CHECK-IN TIGA HARI DUA MALAM DI ANGSANA TELUK BAHANG, PENANG | DARI sehari ke sehari nak update nak kongsi gan korang, tapi tak juga datang mood, so ini hari idea mari cecepat kita update sebelum otak ni jadi pelupa dan pemalas hahahaha..
Dua minggu lepas, Sis dan family bercuti ke Pulau Pinang, bezanya kali ni bercuti Sis bawa anak menantu sekali. Alhamdulilah bertambah lerr meriah sikit dalam keluarga kecil Sis. Dan Ayahnya juga agak 'rehat' laa sepanjang percutian sebab ada menantu dan anak bujang yang drive sepanjang pergi dan balik ke Penang.
Memang agak lama tak ke Penang ni, last kami pergi waktu anak Sis,Yana umur 8 bulan, so ko bayangkanlah betapa lamanya Sis dan Suami tak jejak Penang. Kalau anak-anak yaaa, ada juga mereka pergi dengan kengkawan, kalau Sis dan Suami, memang lama gilerr tak pi, so percutian kali ni anak bawa Mak dan Ayahnya ke Penang.
Semua urusan booking tempat penginapan di atur oleh anak Sis yang sulung,Kakak. Booking melalui booking.com Kebetulan sebelum ini anak Sis Yana dan menantu baru ajer pergi sini tahun lepas berbulan madu, tu pun Kakaknya yang suruh pergi sini, ehhhh dah dia tengok tempat tu cantik, rasa tak puashati tu, dia nak juga ke sini, akhirnya kami ke sini juga hahahahaha..
Kami bertolak dalam jam 7am lebih, sampai di Penang dalam jam 3pm lebih, bukan main kematu punggung oii duduk lama, tapi ada laa juga kami berhenti makan dan minum. Dalam pada penat, bila sampai ke Angsana Teluk Bahang,Penang ni, Ya Allah suasana dia yang tenang tu ngadap laut, terus hilang segala penat lelah seharian dalam kereta, dengan Suami pun teruja nampak laut hahahaha..
Urusan pembayaran kami buat ketika walk-in. Berapa RM semuanya? Nanti details Sis letak di bawah sekali yaa.. memang agak mahal, hotel lima bintang ko... tapi bila korang dah stay, memang berbaloi gilerr laa dengan apa yang kau bayar. Yang penting, keselesaan, ketenangan dan kegembiraan bersama family tu yang utama.
[Baca Juga] : Makan Pasembur O.S Ibrahim
Untuk kali ni kami amik dua bilik. Ye laa sebab anak sorang tu dah kawin kan, so amikkan dia bilik asing, Angsana Superior Room, dan untuk Sis beserta Suami dan dua lagi anak, kami amik Angsana Two-Bedroom Suite.
Untuk Angsana Two-Bedroom Suite ni, dia ada dua bilik tidur, satu ruang tamu, satu pantry, dan juga sudut ruang makan. Bilik air pun dua-dua ada bathtub mandi, dan setiap bilik juga ngadap seaview. Kalau di ruang tamu dan juga bilik dua single bed tu, mereka boleh keluar ke balkoni, tapi bilik Sis tidur tu, takde balkoni, hanya bukak langsir, laut terang luas mata memandang jer.. sampai rasa gayat Sis ko oiii.. hahahaha..
Bab katil memang selesa, Sis paling suka kalau katil jenis tinggi gitu. Bantalnya pun empukk, selimutnya tebal dan bersih, siap Sis ko check satu persatu oii segala celah mengikut tips budak TikTok hahahaha.. mana laa tau kannn, kita cuma berhati-hati ajerr..
[Baca Juga] : Nasi Kandar Pokok Ketapang
Yang paling bestnya kannn, dalam setiap bilik, punyalah banyak dan besau cermin, dua-dua lemari pintunya bercermin, so ko tak payah gado nak bersiap dengan Suami dan anak-anak. Memasing bilik semua pun ada. Tak cukup cermin kat luar, haaa dalam bilik air pun ado. Sebeso tidak cermin, hahahaha..
Kelengkapan mandi semua lengkap termasuklah baju bathrub mereka pun ada. Papan gosok dan seterika baju pun ada di setiap bilik, selipar bilik, bag pantai, bag baju laundry, selipar pantai, pun ada semua.. hair dryer laa, sepit kuku laa semua pun ada, dah macam rumah sendiri.
Kalau di Pantry luar pun, dalam peti ais mereka pun ada di sediakan FREE air minuman, antaranya Coke, 100plus, Mineral dan Ice Lemon Tea, kopi teh semua pun ada juga.. puas lerr minum, tak payah susah-susah nak ke kedai runcit. Habis, minta tambah.
Sepanjang dua hari kami breakfast di sini, memang sangat puashati. Menu dia bertukar-tukar dan takde yang tak sedap. Sampai sekarang tak boleh move-on dengan Mee Sup dia, gilerr sedap oiiii.. Suami sampai makan dua mangkuk tiap kali sarapan hahahaha..
Memang banyak pilihan. Makan pulak ngadap pool dan laut, memang tenang laaa time makan tu. Dan paling lama kami duduk makan sepanjang stay memana hotel pun, maybe sebab persekitaran sini memang sangat menenangkan..
Setiap hari, lepas sarapan pagi, kami akan pe pantai depan hotel tu untuk lepak-lepak sambil berOOTD.. gitulah anak-anak bergambar aja sebagai tanda kenangan mereka di sini. Lihat senyuman dan kegembiraan anak-anak, bahagia rasa kami berdua sebagai Ayah dan Ibunya.. alhamdulilah..
Yang bestnya di sini, setiap Jumaat dan Sabtu malam, korang boleh tengok Night Movie di tepi pantai ni. Santai-santai sambil boleh amik angin di situ. Kami sempat juga laaa tengok movie pada Sabtu malam tu, Jumaat tu memang tak sempat, sebab duk berjimba di Hard Rock Cafe Penang hahahaha..
Di siang hari pulak, time petang tu korang boleh juga join aktiviti pantai depan Angsana Teluk Bahang ni. Banyak aktiviti yang ada tapi korang bayar sendiri, sebab semuanya tu bukan under pihak hotel. Antara yang sempat laa anak-anak dan Suami join, aktiviti ATV, dan kami juga sempat sewa boat pusing pulau. Seronok kemain Suami ya, tiap kali cuti mesti naik bot hahahaha..
Mulanya anak-anak nak naik parasailing tu, tapi entah kenapa, harga time tu gilerr mahal, mahal dua kali ganda time anak Sis naik masa dia bulan madu tu, terus tak jadi nak naik, siann laaa anak-anak, sebab harga tak masuk akal betul.. termasuk juga Jetski tu.. ishhhhh.. sakit hati kalau fikirkannya..
Apa-apa pun penginapan check-in tiga hari dua malam di Angsana Teluk Bahang, Penang ni memang sangat berbaloi buat kami sekeluarga. Percutian yang membawa sejuta kenangan yang takkan kami lupakan. Inshaallah ada rezeki memang kami nak ke sini lagi.
Untuk pengetahuan korang Angsana Teluk Bahang ni baru ajer beroperasi sepenuhnya selepas PKP dua tahun lepas dan ianya mula di buka pada tahun 2020. Selepas negara kita sudah mula reda dengan wabak virus, kini Angsana Teluk Bahang beroperasi sepenuhnya dan menunggu ketibaan semua pengunjung. Korang ada rezeki dan masa, datanglah ke sini sangat puashati.
Harga tertakluk pada masa korang booking.
Untuk kami pada masa tu, Suami kena bayar RM6870 masa check-in termasuk deposit dan juga warranty. Nanti masa nak check-out mereka akan kembalikan semula deposit dan duit warranty tu. Untuk deposit pun, jika korang ada membeli makan atau minuman dalam hotel sepanjang percutian, deposit boleh di potong untuk pembayaran, terpulang laa pada memasing.
Nak murah dan berbaloi, booking melalui website mereka, dapat diskaun hampir 20%. Dapat harga lagi jimat dan menarik.
Angsana Teluk Bahang, Penang
1, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Phone: 04-817 0888
P/S: Banyak gambo nk tepek, tapi malas nak upload, layan je lerr mana ado ni yaaa.. yang lain kita simpan untuk 'privacy'..
Amboiii tak habis2 berjalan ye sis Lin. Sonok tengok ke sana-kesini (lagu PKP). hehe. Mewah hotelnya dan ada kelainan sb overall glass aje. Memang cantik sungguh!
ردحذفBegitulah Bella, sekali dapat holiday kan, kasi pulun habis hehehehe.. tempat memang cantik dan puashati..
حذفLawanya semua gambar! Nampak cantik sangat hotel ni, luar dan dalam. Memang kebetulan ada plan nak ke Penang ni, so nanti bolehlah try stay sini pula nanti hehe. Thank you for the awesome review!
ردحذفHotel baru ni Hasif, kelilingnya memang sangat cantikkk.. nanti kalau ke Penang mai lee datang Angsana Teluk Bahang ni ya...
حذفHarga dia boleh tahan ya tapi nampak berbaloi dengan tempat dia semua tu.. Cantik..
ردحذفYup, hotel lima bintang kan, tapi memang berbaloi-baloi.. puashati..
حذفBeautiful place. Looks so hip. I can try this place if I travel to Penang again. Thank you for sharing.
ردحذفVery beautiful Fadima, semua bilik seaview. Sangat cantik, one day you go here okay..
حذفLamanya tak ke Penang!
ردحذفSama kita Uncle, bertahun-tahun tak ke Penang...
حذفCantik juga ya Angsana Teluk Bahang... nampak cozy... last December masa pi Penang pun mula-mula tu nak book kat Angsana Teluk Bahang, tapi sebab rindu naaaa nak ke area Bukit Feringghi, kami stay kat Golden Sands... next round nak try la stay kat Angsana Teluk Bahang pulak...
ردحذفYup, sebab suka ngadap laut semua bilik.. Ooo Golden Sand sana pun cantik.. nanti next time boleh stay Angsana Teluk Bahang ni pulak ya..
حذفeh cantik hotel dia.. suka tgk ke penang boleh tido sini ni.. menarik
ردحذفYerr Ayu, walau perjalanannya jauh, bila dah sampai, puashati gilerrr
حذفI like this hotel design and banyak spot untuk ambil gambar juga.
ردحذفYaa Kelly, tu yang anak-anak i busy OOTD hahahahaha..
حذفsiyes cantik hotel ni..very the instagramable la..interior diorang menarik..pandai main ngan warna
ردحذفKannnn, warna dari lobby membawa ke bilik memang sangat eklusif SA.. sedap mata memandang...
حذفWahh ... Cantik laaa hotel nya! Masa pi Penang sebelum ni ada gak usha tapi pastu big family book homestay. Next time pi bercuti my small family aje nak stay sini laaa
ردحذفYaaa next time stay sini Nina, memang puashati gilerrr...
حذفwowww. terkesima tengok decoration. puas hati dapat jejak punya lama kan. Simpan kenagan bersama keluarga
ردحذفKann, hotel lima bintang yang berbaloi untuk menginap Ena.. one day ada rezeki, stay laa sini Ena..
حذف