JANGAN SILAP LANGKAH BELI HARTANAH, NANTI BOLEH MUFLIS!

Sis Lin
30
JANGAN SILAP LANGKAH BELI HARTANAH, NANTI BOLEH MUFLIS! | MERUJUK pada tajuk tu, korang baca jangan ingat benda ni main-main dan amik remeh ya, sebab banyak dah kalau kita baca sana sini dan banyak kes terjadinya muflis adalah di sebabkan silap langkah beli hartanah tanpa merujuk kepada beberapa perkara. 

Yaaa kalau ikut keperluan, memang semua orang nak beli hartanah, tapi kalau ikut kemampuan? Adakah korang benar-benar mampu untuk memiliki hartanah lebih dari satu atau lebih dari itu? Tambah lagi sekarang ni, ekonomi negara kita tidak begitu memberangsangkan selepas negara di landa wabak Virus Covid-19 dan industri hartanah tempatan antara yang terjejas, dan nampaknya berdepan cabaran sekali lagi apabila berlakunya penularan pandemik Covid-19 pada tahun ini. 

Sebab apa Sis kata fikir dulu sebelum membeli, contoh paling senang Sis nak bagi adalah kes jualan telur. Viral isu telur yang sekarang ni susah nak cari dan beli, so mereka yang 'tamak' bila terjumpa, mereka membeli dengan kuantiti yang banyak tanpa berfikir panjang. Sedangkan telur tu ada tarikh luputnya, takkan hari-hari nak masak telur, takkanlah nak penuhkan peti ais dengan telur, ianya juga tidak elok untuk kesihatan telur dan diri kita juga. So akhirnya telur tu membusuk dan di buang.. siapa yang rugi?.. 

Jangan Silap Langkah Beli Hartanah, Nanti Boleh Muflis!

Jadi sama juga kesnya dengan apa yang Sis nak kongsikan harini, jangan silap langkah beli hartanah, nanti boleh muflis kita kalau tidak betul-betul merancang. Nak beli hartanah kena ada perancangan, kena siap sedia dari segi kewangan, baik untuk masa sekarang atau untuk masa hadapan kita. 

Baru-baru ni Sis pergi ke saru 'showhouse' menemani kawan Sis, cadangnya dia nak beli hartanah baru, yang ada sekarang katanya dah okay, cuma katanya nak beli untuk investment akan datang. So okaylah Sis follow aje la meneman dia. 

Sis perhatikan pihak hartanah tu explain kat dia satu per-satu mengenai hartanah yang dia nak beli, dari harga dan juga bayaran bulanan. Sis tak begitu fokus laa, sebab taknak masuk campur. Bila dah selesai, dalam kereta Sis tanya kawan tu, 'Jadi ke membeli?'..

Kata kawan Sis, 'Nanti dia fikirkan, sebab nak buat kira-kira dulu'. Okay Sis faham dan sokong apa yang dia kata tu. Walaupun Sis tau kawan Sis tu mampu dari segi kewangannya untuk membeli rumah, tapi bila duduk sembang dengan dia, Sis kagum dengan cara kawan Sis berfikir dan mengira 'budget' kewangan dia. 

Memang benar, nak beli hartanah ni kita kena ikut kemampuan kita, kita kena tau berapa harga hartanah tu dan bandingkan dengan kira-kira pendapatan kita untuk kita keluar setiap bulan. Itu untuk bayaran bulanan. Okaylah ko mampu bayar. Tapi kita kena fikir pulak, mampu bayar untuk harini, tapi esok, lusa dan masa akan datang? Adakah kita sihat bekerja? Adakah kita masih mampu lagi nak membayar?.. haaa itu yang kawan Sis kata.

So dia kena fikir semasaknya untuk buat kira-kira juga kewangan dia di masa akan datang setelah membeli hartanah baru. Dia ada isteri dan anak-anak untuk di beri makan, jika pengiraannya masih dalam tahap kemampuannya, inshaallah dia akan beli katanya. Jika tidak, bukan masa yang tepat untuk dia beli hartanah sekarang.. 

Jangan Silap Langkah Beli Hartanah, Nanti Boleh Muflis!

Secara idealnya, masa 'terbaik' untuk membeli hartanah yang dah lama korang impikan tu ialah semasa harga permintaannya yang tengah menurun mula berpatah balik dan akan meningkat semula. Ini dikenali sebagai fasa "bottoming-out" atau di mana harga hartanah rumah jatuh ke paras yang paling rendah.

Bank luluskan pembiayaan kita bukan kerana kita mampu, tapi kita layak. Tapi sekarang pun bank dah lebih ketat. Agak susah nak lulus. Ukurlah baju di badan sendiri. Jadi, berhati-hati semasa buat keputusan untuk beli rumah, kerana ada juga yang muflis sebab pinjaman perumahan lebih kurang 13% daripada keseluruhan kes.

Jadi, jika korang ingin membeli hartanah sekarang, Sis rasa cara yang paling bijak ialah untuk mengambil pendekatan yang lebih holistik dalam memiliki rumah. Korang tak sepatutnya tengok samada korang mampu untuk menanggung kos permulaan untuk memiliki rumah saja, tetapi kena juga tentukan samada korang mampu atau tak, nak cari duit bayaran bulanan, selain menyesuaikan diri dengan perbelanjaan lain. Silap langkah boleh jadi muflis nanti. 

Apa yang nak Sis katakan di sini, jika belum mampu nak membeli, tak apalah, menyewa dulu pun dah cukup memadai, janji ada tempat tinggal untuk sara anak bini. Bersyukur dengan apa yang ada, doa banyak-banyak inshaaalah akan ada rezekinya satu hari nanti untuk memiliki hartanah sendiri. 

Usaha tangga kejayaan.. Nak seribu daya, taknak banyak alasannya.. 


P/S: Impian Sis, moga Allah beri rezeki untuk Suami Sis, beli tanah dan bina rumah di tepi laut satu hari nanti..  aamiinn.. 

إرسال تعليق

30تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Perkongsian tip yang bagus ni. Thanks sis. Nak kena buat kira-kira dulu.

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah, moga ianya memberi manfaat buat mereka yang nak membeli hartanah...

      حذف
  2. Telur perginya tu.. hihi. Telur busuk boleh buang, kalau muflis, rasa nak meninggal.

    ردحذف
  3. Terima kasih sis atas tips yang sangat berguna ni. Memang bagus artikel ni khas buat mereka yg tgh berkira-kira nak beli rumah

    ردحذف
    الردود
    1. Sama-sama Min.. kita pun kena ada perancangan kan, so elok kita praktikkan tips gini..

      حذف
  4. Kebiasaannya orang beli rumah bila dah berkemampuan. Rancang melalui impian. Tanam impian biar sampai jadi. Hehe. Walau cepat atau lambat ada rumah sendiri. Menabunglah seawal mungkin. Sebab bulan setakat beli or sewa. Ada perkara lain perlu kita bayar. Betul tak?

    ردحذف
    الردود
    1. Betul Ruby.. cuma dalam keadaan sekarang ni, semua kena ikut keperluan aja, kemampuan tu kena kita 'kira-kira' dulu, sebab kita tak tau apa akan jadi akan datang.. kalau dh ada rumah, bersyukurlah aja dulu kan..

      حذف
  5. Nak beli rumah kena betul betul ada duit.
    Aaminnn..semoga ada rezeki sis lin nanti.
    Saya pun teringin nak ada tanah dan buat rumah design sendiri :)

    ردحذف
    الردود
    1. Tepat sekali Fizah.. ada duit pulak kena pandai merancang.. bukan untuk sekarang aja, tapi masa depan.. MOga impian kita Allah makbulkan..aamiinn..

      حذف
  6. Nice sharing..ye betul kena ikut kemampuan juga kan

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn Nurul.. tapi kalau dah ada sebiji rumah sendiri, cukuplah dulu keperluan yang ada..

      حذف
  7. banyak nak kena kira-kira sebelum beli kan..

    ردحذف
    الردود
    1. Sangat Miera.. untuk masa depan lebih cerah hehehe

      حذف
  8. Aamiin Ya rabbal Alamin. Moga Allah makbulkan doa sis Lin.

    ردحذف
  9. Itulah belum ada rumah sendiri lagi. Aritu hujung 2021 try tp kn reject sb ada ptptn. La ni da setel tp bio dululah. Tnggu keta habis byr baru beli umah.

    ردحذف
    الردود
    1. Takpe Bella, inshallah satu hari nanti akan Bella ada rumah sendiri., rancang kewangan sebaiknya okay..

      حذف
  10. wow nak rumah tepi laut! ahahaha kite pun target sebelum umur 35 tahun mesti ada rumah sendiri rsa jealous tengok kawan2 dh ada rumah sendiri ermm

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Khai, bestnya duk tepi laut kann.. jauh dari hiruk piruk bandar.. moga satu hari nanti Khai juga ada rumah sendiri..aamiinn

      حذف
  11. betul beli rumah ni duit keluar macam air yang mengalir. nak masuk rumah lagi lah macam air bah keluarnya hahaha tapi kepuasan dapat beli tu Alhamdulillah.. yang penting ikut kemampuan

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Bae.. nak beli memang layak, tapi nak membayarnya tu? Kena rancang pembelanjaan sebelum membeli...

      حذف
  12. thanks for the short and concise tips. i totally agree with you that properties take extra consideration. sewa dulu kalau tak mampu!

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa Grace, dalam keadaan sekarang ni ekonomi tak menentu, kalau boleh sewa, sewa aje laa dulu, buat perancangan kewangan, then one day boleh beli rumah...

      حذف
  13. setuju. bukan bab membeli hartanah je apa² pun kena berfikir dahulu.

    mcm konteks rumah ni, harga skrg terlampau mahal. kalau mampu, beli, kalau tak, menyewa pun okay

    ردحذف
    الردود
    1. Benar Aerill, zaman pandemik ni bukan kemampuan di utamakan, tapi keperluan, jika tidak perlu, so simpan aje kemampuan tu dulu untuk masa akan datang..

      حذف
  14. pembelian naset komitmen yg besar mmg kita kena sgt beehati-hati.. apatah lg sekali.. kewangan negara yg tidak menentu

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Ayu, jangan sampai membebankan diri, sebab tu kena rancang kira-kira kewangan kita..

      حذف
  15. Betul, beli hartanah bukan short term investment or for personal stay, kalau tak ada capital yang cukup memang struggle, kalau tak bayar loan nanti kena tarik balik atau mungkin sampai ke tahap muflis.

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa Kelly, kena fikir panjang dan buat kira-kira jangka masa panjang, kalau tak nanti, sendiri susah kan...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!