BERJAYA JUGA AKU RENEW PASPORT SECARA ONLINE

Sis Lin
32
BERJAYA JUGA AKU RENEW PASPORT SECARA ONLINE | KALAU di ingat balik stressnya nak renew pasport secara online ni, adoiii memang struggle gilerr oii.. yaaa memanglah kerja senang, tapi lebih mudah buat secara offline berdepan face to face arrrr... percubaan nak upload gambar semalam hampir soploh kali oiii tak berjaya.. 

Dah ikut syarat yang dia nak, up up ehhh tak boleh, lelama tu baru perasan, rupanya gambar yang kedai tu hantar kat Sis imagenya kecil, adoiii dah cakap dah size sekian sekian, yaaa jer kata Apek tu, sekali ermmmmm... dah ler amik gambar macam haperr.. naik menyampah nengok gambar sendiri hahaha. 

Boleh dia kata satu kali jer tangkap, SOP katanya.. ngekk betull... so lawa tak lawa gambar ko, redho jer laa.. bila dah siap tengok macam haperr, tudung aku senget pun Apek tu diam, errrrr.. nak je amik kedai lain, tapi dah bayar sampai RM20 hengget, errmm bazir je laa.. lantak lerr gambar tu..

Cuba punya cuba, akhirnya berjaya juga up gambarnya. Tu pun terpaksa minta tolong adik untuk dia besarkan saiz gambar yang menepati syarat, Sis dah blur, malas nak fikir, minta tolong adik jer. Bila dah siap semua isi details dan buat pembayaran, dan dah dapat email KELULUSAN dari pihak Imigresen, , terus Sis ke UTC Pasir Gudang (pada hari yang sama juga) untuk buat kutipan pasport. 

Berjaya Juga Aku Renew Pasport Secara Online

Sampai UTC Pasir Gudang, kena bawa surat resit yang dah print tu, sekali dengan pasport lama ,so boleh terus masuk. Sampai ke kaunter Imigresen, staff tu tanya 'Kenapa tak buat kaunter jer?'.. Sis dengar je terus erkkkkkk 'Eh, boleh ke?'.. staff tu kata 'Boleh, cuma kena buat appoinment date melalui online'... hampeh betul....

Mati-mati Sis ko ni ingat tak boleh buat kaunter. Satu hal pulak, bila tanya sana sini kat kengkawan ke, semua kata TAK BOLEH, semua kata kena renew online jerrr... kau ngase?.. tapi sebab memang sangat memerlukan renew pasportnya, so gigih juga laaa Sis ko buat secara online... padahal, ermmm...

Bila nama di panggil, staff tu pulak kata, gambar tidak jelas dan tidak menepati syarat.. dah Sis agak dah.. akhirnya terpaksa buat secara manual juga di kaunter dan kena laa amik gambar di situ jer.. sia-sia je usaha aku buat online tu hahahahahah.. 

So prosesnya sama laa macam buat walk-in kaunter.. tapi sangat cepat prosesnya, sebab tak ramai orang semalam. hanya ada 3 orang je kot semalam. untuk pembayaran yaa, mereka dah terima pembayaran Sis secara online, so kat kaunter dah tak payah bayar, tunggu pasport siap ajer. 

Berjaya Juga Aku Renew Pasport Secara Online

Akhirnya berjaya juga aku renew pasport secara online walaupun akhirnya prosesnya siap di kaunter juga hahahaha.. tapi takpe, janji siap dan paling berharga, pengalaman tu haaa., kalau tak memang tak tau macam mana nak buat online kan hehehehe.. 

So bagi korang yang nak renew pasport secara online, korang bolehlah tengok dan baca cara-cara nak renew pasport secara online di bawah ni ya ..

Cara-cara membuat permohonan pembaharuan pasport Malaysia di Jabatan Imigresen Malaysia secara online adalah seperti berikut:

1. BUKA MYIMMS E-SERVICES
Mula-mula, pergi ke myIMMs e-services di pautan https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport . Setelah membaca terma dan syarat, klik butang ‘SETUJU’ untuk meneruskan proses pembaharuan pasport korang, 

2. ISI MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN
Seterusnya korang akan diminta untuk mengisi maklumat dan butiran peribadi yang diperlukan untuk melengkapkan pembaharuan pasport. Pastikan korang dah sediakan pasport lama di depan komputer supaya mudah nak buat rujukan nanti.

3. PILIH CAWANGAN KUTIPAN
Kemudian korang boleh google cawangan pejabat imegresen yang paling dekat dengan rumah atau pejabat korang. So, senanglah nak pick up bila dah siap nanti.

4. UPLOAD GAMBAR MENGIKUT KRITERIA YANG DITETAPKAN
Seterusnya upload softcopy gambar yang mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Antaranya background gambar mesti warna putih, baju/tudung warna gelap. Jangan pakai tudung bercorak. Kalau nak selamat, scan gambar yang dah diambil dekat kedai gambar tu. Dan pastikan size gambar yang korang amik sama sizenya dengan syarat yang di minta. 

5. BUAT BAYARAN
Lepas dah upload gambar tadi, dan mendapat kelulusan, bolehlah buat pembayaran yang diperlukan secara online.

Kadar bayaran adalah seperti berikut
i. Permohonan Biasa 13 – 59 tahun : RM 200 (5 tahun)
ii. Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100

6. SIMPAN RESIT
Setelah semuanya selesai, korang akan mendapat maklumat transaksi seperti status, nombor resit, cawangan kutipan, tarikh kutipan dan masa kutipan. Print resit tu dan bawa ketika walk-in kutipan pasport. 

PENTING: Sila bawa bersama-sama resit, kad pengenalan dan pasport asal. Bagi pemohon di bawah 18 tahun, sila bawa juga kad pengenalan penjaga dan surat beranak.


P/S: Alhamdulilah, moga Allah permudahkan urusan aku..aamiinn.. 

إرسال تعليق

32تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Wah...dah siap dah erk....haaaa...mana la Sis nak terbang nanti tu kan....SA pun nak renew tapi selepas bulan 5 la...kes makin naik ni macam x berapa nak berani lagi nak terbang jauh walau dah boleh kan...

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah siap dah SA.. kalau nak kaunter, SA buat dulu appoinment date online, then boleh walk-in terus..

      حذف
  2. Alamak... passport saya dah lama mati.
    Kena belajar renew passport secara online jugalah ni. Terima kasih kongsi info.

    ردحذف
    الردود
    1. Kalau nak buat kaunter pun boleh Kak, akak buat temujanji online, then dapat date, boleh walk-in..

      حذف
  3. Wahhh, dah renw pasport. Ke mana pun sis Lin pergi semoga dipermudahkan urusannya.

    ردحذف
  4. dah boleh online rupanya sekarang. senang..

    ردحذف
    الردود
    1. Iyerr Ejulz, tapi kena buat penuh kesabaran hahahaha

      حذف
  5. Betul Sis, pengalaman. Alhamdulillah dan selesai. Bab ambil gambar tudung sengaet ni PC ada pengalaman. Sakit hati dibuatnya. Ada sesetengah kedai gambar ok sangat, kalau tudung kita tak ok dia tegur suruh tengok cermin betulkan. Yang ada hentam je.

    ردحذف
    الردود
    1. Kann PC, tak gitu tak tau cara nak buat online.. nampak mudah, tapi lebih best laaa buat secara offline hehehehe

      حذف
  6. ok tunggu ako renew plak ahahhaa...

    ردحذف
    الردود
    1. Ko buat kaunter je Ret, amik temujanji online, then boleh walk-in terus..

      حذف
  7. Mudahla sah boleh renew online. Kite pun tk sanggup tgk muka kat passport dgn Ic. Kat passport muka kite macam amah ye!!! Gelak2 aritu lps siap passport. Hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Iyerr Bella, tapi buat online ni, up gambo macam haperr seksa hahahaha..

      حذف
  8. Aduhaii..hujung hujung kat kaunter jugak buatnya. Takpelah, asalkan settle sudah. Pasni boleh terbang dah. Cantik cover passport ada owl disitu :)

    ردحذف
    الردود
    1. Tau takpe, punya gigih buat online.. tapi okay juga sebab semua dah settle isi dalam online, so tinggal kutipan aje..

      حذف
  9. Senang mcm ni, siap dgn step2 sekali! Kebetulan passport saya pun dah mati, kira2 tahun ni dah boleh travel kot hehe... Nnti senang update online sahaja 😘

    ردحذف
    الردود
    1. Iyerr senang .. cuma tang gambar tu kena betul-betul dengan syaratnya.. kalau okay, cepat je siap prosesnya..

      حذف
  10. Haaa... sakit jiwa dibuatnya yerr.. kak pun nti nak buat jgk tapi tak tau bila lgpun tak gi mana2 time covid ni, terima kasih sharing.

    ردحذف
    الردود
    1. Yee Kak, last-last ke kaunter juga amik gambarnya hahahaha

      حذف
  11. Alhamdulillah..kte lama x tgk passport kte tp raa cam mati thn depan. Haha nnt nak check la

    ردحذف
    الردود
    1. Ko kalau nak buat, buat jer kaunter Min, lebih senang, cuma appoinment je guna online..

      حذف
  12. wahhh nak ke mana tu sis? Mujur kita punya lama lagi expired.hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehehe.. inshaallah ke satu tempat Ena.. renew sebab dah mati tu..

      حذف
  13. wahh, pantas ya renew passport. Saya punya pun menjelang dah nak mati ni. Tapi nak renew tu tah la bila haha

    ردحذف
    الردود
    1. Sebelum lbh ketat SOPnya baik renew dulu heheheh..

      حذف
  14. Kami sekeluarga pun baru je renew passport secara online haritu. Hazabedah part size image tu, sama macam yang Sis Lin kena. Hehehehe. Kami pun pi buat kat UTC Pasir Gudang. Alhamdulillah, masa kat kaunter, smooth je. Yang penting, dah settled kannnn.

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehe kannn, last-last ke kaunter juga.. lagi satu sebab memang tak tau boleh buat kaunter, kalau tau, amik date jer, then walk-in huhuhu.. pengalaman..

      حذف
  15. Hi sis Lin, kalau nk buat bayaran tu plak camne?? ye lh dh buat cara online kn...

    ردحذف
    الردود
    1. Haii.. kalau proses dah lulus, terus bayar online situ.. nanti dia hantar email resit..

      حذف
  16. Untuk perkongsian pengalaman : Bagi yang resit ada tulis dibahagian bawah Notis Kehadiran: Rekod Cap Jari Bermasalah, tak perlu tunggu emel dari JIM sampai berpuluh hari, berminggu-minggu,sebab dah confirm kena hadir ke kaunter pasport online (kaunter khas bagi urusan permohonan bermasalah spt gambar tak ikut spec yang ditetapkan & masalh rekod cap jari) untuk diorang ambil semula rekod cap jari. Seeloknya dtg hari ketiga selepas permohonan berjaya (yakni telah sampai tahap bayaran berjaya dibuat)..hehe...

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa now sekarang dah lain sikit kann, macam mana pun kena juga buat online, masih tak boleh walk-in..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!