HIJRAHKU INI, SEBENARNYA UNTUK SIAPA?

Sis Lin
6
HIJRAHKU INI, SEBENARNYA UNTUK SIAPA? | ALHAMDULILAH, Sis baru aja selesai membaca sebuah buku penulisan dari Ustazah Asma' Harun yang berjudul 'Hijrahku Ini, Sebenarnya Untuk Siapa?. Sis dapatkan buku ini dari sahabat blogger Sis, Hisyamuddin pada awal bulan haritu.

Hari-hari selak baca selak baca, tak sangka sekali baca, boleh plak habis dengan cepat. Yaa ini kali buku penulis Ustazan Asma' Harun sangat menyentuh hati dan jiwa Sis. Ada ketika time membaca sampai istighfar banyak kali.. sesungguhnya aku ini seorang pendosa Ya Allah... 

Semua orang nak berhijrah untuk ke arah lebih baik, tapi nak terus istiqomah tu memang banyak ujiannya, bukan korang jer, Sis pun sama. Tak kata diri ini baik, tapi sedang merubah untuk jadi yang lebih baik. Rasanya belum terlambat untuk kita berubah, janji ada kesedaran kan..

Kita perlu terus melakukan perubahan dan pergerakan dalam kehidupan kita. Kita tidak perlu untuk melakukan suatu perubahan yang besar dalam siri hijrah kita. Kita hanya perlu sentiasa memperbaharui taubat kita. Orang yang sentiasa memperbaharui taubatnya adalah orang yang menginsafi dirinya yang berada di dalam kegelapan yang mahu keluar daripada gelap gelita itu.

Hijrahku Ini, Sebenarnya Untuk Siapa?

Orang yang berhijrah ialah orang yang sentiasa menginsafi dirinya kerana itulah hakikat kita manusia, sering melakukan kesilapan. Yaaa sebaik-baik manusia ialah setelah mereka melakukan kesilapan maka mereka bersegera menginsafi kesilapan dan betaubat. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Hijrah tidak pernah terputus sampai pintu taubat tertutup dan pintu taubat tidak tertutup hingga matahari terbit dari arah barat. (HR. Abu Dawud).

Beginilah perjalanan kehidupan kita. Adakalanya kita rasa kita dalam kegelapan, tanpa cahaya dan tempat bergantung, namun kita perlu sabar dan positif dan terus bergerak sebab pasti akan ada cahaya yang menanti kita. Biarlah kita menjadi air yang mengalir yang dapat memberi manfaat kepada hidupan dan orang lain dan janganlah kita jadi seperti air yang bertakung yang hanya berkeladak dan kotor. 

Tiada kuasa lain yang mampu untuk membantu keinginan diri untuk berhijrah daripada kesesatan kepada kebaikan. Jangan kita lupa bahawa Allah menentukan segala niat dan keinginan diri dimakbulkan. Jadi, berdoalah diiringi keinsafan terhadap dosa-dosa lalu, mohon diampuni-Nya. Berdoalah agar segala usaha membaiki diri itu dibukakan jalan yang luas tanpa halangan berliku. 

Memang hijrah diri itu menuntut pengorbanan dan kekentalan semangat yang luar biasa hebatnya. Panduan sudah diberi, pilihan di tangan korang. Jadilah remaja yang kental dengan pilihan yang sudah dibuat. Jadikanlah tahun ini tahun hijrah diri yang mencerna seribu satu kebaikan untuk diri, keluarga dan agama. 
 
Allah sesungguhnya telah berfirman: Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina."
(Al-Mu’min 40: 60)
 
Akhlak kita dipengaruhi oleh akhlak kawan-kawan kita. Cukuplah dia mnunjukkan akhlak yang baik dan mebimbing kita kejalan Allah. Jika kita ingin berhijrah, Allah akan mengirimkan hamba-hambanya yang soleh dan solehah untuk menemani kita dalam penghijrahan itu. Alhamdulilah, terima kasih sahabatku.. 
 
Orang yang dalam semangat untuk berhijrah selalunya sentiasa teruja untuk setiap peluang. Excited nak mencari-cari majlis ilmu dalam masa-masa terdekat. Sekarang banyak majlis ilmu yang boleh kita join kan? Tak perlu berdepan, hanya dalam ZOOM aje dah boleh join. Dimana-mana sudah ada, kalau tak boleh hadir dimana-mana majlis ilmu, kita boleh singgah ke youtube, google, page-page dakwah di facebook dapatlah juga isi-isi ilmu agama disitu. 

Hijrahku Ini, Sebenarnya Untuk Siapa?

Perhatikan perkataan yang negatif yang sentiasa keluar dari mulut dan penulisan kita. Perdengarkan pula kata-kata positif yang keluar daripada orang-orang hebat. Latihlah diri untuk menuturkan kata-kata hebat tersebut agar diri kita seperti menjadi orang yang baru. Tukarlah kata- kata kegagalan kepada nota-nota kejayaan. Lafazkanlah kata-kata 'aku ingin berhijrah', 'aku ingin berubah', 'aku pasti boleh berubah' , agar diharapkan ia menjadi suatu doa yang baik. Jangan lah rasa tak sure, belum cuba belum tahu kan... 
 
Banyak bahan bacaan yang mendorong kita untuk berubah. Itulah kuasa hijrah. Memang buku-buku motivasi semua mahal-mahal, tapi berkorban lah sikit, nak behijrah kena lalui rintangan, nak dapatkan syurga Allah tu kan mahal? Bila dah membaca, beramal lah. Amal yang tiada ilmu adalah kosong. Jadi, dari ilmu kita boleh tahu hikmah sesuatu ibadah. Kenapa perlu tarbiyah? Kenapa perlu itu, kenapa perlu ini? Apa yang haram? Apa yang Halal? Cari jawapannya dalam pembacaan ilmiah.
 
Dan untuk berhijrah memang memerlukan pengorbanan. Orang akan melihat sebarang perubahan diri yang dilakukan. Pasti ada yang memuji malah ada yang mengeji. Apa yang penting itulah rencah dan dugaan hidup yang perlu anda lalui. Jangan berkecil hati dan kuatkan semangat. Jangan mudah luntur semangat hanya kerana kata-kata orang-orang yang iri hati dengan perubahan positif kita. 

Kita mungkin hanya diumpat demi untuk hijrah diri, tetapi Rasulullah SAW pernah dibaling batu dan disakiti oleh golongan kafir. Jadikanlah segalanya sebagai suatu pendorong untuk terus beristiqamah dalam perjuangan mengubah sikap. Anggap itu satu semangat bagi kita. Ingat ye, jangan mudah mengalah dengar kata-kata cacian, kejian dan umpatan manusia. 
 
Istiqamah itu sangat penting korang, Sis sendiri pun susah nak buat, Berubah itu memang payah, tetapi Istiqamah itu lagi payah. Tapi pernahkan kita dengar Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis. Apa guna dapat syurga dengan senang lenang, kena ada sesuatu yang diusahakan untuk mendapat syurga itu. Mana ada nak sesuatu tak kena usahakan? Mesti kena usaha, hidup ini kena usaha,takada usaha, maka tak adalah hasilnya. 

Segala sesuatu itu bermula dengan niat. Jika niat kita baik – untuk berubah kerana Allah, Allah akan hadirkan orang yang baik-baik untuk bersama kita. Jangan takut untuk berubah kerana pandangan manusia. Jadilah diri sendiri dalam meraih redhaNya. Akan hadir insan-insan yang akan menyayangi kita tanpa syarat.

Faiza azamta fatawakkal A’lallah… La haulawala quwwata Illa billah… “Apabila kamu telah berazam maka bertawakkallah kepada Allah S.W.T.”


P/S: Nak dapatkan buku ni, boleh hubungi melalui send PM Hisyamuddin di facebooknya okay. 
Tags

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Terima kasih Sis Lin berkongsi. Sedang berusaha istiqamah menjadi lebih baik dan semoga yang datang semuanya yang baik baik saja. Aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Hanna, kita cuba hijrah menjadi yang lebih baik.. bukan untuk siapa, tapi untuk diri kita juga di mata Allah...

      Delete
  2. Hati yang baik, niat yang baik, sebut yang baik baik, doa yang baik baik inshaAllah yang baik baik juga kita dapat. Berhijrah kepada yang lebih baik tak ada yang merugikan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Fizah, semuanya datang dari hati.. niat yang baik, pasti datangnya baik-baik aja...

      Delete
  3. MasyaAllah, terima kasih sudah menuliska tentang buku ini. Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, penulisan yang sangat menginsafi jiwa Tuan... tahniah Tuan..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!