haa, adeii seksa nak jaga hahahaha
Deleteperkongsian yang bagus, masalahnya diri sndiri yg tak bagus. nk konsisten ni, payah bebenor.
ReplyDeleteHehehe kan Awa, siapa lagi nak ubah kalau tak kita, kalau sendiri tak boleh, makan jer laaa hahahaha
Deletesehingga ke hari ini saya sukar untuk banyak tetapi makan kerap itu perkara biasa..
ReplyDeletebagaimanapun diet eat clean memang terbaik untuk diamalkan
Hehehehe biar makan banyak tapi dalam kuantiti sikit Tuan.. tu tak jadi masaalah...
DeleteSo sis nak suh kte diet ke apa ni? Hahahah..kte baca artikel sis terus insoffff ye haha..
ReplyDeleteHahahaha alhamdulilah, insoff gak kawan aku sorang ni hahahahahahahahaha
Delete