GONG XI FA CAI - SELAMAT TAHUN BARU CINA! | DAM DAM DUM sudah berbunyi, meriah kawasan rumah Sis ni haa oiii.. ini kali kita kasi happening sama dia. Alaa tak dia tak kita juga nanti, tapi harap-harap kita pun dapatlah rasa tahun ni kan huhuhu.
Yang penting, dapat ziarah raya tu, jaga dan patuh SOP dan amalkan 3S. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri, akhirnya orang lain nanti jadi mangsa. Lindung Diri Lindung Semua. Moga-moga perayaan tahun baru cina tahun ni lebih bermakna buat semua yang meraikannya.
Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri.
Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk 'makan besar' bersama.Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga. Ahli kelurga yang telah berumahtangga akan memberi 'angpau' kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga.
'Angpau' membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang. Buah limau mandarin (Lokam) dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina.
Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut. Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.
Selamat Tahun Baru Cina kepada pembaca akusislin yang berbangsa Cina setia dan pada mereka seluruh Malaysia yang meraikannya. Semoga sambutan tahun ini membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada korang semua, keluarga dan negara.
Juga buat family Wong (adik beradik sebelah Mak), Pak Cik dan Mak Sedara.
Wong Kai Lai (Pak Teh) di Seremban, Wong Ah Moi (Mok De) di Yong Peng dan juga Wong Kian Boon (Pak Su) di Singapura, ....
恭喜 发财
Gong Xi Fa Chai
Selamat Sejahtera
万事如意
Wan Shi Ru Yi
Semoga Sukses
新年 进步
Xin Nian Jin Pu
Mempunyai Kemajuan yang Lebih Baik pada Tahun Baru ini
身体 健康
Shen Ti Jian Kang
Mempunyai Kesihatan yang Baik
新年 快乐
X in Nian Kuai Le
Selamat Tahun Baru
P/S: Rindu kemeriahan raya cina zaman kekanak dulu.. meriah dia tak boleh bawa bincang, penuh tangan dengan angpow hahahahaha..
Happy CNY!
ردحذفOh, ada banyak ucapannya ya, kita tau Gong Xi Fa Cai jer.
Iyerr Kak, bergantung kepada ucapan apa kita nak ucap hehehehe
حذفmereka sambut raya, kita dapat cuti panjang
ردحذفKann Wak, sana sini rancakkk jemmm..
حذفSelamat tahub baru cina buat lin n sedara mara semua...
ردحذفMakaseh Ret.. mai ler datang Jb beraya hehehehe
حذفSelamat Tahun Baru Cina Sislin & family. Hebat boleh cakap Cina ye Sislin.
ردحذفHahahaha cakap tu kuar sleng jawa lerr.. hahahaha
حذفBanyak erk ucapan dia..tapi suka la tahun harimau ni..roarr!!!!!
ردحذفHahahaha silalah pilih yang mana satu hahaha
حذف