AKU NI PEMAKAN ORANGNYA, AKU MEMANG SUKA MAKAN | MEMANG betul, Sis memang suka makan dan pemakan orangnya, tapi makan makanan laaa bukan makan orang hahahaha... yang kenal Sis, mereka tau laaa yang Sis ni suka makan dan makan, senang kata pantang di pelawa pi makan laa, memang tak tolak.
Rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari, selagi boleh makan kita makan.. TAPI kena beringat, semasa sihat tu nak makan kena beringat, jangan nanti dah sakit, barulah nak lupakan makan, masa tu kan dah terlambat huhuhu..
Semua orang pun suka makan dan pemakan, ada ke yang tak suka makan? Macam pelik je kan? Tak tau laa kalau ada, tapi di kalangan kawan-kawan Sis semuanya pemakan hahahaha.. lagi kalau nak datang bulan Ramadan ni, undangan buffet Ramadan dah mula masuk, haaa time tu ko boleh nampak sapa yang suka makan hahahaha..
Agak sedih juga laa, tahun ni Sis tak dapat nak join memana event Buffet Ramadan (buat masa ni), ada sebab-sebab tertentu yang Sis terpaksa stop sekejap keluar pi event dan join memana jemputan food review sana sini. Nanti korang tau laa kenapa ya.. malas nak cite pepanjang..
Yang pentingnya, korang kena tau aku ni pemakan orangnya, aku memang suka makan, so memang takde istilah 'diet' sungguh-sungguh dalam kamus diri ni, diet sikit-sikit tu ada, cuma makan beringat ajaa laa.. lagi plak dah ada penyakit ni, lagi laa kena kontrol semua. Yang penting ubat jangan tak makan.
Bukan kata tak cuba diet dan taknak kurus, tapi taknak memaksa diri, memang betul, nak kurus nak cantik kena laaa usaha, tapi Sis lebih suka jadikannya 'bonus', time makan tu ingat-ingat, kontrol makan, kalau tiberrr nampak kurus tu, haaa tu bonus laa tu..
Taknak le cuba nak kurus, duk stresskan diri dengan pelbagai program. Dulu masa rasa diri ni kurus, banyak benda 'lagha' yang Sis dah buat, sampai Suami tegur, maklumlah 'jiwa muda', hari-hari posing, kemudian (lumrah kehidupan) up sana sini gambar, perasan diri dah kurus, masa gemok taknak pulak up yaa, huhuhu...kalau di ingat-ingat, Allahuakbar malu Sis dengan Suami,.. apalagi denganNya..
Sebab tu kata, sekarang Sis tak kisah orang kata Sis ni gemuk ke, walau Laki sendiri pun (sebab dia pun gemok, hahaha) , janji Sis puas makan dan Sis makan pun tak menyusahkan orang. Dan paling tak suka time makan orang tegur, tak hormat orang langsung.. serius nyampah!..
Bukan nak kata Sis ni 'cakap lawa', tapi tu memang Sis.. orang lain kurus pun Sis ko takde nak jeles, orang gemuk pun, takde Sis nak kutuk, so better kita jaga apa yang kita makan, jaga kesihatan dan jaga diri sendiri.. tu lebih baik.. ada orang kurus, tapi berpenyakit, ada juga yang gemok, tapi alhamdulilah sihat dari penyakit serius, yang penting, jangan lupa buat pemerikssan setiap 3 bulan sekali, itu memang Sis buat tak tinggal.. alhamdulilah..
Memang betul, kalau kita kurus, kita nampak cantik, sihat, dan kita boleh jadikan semangat buat orang lain, ibaratnya kalau dia boleh, kenapa kita tidak, tapi bagi Sis, ikut kemampuan masing-masing la.. mungkin, dia boleh tapi Sis tak boleh.. bukan tak pernah cuba, umur dah 46thn ni, malas nak rasa stresss.. so better elok Sis enjoy apa yang Sis suka makan tapi BERINGAT...
Kalau pun Sis ni makan 'diet', takkan nak tunjuk, nak bagitau satu dunia, walau Sis ko ni blogger, semua benda nak share, tapi untuk personal, kena ada sikit privacy laa.. orang nampak kita ni kuat nau makan dalam gambar,sebab nampak kita gemok, hakikatnya... kita jer tau kan, cuma kalau Sis, memang Sis pemakan orangnya, hehehe..
Sis ni bukan tak pernah kurus, dan tak biasa gemuk.. memang tau kenapa kurus dan kenapa jadi gemuk.. so memang malas nak amik port bab diet ni.. nak kata Sis ni apa cakaplah.. kita punya diri, kita tau laa nak handle macam mana.
Tapi apa yang orang nasihat dan pesan, kita jangan buat bodo, terima dan amik ianya sebagai teguran 'kasih sayang'.. tapi kau jangan over melampau kalau bergurau bab tubuh badan orang.. tau kan 'Body Shaming' tu apa akibatnya pada sesaorang.. so better jaga mulut jangan sampai kecikkan hati kawan, family atau orang lain.. Suami Sis pun jarang nak menegur, bukan takut Bini, tapi memang tau Isteri dia suka makan, so layankan ajer hahahaha..
Posting ni random, takde kena mengena dengan sesiap, but Sis ada 'terasa' dengan sesaorang ni, cuma tu laa Sis nak kata, memang Sis berbadan besar (dia sedang-sedang aja), suka makan dan pemakan, terima kasih atas teguran itu, but hormat juga pendirian sesaorang, bukan semua orang boleh ikut cara macam kau..
Maaf sekadar luahan seorang pemakan..
P/S: Korang ada ke kawan macamtu? Suka tegur orang makan 😏
Bab makan ni sensitif tau, boleh bawa putus kawan 😂
ردحذفYerr Kak, geram dan annoying gilerr kalau tengah makan orang tegur...
حذفAssalammualaikum Sis Lin,
ردحذفBlogwalking :D
Waalaikumusalam Shar.. salam kenalan...
حذفUncle sukan makan dan suka orang belanja!
ردحذفKita pun suka, lagi kalau makan FREE hahahaha
حذفKita pun suka makan, susah nak diet. hihi
ردحذفKannn, makan selagi boleh cuma beringat sebelum sakit..
حذفhuda pun seorang pemakan. janganlah tanya kenapa kita gemuk, eh hahahaaa
ردحذفYerr Farah.. ada orang gemuk pun bukan sebab makan... kena faham gak tu..
حذفAlamak,baca catatan Lin..macam sama pulak perasaan dan pandangan..
ردحذفKann Mama.. pendam-pendam, akhirnya terluah di sini...
حذفkita teringin nak sihat je.. tp teringin jugak nak kurus eh haha. cuma nafsu makan xleh kawal haha
ردحذفYup Madi, makan untuk sihat, tak makan nanti sakit plak, tapi makan beringat..
حذفsaya pun kaki makan hahaha. saya selalu lupa diet tu apa hahaha
ردحذفHahahaha macam mana # tu ekkkk.. #GemukSamaSama ekkk hahahaha
حذفBab makan ni paling best bila ada geng makan jugak hahahaha!
ردحذفKann Carneyz.. dan juga geng makan + geng sama nak sihat, tu pun best.. tengah makan boleh cerita pasal ubat hahahaha
حذفBior ler orang nak makan. Sibuk ape? Ate diaa..
ردحذفAien pun suka makan, tapi tapi tapi...
Dah biasa Aien, so abaikan jer la.. kadang jeling gak kat orang tegur tu, bukanlah kurus sangat...
حذفIsu ni menusuk ke hati. Takpelah sis, asalkan kita sihat dan jaga pemakanan kita sudahlah. Saya pun nak kurus jugak. Tapi itulah, disiplin masuk laut dalam.
ردحذفBetul Fizah, kita jaga diri memasing, bab makan memang boleh kontrol, nak dengan taknak jer kan,.,
حذفSA selalu gak kena tegur...tapi dulu la masa ada bopren...la ni dah single SA suka je makan- makan sebab SA pemakan...lantak la orang nak kata apa..asalkan x melibatkan diorang kan...
ردحذفLepas ni positif je SA, biarlah mereka.. amik teguran sebagai nasihat, kita jaga pemakanan kita jer..
حذفGemuk salah, kurus salah..
ردحذفkita makan salah, diet salah..
macam-macamlah kan manusia ni
makan je sis apa nak makan as long as pandai control. Janganlah dok makan kambing bakar, sotong, udang sampai 1kg sekali ngap. We rule our own food intake
Betul sangat Ammi.. serba salah jadinya..
حذفNow yang penting sendiri mau ingat dan jaga kesihatan, yang penting sihat..