Anak-anak memang tak pandai makan, hanya Suami Sis aja laa yang suka, tapi ni sebab dia takde, so nak buat tu macam berkira-kira rajinnya. Disebabkan keinginan tu meluap-luap nak makan, so nak taknak Sis rajinkan jugalah mencari bahan dan membuatnya.
Nasib baik bahan pun mudah dan bumbu pecelnya pun senang cari, so takpayah nak menyusahkan diri nak mengiling bagai sambal pecelnya hehehe..
Kebetulan hari Selasa lepas Sis berpuasa 13 Rejab sempena Puasa Hari Putih, so keinginan anak tekak tu yang menjadikan kerajinan nak membuat Sayur Pecel ni. Kalau tak, memang tak buat juga kot. Buat pun tak banyak, ada laa dalm sepinggan tu jerr..
Tapi tak laa habis sekali hadap, siap simpan lagi makan untuk Sahur esoknya dan makan berbuka semalam. Alhamdulilah puas makan Sayur Pecel kali ni..
Bahan-bahan sayurnya pun Sis buat mana yang Sis suka makan aja, Ada kangkung, taugeh, kacang panjang dan juga tempe. Tauhu pun Sis tak guna sebab kureng sikit makannya. Ada orang letak sengkuang juga tapi Sis tak letak.
Sayur-sayur tu semua korang celur manja jer, jangan celur terlalu 'over cook', nanti tak sedap. Just celup-celup janji masak ye udah. Telur rebus tepi tu kebetulan memang ada Sis rebus, so Sis jadikan bahan dalam Sayur Pecel juga.
Macam mana buat kuah pecelnya? ..
Hehehe guna aje pek segera Bumbu Pecel Sinti ni haaa.. memang sedap. Yaa memang setiap kali Sis buat Sayur Pecel, memang bumbu pecel sinti ni laaa yang Sis guna. Mudah dan ringkas. Nak buatnya hanya keluarkan dari plastik tu, then masuk ke dalam bekas, then curah air panas ke dalamnya dan gaul-gaul sampai cair.
Air panas tu korang agak-agak laaa kepekatan macam mana korang nak. Nak pekat letak sikit, nak cair letak banyak. Mudah aja. Tak payah letak air asam lagi ke, garam ke, tak payah... secukup rasa dan memang dah sedap dah..
Harga dia RM4.50 tu haaa.. Sis beli di KipMart Masai tempat orang menjual santan. Tempat lain tak pernah pulak jumpa lagi. So far nak makan pecel, memang cari bumbu pecelnya di situ. Percayalah,nampak je macam rajin kan? tapi Sis buat sayur pecel guna bumbu pecel sinti ajerr hehehe..
P/S: Harini malas masak, kang buka puasa nak beli Mee Goreng Mamak hohohoh..
uishh... arini mi goreng je eh :p
ردحذفok mamak mana nak buka? jap lagi ako sampai :D
Last-last masak Maggi Tumis je Ret semalam hahahaha
حذفSis, tertelan air liur plak jadinya nie kat pejabat tengok menu nie. Nie kalau layan ngan my mum and sisters, memang sampai ke petang jadinya sambil melayan gossip sekitar hahaha
ردحذفSedapkan Rawlins.. boleh meratah berpinggan-pinggan...
حذفaduuhhh sis, tengok je dah terliur ni ha
ردحذفSilalah buat OM.. tak susah pun...
حذفmasalahnya sislin.. tengok gambar je macam dah tau sambal tu sedap. pior.. tina-tiba teringat kampung. kalau ada marhaban pepetang, kadang tuan rumah sediakan pecel.
ردحذفHahahaha.. kenalah buat Mar, makan sayur ni bagus hahahahaha
حذفKalau makan sorang tu agak becinta jugak nak membuatnya kan. Mujurlah sekarang dah ada ready made kuah sambal kacang tu. Senang bancuh panaskan je dan tinggal sediakan sayur dan rencah lain je. Sedap ni, suka gak makan pecel.
ردحذفIyerr makan sorang memang kadang malas, tapi nak beli takde plak yang menjual, susah nak cari...
حذفLooks delicious. Thanks for the made-easy recommendation just by using a ready-made paste. Hopefully I can try it too one day.
ردحذفYup, simple and easy, you can try it...
حذفapa sedap sangat ni sis.. suka kita dengan macam2 sayur mcm ni
ردحذفHahaha tekak jawa kann, so mesti suka Pecel hehehehe
حذفSedapnyerssss makan pecal! Tini memang suka beno makan pecal lebih-lebih kalau time raya masa kecik-kecik dulu, pergi embaraan ke rumah embah-embah, mesti ada pecal. I is rindu kenangan lalu, hehehehe. Apa-apapun, pecal memang sodap baitu!
ردحذفYaaa kalau makan memang meratah aja kannn.. bertambah-tambah ulang-ulang makan...
حذفWahhh bestnya sana ada yang siap dan senang nak sediakan pecal.. mak kita suka buat juga time puasa terus rasa mengidam lak hehehehe
ردحذفYaaa Maha, pes siap memang senang aja, buat dan sediakan bahan sayur aja.. kalau nak kirim bagitau...
حذفThanks for sharing this, jap nak cari bumbu ni. Senang nak buat kuah pecel lepas ni
ردحذفTry Kelly, pasar ada rasanya, memang sedap...
حذف