AKU BARU TAHU GIGI PUN ADA INSURANS!

Sis Lin
16
AKU BARU TAHU GIGI PUN ADA INSURANS! | KESIAN betul Sis ni, punya lama miliki insurans tapi baru tahu yang GiGi pun ada juga insurans ya, hahahaha, ingatkan nyawa atau kesihatan je ada insurans, rupanya GiGi pun ada kekekeke.. korang tahu ke?..

Baguslah kalau korang memang tahu, bila Sis baca bebetul balik kan, memang perlu jugalah kita amik insurans GiGi ni. Rata-rata kita ni memang banyak masaalah GiGi kan.. cuma pelik juga, kenapa tiap kali nak membeli atau amik insurans tu, agen atau pihak berkenaan tak terangkan dan tak bertanya kita? Kenapa ek? Ke mungkin mereka rasa GiGi ni tak penting?..

Rasanya ramai dalam kalangan masyarakat kita telah sedar dan sudah mencarum dalam insurans perubatan, namun kurang cakna tentang insurans pergigian. Ini kerana masih ada yang menyangka bahawa segala kos rawatan pergigian itu sudah termasuk dalam manfaat skim insurans kesihatan umum yang dimiliki.

Sebenarnya, mungkin tidak, ya! Ini merupakan antara sebab korang perlu carum insurans pergigian!

Kenapa semua orang perlu mencarum insurans?

Aku Baru Tau Gigi Pun Ada Insurans!

Walaupun ia adalah antara perkara yang sangat penting dalam hidup, namun tidak semua orang di dunia ini mempunyai insurans ekoran beberapa punca yang tertentu. Mungkin ini disebabkan oleh sikap segelintir individu yang masih kurang cakna serta tidak yakin akan kepentingan mencarum insurans di dalam kehidupan.

Selain itu, korang juga mungkin menyangka bahawa wang simpanan dan tabungan yang ada itu sudah memadai sekiranya berlaku sebarang kecemasan kesihatan. Pun begitu, kita semua masih perlu memiliki insuran kesihatan dengan tujuan menampung segala kos perbelanjaan yang harus ditanggung di saat kita jatuh sakit.

Persoalannya, adakah insurans perubatan itu sudah cukup atau korang perlu mencarum dalam skim lain seperti insurans pergigian?

Pengecualian di dalam skim insurans kesihatan!

Buat korang yang menyangka bahawa caruman di dalam skim insurans kesihatan itu sudah meliputi segala keadaan kesihatan, korang mungkin perlu berfikir kali kedua. Ini kerana wujudnya beberapa pengecualian khas di dalam skim insurans kesihatan yang bermakna tidak semua kecemasan kesihatan itu termasuk dalam perlindungan insurans yang bakal atau sedang korang carum.

Antara pengecualian yang insurans perubatan mungkin tidak akan ‘cover’ adalah seperti berikut:
  • Penyakit yang sudah sedia ada
  • Penyakit kritikal atau kronik
  • Pembedahan plastik dan kosmetik
  • Pembedahan khatan alat sulit
  • Pembaikan organ mata untuk sistem penglihatan
  • Pembaikan organ telinga untuk sistem pendengaran
  • Perawatan gigi seperti braces, scalling, whitening dan lain-lain
  • Kos rawatan @ ubatan penyakit tertentu selepas pelan tamat tarikh luput

Di antara perkara-perkara tersebut, kita dapat lihat bahawa pengecualian ini juga melibatkan kos perawatan pergigian seperti braces, scalling, whitening dan sebagainya. Disebabkan itu, maka adalah agak penting juga untuk kita semua mencarum di dalam skim insurans pergigian agar segala kos rawatan atau ubatan dapat dibiayai.

Caruman insurans pergigian juga sama penting!

Aku Baru Tau Gigi Pun Ada Insurans!

Seperti mana yang telah dinyatakan di atas tadi, insurans pergigian penting kerana ia bukan salah satu daripada manfaat yang ada di dalam insurans perubatan. Selain itu, korang sendiri juga mungkin tidak akan tahu bila atau jika korang mengalami keadaan kesihatan berkenaan gigi, gusi, lidah atau mulut yang perlu dirawat.

Jadi, adalah agak penting untuk korang mencarum di dalam skim insurans pergigian agar:

#1. Korang mampu mengesan masalah lebih awal

Pemeriksaan awal masalah pergigian akan mampu membuat korang mengesan kondisi dengan lebih awal jika memang wujud sebarang isu yang berkaitan. Dengan ini, masalah yang sering terabai seperti gigi reput, gigi rapuh atau gigi berlubang dapatlah dikesan dengan lebih awal serta dirawat dengan lebih baik.

#2. Korang mampu mengelak simpanan terbazir

Walaupun dengan penjagaan aspek pergigian yang sangat bagus, korang masih berisiko mengalami masalah berkaitan dengannya yang memerlukan kos rawatan. Jika tidak ada insurans pergigian, maka korang akan terpaksa menggunakan wang simpanan atau tabungan untuk merawat lantas membuatkan wang simpanan korang terbazir.

#3. Korang mampu mendapat rawatan termurah

Sesetengah insurans pergigian akan menawarkan kos, harga dan pelan rawatan termurah bagi pelanggan mereka jika dibuat klinik panel yang berdaftar. Maka dengan itu, korang mampu menjimatkan perbelanjaan korang untuk segala jenis perawatan pergigian sama ada ia bersifat kecemasan atau untuk kecantikan.

#4. Ia mampu memberi kesan secara menyeluruh

Akhir sekali, korang perlu tahu bahawa kesihatan pergigian itu adalah sangat penting kerana ia mampu memberi kesan secara menyeluruh pada tubuh badan. Sebagai contoh, masalah bakteria pada gigi, gusi, lidah dan mulut mungkin mampu memburukkan lagi kondisi seperti diabetes jika ia memasuki salur darah korang

Kesimpulannya, insurans pergigian juga mungkin sama penting dengan insurans perubatan, so bila dah tau ni, kalau boleh amik, kita amik laaa kan, bagus juga untuk tidak menyusahkan kita di kemudian hari. Sekarang ni masaalah GiGi macam-macam gak.. kalau tak amik untuk kita, kita amik untuk anak-anak kan?.. 


P/S: agak lama tak buat pemeriksaan GiGi ni, last check tahun lepas bulan Februari, adeiiii...
Tags

إرسال تعليق

16تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Baru tau jugak Lin. Memang wajarlah sebab rawatan pergigian ni agak mahal kan.

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn Kak, sama laaa kita.. kalau tau memang amik dulu, mudah nak buat rawatan susulan..

      حذف
  2. Aduiii, samalah..baru tahu jugak! Bagus jugak ada insurans gigi ni. Kalau buat rawatan pun harganya bukan murah.

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa Fizah, sebab agen Akak pun takde plak bertanya nak buat tambahan ins Gigi ni.. so memang bau tau..

      حذف
  3. Haaaa, teringat ada soranmg kawan tu dia baru cabut gigi geraham. fuuhhhhh

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahahaha tergelakk beso Sis ko baca hahahaha
      Minn Ooo Minnn... Kid seru ko ni hahahahaha

      حذف
  4. Tak tahu pulak Gigi pun boleh diisurance. Topic menarik. Nanti I check out on this topic.

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa Betty, i pun baru tau, lepas ni boleh laaa survey tanya pada agen...

      حذف
  5. Baru tahu sis. Takde plak dengar agen cerita pasal ni. Padehal sakit gigi kalau terlampau kuat rasa macam contraction 😂😂

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, tau takpe, sekali berubat agak mahal juga kosnya.. lepas ni kena ready..

      حذف
  6. Aduh. Thanks Sis Lin sebab sudi berkongsi ilmu ni. Rawlins pun baru perasan yang ada banyak rawatan pergigian yang tidak ditanggung.

    ردحذف
    الردود
    1. Belum terlambat Rawlins, boleh tanya kat agen insuran, kota ada peluang, boleh amik...

      حذف
  7. Baru tau jugak ni. Kalau insurans yang selalu beli tu tak cover gigi sekali eh? Kena check balik ni. Hihi

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn.. memang takde Marina, ada certain yang dia tak cover untuk GiGi..

      حذف
  8. Baru tau jugak nih Sis Lin. Ini memang good info nih. Yelah, selalunya, apabila kita signup polisi insurans, jarang kita perkatakan perihal gigi kan. This is indeed an eye opener gitu. Terbaik!

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn emang ramai tak tau, so bolehlah check dengan agen insuran memasing huhuhu

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!