MASAK SUP KETAM UNTUK ANAK

Sis Lin
22
MASAK SUP KETAM UNTUK ANAK | ALHAMDULILAH setelah beberapa kali juga mulut anak Sis,Yana duk bercakap nak makan Sup Ketam, akhirnya dapat juga masak Sup Ketam untuk anak Sis tu. Dah berapa kali Ayahnya pergi mencari ketam, tapi takde musim agaknya, so susah nak cari ketam sepit biru. 

Yaa bukan ketam bangkang atau ketam nipah yang di cari, tapi anak nak ketam biru. Di minta masakkan Sup katanya kalau ada. Nak kata mengidam, tak pulak mengandung, tapi katanya tekak nak makan, so takpelah gigih laaa Emaknya carikan. 

Sis cari dalam Komuniti Scientex facebook, akhirnya terjumpa satu seller ni yang menjual ketam segar yang baru naik dari laut. Sekilo RM30, walau tak besar saiznya, tapi isinya padat giler dan manis. Sis masak semuanya sekali, habis di makan sekali hadap. 


Masak Sup Ketam Untuk Anak

Dan kebetulan masa masak sup ketam tu, adik datang plak, so dapatlah merasa memasing makan sekali sup ketam, syukurlah rezeki berbagi sama mereka. Kemain suka Mia dapat makan ketam, dia suka makan ketam. Cuma ketam saiz kecik, so bercinta gak ler nak mengopeknya hahaha..

Sis campurkan juga dengan lobak merah dan juga kentang, so dapatlah juga makan sup ketam ada isi sayuran kan, tak lerr nampak kosong aja. Cuma takde daun sup dan bawang goreng aja. Faham-faham aje laa bebudak, mana nak daun-daun hijau tu.. 

Tapi betullah, manis giler isi ketamnya, walau saiz kecik, tapi puashati makan.. next time nak beli lagi laa.. boleh masak sup ketam lagi dan makan puas-puas.. alhamdulilah.. 

Korang yang di Pasir Gudang kalau nak beli, boleh jer cari seller jual ketam ni di komuniti Scientex facebook tu.. no contact dia dah hilang pulak gara-gara uninstall wahtsapp haritu, tak sempat nak back-up hohohohoho.. 


P/S: Mak doakan Kakak sihat-sihat di sana dan Allah pelihara Kakak walau di mana Kakak berada... 

Post a Comment

22Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ako pun beli ketam miggu lepas.. ciput gak hhahaa.. tp x smpt masak lagi..
    Ni letrik rumah ako plak problem... adoiii nampak gaya kena masak jgk dalam masa terdekat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ciput janji banyak isi dah sedap Ret, kalau kosong tu yang putus semangat hahaha

      Delete
  2. sedap gak ni hirup time cuaca sejuk ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerrr time hujan ni sup-sup aje yang sedapkan...

      Delete
  3. Mesti manis rasanya kan. Terliurlah pulak tengok, tapi nak masak lomak cili api berasap, heheheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama Kak nak masak sup ketam. ketam biru ni susah nak cari dah, ketam bangkang ye banyak...

      Delete
  4. Ketam segar dari laut memang padat dan manis isinya. Masak sup memang sesuai sangatlah untuk diratah-ratah. Kuahnya pun menyegarkan badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Amie, hidup-hidup lagi masa dia hantar ke rumah.. manis dan fresh, walau saiz kecik...

      Delete
  5. Nyum nyum ketam fresh. Aien dah la peminat ketam, sekali laki alergic ketam. Haa, suda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaahaiii kena masak tapi masak menu lain juga laa gitu Aien.. kalau tak memang tak merasa laa kan..

      Delete
  6. spesis ain pulak .asal nampak bentuk ketam..bedal je .hahahhahahaa.. memang peminat ketam.. walaupun isi xbanyak tapi dapat meratah tu satu kepuasan berganda ganda rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, sup ketam gini memang sedap meratah aje Ain.. lagi plak saiz kecik, nasib banyak isi...

      Delete
  7. uish..sedapnya sup ketam tu sis..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali masak sup ketam, memang sedap Cik Nor...

      Delete
  8. Sedapnya sup ketammmmm....nak jugak mak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha meh laa sini Nakk.. Mak masakkannn hehehehe

      Delete
  9. Sedapnya. nak masak jugalah sup ketam.. nikmat ni dapat hirup kuahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann PC, hirup penas time hujan ni, nikmattt...

      Delete
  10. Kalau tak musim memang susah nak mencari ketam. Jadilah kan dapat ketam saiz kecil asalkan yana dapat makan sup ketam. Sedapnya. Puas meratah dan hirup kuah sup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fizah, ketam ikut musim, takde musim memang susah nak jumpa..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!