DUDUK RUMAH BUAT APA?

Sis Lin
8
DUDUK RUMAH BUAT APA? | TAKDE buat apa, duduk, makan, tidur jerrr... nanti kerja rumah semua 'kucing' yang buat (membasuh, menyapu, melipat, mencuci), bestkan duduk rumah?... Hahahaha rasa macam annoying kalau ada siapa yang bertanyakan hal itu, walau kadang tu Suami sendiri yang tanya. 

Macam dah takse soalan lain nak tanya, mungkin bagi orang lain soalan tu random, hanya sekadar soalan, dan tak bermaksud apa-apa, tapi bagi Sis agak sensitif kalau di tanya soalan itu. Kot ye pun nak tanya, tanyalah 'Dah masak ke?', 'Dah makan ke?', atau pun kalau di tanya 'Tak bosan ke duduk rumah?', haaa tu boleh terima, tapi kalau soalan, 'Duduk Rumah Buat Apa?', ishhh geramm rasa..

Macam tak tau pulak kan duduk rumah buat apa, apalagi, kerja rumah laaaa... walau kau Work From Home sekalipun, kerja rumah tetap juga kena buat, dah nama pun duduk rumah, so apa yang nak di tanyanya????.. hurmmmm...

Duduk Rumah Buat Apa?

Gambar ni di ambil masa Suami wahtsapp tanya 'Tengah buat apa?'.. Sis pun snap gambar ni, memang kebetulan tengah mengurut sambil makan kerepek pisang dan menonton Netflix hahahaha.. haaa nampakkan, betapa bestnya duduk rumah hahahahaha...

Duduk rumah ni nak kata best tu bukanlah best sangat, ada mood pasang dan surutnya, tapi banyak bersyukur, sebab Sis banyak masa dan boleh adjust masa Sis dengan benda dan perkara yang Sis suka. Nak buat apa pun semua terletak atas kita, sebab kitalah BOSS kitalah KULI.. sapa je nak marah?...

Tapi.... bebanan dia, haaa ko faham-faham je laa... uruskan rumahtangga bukan senang, semua benda kau nak buat, cuma jangan terlalu stress laa.. sendiri yang penat, buat kerja santai-santai sudah.. janji siap.. nak masak, pergi masak, malas masak, ko beli.. malas melipat, kau biar je, nak pakai, pepandai kau laa kombar macam 'lucky draw'..  apa yang susah nauuu..


Duduk Rumah Buat Apa?

Jadi surirumah ni penat tak?

PENAT....

Menurut kajian... surirumah yang hanya dirumah, uruskan anak-anak.. makan minum & rumahtangga tanpa bantuan suami, melalui cabaran membesarkan anak-anak seorang diri BERPOTENSI melalui depression yang melampau!

Sebab inilah suami perlu sentiasa dapatkan masa manja dengan isteri setiap hari..

"Dinding di rumah 'pandai bercakap'.. 'pandai berbisik' perkara-perkara tidak baik kepada isteri yang boleh membuatkannya jadi semakin beremosi"

Ya.. ibu berkerjaya pun banyak juga cabarannya.. tapi bila dapat jumpa kawan, makan-makan, sembang-sembang itu lebih baik berbanding ibu yang terperap di rumah 24 jam setiap hari.


P/S: Alhamdulilah 28tahun melayari bahtera perkahwinan, semua urusan rumahtangga Allah permudahkan... 

إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. sambil mengurut sambil mengunyah kerepek ..hahhahaha.. sempatt kunyah kunyahh ehk..hehhehe..

    ردحذف
  2. Uncle memang faham benar situasi tekanan suri rumah yang duduk dirumah....

    Sebab uncle hari2 dok rumah... huhuhuhu

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha kan Uncle, so soalan macamtu memang agak sensitif kan...

      حذف
  3. Duduk rumah buat apa ek?
    Eh tertanya pulak

    ردحذف
  4. Memang soalan sensitip ni. Hehe..YTJT..Kerja tak pernah habis. Duduk rumah atau yang berkerjaya tetap ada kerja masing masing. Syoknya lahaii dapat mengurut sambil layan kerepek tengok netflix.

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa Fizah, kerja rumah memang tak pernah habisnya.. selagi duduk rumah ahahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!