KES HARIAN COVID19 NAIK, KITA DOA YANG BAIK-BAIK AJA

Sis Lin
14
KES HARIAN COVID19 NAIK, KITA DOA YANG BAIK-BAIK AJA | MAKIN hari kes wabak COVID19 ni makin hari makin naik, jumlah kes harian dah berbalik macam tahun-tahun yang sudah, ermm entahlah speechless nak cakap apa, bila nak betul reda dan kita hidup bebas dari wabak ini pun tak tau laa.. 

SOP dah kita jaga (tu kita laa, orang lain tak tau), pergerakan dah kita bataskan, pergaulan jangan cakap laa, makin hari makin jauh rasa dengan orang, tak macam dulu, boleh selalu keluar dan sembang, sekarang ni nak jumpa orang pun rasa was-was, adakah dia sihat? adakah dia bukan pembawa? Adoiii begitulah rasa dalam hati.. bahkan bukan kata dnegan orang, dengan keluarga sendiri pun jadi takut.. 

Mana tak takutnya, untuk Sis sendiri, Sis tidak bekerja, hanya di rumah, yang keluar masuk Suami dan anak bujang, so mereka banyak terdedah dengan keadaan di luar, so bila kes sana sini naik, jadi takut bila Suami dan anak bujang balik rumah, memang Sis elak-elak selagi dua beranak tu tak mandi dan bersihkan diri bila balik rumah. #kitajagakita kekdahnya..

Tapi tu laa, kalau dah Allah kata 'Kun Fa Ya Kun'.. kalau nak kena maka terjadilah kan.. tapi kalau boleh biarlah jangan terkena.. Buat masa ni Sis dan Suami juga anak yang di Shah Alam tu dah booster, yang belum Yana dan anak bujang tu jer.. harap tidaklah terjadi apa-apa kepada kami sekeluarga. 

Kes Harian COVID19 Naik, Kita Doa Yang Baik-Baik Aja

Sebanyak 10,089 kes harian baharu dilaporkan semalam 6 Februari 2022

Yaa bila kes harian COVID19 naik, kita doa yang baik-baik aja, janganlah bila kes dah naik, nak salahkan sana sini..benda virus kita mana nak tau, yang salahnya kita ni, tak patuh betul pada SOP, senang cakap degil.. tak korang, Sis juga pun sama.. habis nak buat macam mana, tak keluar, mereput laa di rumah huhuhu.. nak taknak keluar jugalah merayap dan bercuti.. 

Lagi satu, janganlah fikir raya tak raya tu, niat aje dalam hati, dan doa bebanyak, moga kes harian akan menurun dan wabak virus COVID19 ni tak menganas, raya tak raya, Sis tetap raya, macam tahun sudah-sudah juga.. raya je la di rumah sendiri, tanda sambut kemenangan setelah berpuasa sebulan. 

Yang ada Mak Bapak di kampung, kita dah di beri peluang balik kampung sana sini, so pergilah berjumpa dan balik sebelum semuanya akan di sekat dan silap-silap kita PKP balik huhuhuhu... kalau di Johor ni kes memang naik, tak mustahil nanti Johor akan di kenakan sekatan lagi, contohnya PKPD atau nanti katanya tak boleh merentas negeri, adeiiii... gitu aje laa kan.. 

Apa-apa pun doa doa doa.. jangan putus berdoa.. 

Lain-lain hal kita berserah aja laa.. yang menyedihkan nanti, kepada mereka yang terkesan. Baru je nak okay, dah kena stop lagi.. harapnya tidak akan terjadi lagi PKP.. sama-sama kita doakan.. kalau di ingat-ingat jadi mimpi ngeri semua orang.. PKP yang tiba-tiba sunyi sepi semua bandar.. tragis sungguh.. 

Semalam kes naik hingga 10k, so harini? ... Korang mesti dapat jangka kan berapa jumpah harini.. so apalagi, jom berdoa dan doa.. tak tau nak doa apa? Baca doa makan pun dah okay, tu pn satu doa.. moga Allah permudahkan urusan kita dan urusan semua orang.. terutama frontliner.. 

Aaamiinn.. 


P/S: Tuhan jaga 'dia' untuk ku... Mom love You, Kakak ...

إرسال تعليق

14تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. الردود
    1. Kann Cik Nor, benda dah berlaku, kita apa boleh buat dah...

      حذف
  2. Pagi ni dapat berita kematian ibu rakan sesyarikat angkara covid 19.

    Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnn..

    Semoga keluarga Lin baik2 sahaja. Samalah, akak pun dengan keluarga sendiri paksa mandi dulu baru boleh dekat, hihi.

    ردحذف
    الردود
    1. Salam takziah Kak..
      Aamiinn.. moga kita semua dilindungi dan dijauhkan dari wabak penyakit merbahaya ye Kak..

      حذف
  3. tulah sis. naik mendadak. moga kita semua dilindungi

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa Mar, harini lagi lerr, kes harian cecah belas-belas ribu dah huhuhu

      حذف
  4. الردود
    1. Sangat Uncle, speechless dah.. tak tau manakah salahnya...

      حذف
  5. kita boleh dah kot celebrate raya awal awal dulu kalau kes makin naik cam gini kan . hahahahha

    ردحذف
  6. Sekarang dah trend naik 5 angka. Makin bertambah tinggi kes baru. PRN tak lama lagi rasa seram nak balik Johor. huhu...

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa Fizah.. doa aje laa senjata kita untuk mendoakan semuanya baik-baik aja..

      حذف
  7. Sekarang dah trend kes baru 5 angka. Ini yang buat risau nak balik Johor mengundi. huhu...

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!